Berpindah ke hostel
Helo kawan-kawan. Apa khabar kamu semua?
Harap-harap sihatlah hendaknya di samping orang yang tersayang. Hari ini hari
pertama saya membuat entri di… hostelllll. Ya, saya telah pun berpindah ke
hostel dari rumah sewa yang saya banyak rungutkan itu...hahaha… Tetapi,
tiba-tiba rindulah pula hendak stay balik di luar.
Saya berpindah ke hostel pada 30 Jun
2014 bersamaan dengan hari isnin. Hari isnin tu ada kuliah dan itu bermakna
saya terpaksa skip kelas Cik Diana atas sebab inilah. Saya mendapat bilik yang
sangat strategik. Berdekatan dengan tandas, mesin basuh dan tangga. Tetapi,
yang tidak bestnya tu, bilik ini terletak di tingkat 4. Tinggi benar. Penat
betul mahu mendaki. Namun, saya tetap bersyukur.
Saya meminta bantuan kawan baik saya,
Noel untuk membantu saya mengangkut barang-barang dari rumah sewa ke
hostel. Sangat-sangat bersyukur. Thanks Noel! Budi baik anda tidak akan pernah
saya lupakan. Kemudian, sesampai sahaja di hostel, Noel terpaksa jalan kerana
dia perlu pergi ke kuliah. Hah, terpaksalah saya seorang diri mengangkat barang
ke tingkat 4. Bayangkan saya tetap mampu mengangkat barang-barang tu. Bertambah
kuruslah saya nanti. Teman sebilik saya semuanya budak baik, sopan-santun dan
memahami. Setakat inilah. Tidak seperti apa yang saya fikirkan sebelum ini.
Selepas itu, saya pun mengemaskan
barang-barang bla,bla,bla sehinggalah kemas, cantik dan berseri. Lets see the
transformation before and after.
Sebelum. Abaikan warna tilam itu |
Meja belajar |
Lokar |
Pandangan keseluruhan |
Selepas. Am I like the colour? Yes, I did |
Selesa sangat tinggal di hostel ini
kerana kemudahan semuanya lengkap, tidak membazir duit untuk membayar sewa
segala, makanan yang dijual di kafe murah dan sedap-sedap belaka, persekitaran
belajar yang bagus dan sebagainya.
Oleh itu, semester ini saya harus
berusaha lebih untuk mencapai target kerana semuanya sudah tersedia dengan
lengkap. I have to take an advantages for these opportunities.
Terima kasih kerana membaca
0 comments