Hiking di Air Terjun Kimorugi, Kota Belud Sabah

Hai guys!

Di Sabah ni sebenarnya sangat banyak air terjun yang cantik dan unik yang belum ‘disentuh’ oleh pelancong luar. Kira macam virgin lah begitu. Cuma penduduk kampung sekitar saja yang tahu kewujudan dan keberadaan air terjun tu. Saya ni sebenarnya sangat excited untuk exposed tempat-tempat yang orang tidak berapa tahu supaya mereka akan realized betapa indahnya bumi di bawah bayu kita ni.

Jadi, kali ni saya mau share sama kamu pengalaman kami hiking ke salah sebuah air terjun indah yang terletak di Kota Belud, Sabah iaitu Air Terjun Kimorugi.


Air terjun ni lebih specific terletak di Kampung Melangkap Kappa. Actually, kami pun tidak tahu pasal air terjun ni. Tapi, owner homestay yang kami menginap iaitu Melangkap Homestay suggest untuk kami hiking ke sana. Durang bilang cantik tu tempat sama jarang orang pergi sana. Kira kami ni macam antara yang terawal lah. Jadi, kami pun terus bersetuju. Bak kata pepatah,’Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan’. Lagipun kami semua satu team yang suka akan nature dan hiking.

Kira-kira jam 1 petang macam tu, kami pun bertolak dari Melangkap Homestay. By the way, kalau mahu tahu pasal ini homestay, sila klik di sini. Kenderaan yang akan bawa kami ke Melangkap Kappa (sebuah perkampungan yang terletak di atas bukit yang tinggi) ialah double cabin 4 wheel drive. Kami perlu bayar tambang untuk ke sana dalam kira-kira RM5 seorang. Lepas tu, untuk hiking ke air terjun tu, kami perlu bayar entrance fees dan juga guide fees. Tapiii, saya lupa sudah berapa exactly jumlah keseluruhan sebab kejadian ni berlaku pada bulan September 2018 dan saya baru update kisah ini sekarang. Jadi jeruk sudah ini entri. Tapi apa yang pasti, kos keseluruhan tidak sampai RM50. Tidak pastilah sekarang sebab dulu kami hiking time zaman Najib…haha

Di sini ialah tempat berkumpul dan briefing sebelum memulakan perjalanan. Dalam masa yang sama, saya berfikir hebat betul orang-orang di sini dapat buat rumah batu sedangkan tempat ni terletak di atas bukit yang sangat tinggi. Akses dan kondisi jalan pun ya ampun. Belum berturap dan berlubang-lubang ya tuan-tuan dan puan-puan.

Di sini pula ialah point sebelum kami masuk ke dalam hutan. Cantik betul view dari sini. Seriously. Guide tu cakap actually boleh nampak Gunung Kinabalu dengan jelas tapi time tu cuaca mendung. So, bertapuk lah si aki nabalu di sebalik awan sendu


Kami pun memulakan hiking melalui hutan. Well, actually bukan hutan pun tapi kawasan kebun getah penduduk kampung

Selepas beberapa ketika, barulah kami masuk di kawasan hutan yang sebenar. Memang tebal hutan di sini. Bolehlah juga nampak serangga yang jarang kami nampak macam big caterpillar, rerama, semut dan sebagainya. Tidak sempat ambil gambar keadaan hutan sebab time tu sibuk record video.

Nah, menyempat lagi kami. Boleh parking kapal terbang ya di dahi saya


Di sini ialah kawasan selepas merentasi hutan belantara. Ertinya, kami mahu sampai sudah di air terjun tu. Lighting time ni ermmmm…

Lebih kurang 5 minit macam tu, TADAAAAA!!! Inilah dia Air terjun Kimorugi, the virgin waterfall. Jom layan gambar-gambar indah air terjun di bawah ni.






Saya takut betul bila para guide ni jadi spiderman panjat tu air terjun. Takut nanti  durang terlicin terus terjatuh terhempas. Eiii, palis-palis *ketuk meja 10 kali*


Inilah team kami hiking. 5 orang guide kasi kawan kami termasuk tukang gambar. Semua masih lagi study di UMS. Well, thank you kamurang sebab jadi guide yang baik. By the way, study smart and hard okey!

Kesimpulannya, tempat ini perlukan exposure supaya ramai orang tahu tentang air terjun ini. Tapi, please also make sure supaya mereka tidak rosakkan keindahan tempat ni. Tahu lah kan some visitors ni teda tamadun buang sampah merata-rata atau pun kasi kotor kawasan sekitar.

Kalau kamu mahu tengok video pasal tempat ini, please visit my youtube channel here.

Terima kasih kerana membaca!

0 comments