5 keseronokan berblog
Selamat malam. Apa
khabar kawan-kawan? Apakah yang sedang kamu lakukan sekarang? Di dalam bilik
ini, roomate saya ada yang sedang menonton filem di laptop, ada
yang sedang bermain Dota dan ada juga yang sedang mendengar lagu. Saya pula
sedang menaip menyiapkan sebuah lagi entri khas untuk kamu semua. Inilah rutin
saya setiap malam.
vandergood.blogspot.com |
Kali ini saya ingin berkongsi 5 keseronokan berblog. Saya sebenarnya masih baru lagi dalam dunia
blogging ini. Tidak sampai 3 bulan pun. Semangat masih membara-bara lagi untuk
menyiapkan entri sekali sehari. Kadang-kadang, 4 entri sehari. Saya berharap agar semangat itu kekal sehingga bila-bila. Baiklah,
tanpa membuang masa, jom terjah 5 keseronokan berblog ini.
1. Dengan berblog, kita boleh
menceritakan benda yang kita suka sehari-hari. Seperti blog saya ini yang
bergenre personal life. Saya boleh menceritakan apa yang berlaku setiap hari
dalam hidup saya. Dalam blog ni juga kurang sedikit keyboard warrior a.k.a
haters berbanding Facebook dan Twitter. Jadi, senang sedikitlah nak berkongsi kisah
hidup tanpa perlu dicemuh-cemah segala.
2. Kita juga boleh berkongsi tips yang
mungkin orang lain tidak tahu ataupun jarang didengar. Tidaklah ditelan dek zaman
terkubur macam tu saja. Hati kita mesti rasa seronok jika tips yang kita
kongsikan itu dibaca oleh pembaca. Disamping dapat membantu orang lain secara
tidak langsung, kita juga boleh meningkatkan trafik blog kita kerana
benda-benda sebeginilah yang menjadi tarikan pembaca.
3. Berblog juga boleh menjana pendapatan.
Perkara ini memang sudah diketahui oleh para blogger. Memang seronok jika
berblog santai-santai, duit masuk macam tu saja. Namun, bagi saya, janganlah
hilang identiti sebagai seorang blogger yang cuma mahu duit sahaja namun isi di
dalam blognya tu tiada nilai langsung. Ada sesetengah blog yang saya baca tu
sangat terkenal, namun saya amati setiap entri yang blogger tu post sangat
biasa. Mungkin rezeki dia. Apapun, setakat ni blogger yang terbaik bagi saya
ialah blog Fatin Liyana dan Hanis Zalikha. They are my inspiration. Terbaik!
4. Selain itu, berblog juga boleh
mengembangkan bakat kita dalam bidang penulisan. Cuba bandingkan entri pertama
kamu dulu dan sekarang. Banyak bezanya bukan? Dari penulisan yang entah apa-apa
*terasa diriku ini*, menjadi penulisan yang sangat power dan boleh menarik
minat pembaca untuk mengikuti setiap entri kita. Seronok bukan?
5. Dan yang terakhir
ialah dengan berblog, kita dapat berkenalan dengan ramai blogger lain dari
segenap pelusuk dunia. Setakat ini saya cuma dapat berkenalan dengan blogger
dalam negara sahaja. Sporting sangat mereka ni. Mereka banyak memberi tunjuk
ajar yang berguna ketika saya mula-mula menjadi blogger terutamanya Mamarey dan
Hasrul Hassan. Terima kasih banyak! Namun, ada juga blogger yang sangat femes
susah betul hendak membalas komen atau mesej yang kita hantar. Tidak
mengapalah. Mungkin mereka itu sangat sibuk *bersangka baik*.
Kesimpulannya, berblog
memberi banyak keseronokan. Jadi, kepada anda yang berminat untuk
berblog, ayuh sertai kami. Tetapi, pastikan anda mempunyai komitmen yang tinggi
supaya blog anda sentiasa berterusan berupdate. Selamat berblog kawan-kawan!
Terima kasih kerana
membaca
0 comments