Aduhai, bulu kaki
Hai semua!
Saya baru balik dari kelas. Sebab tadi ada kelas dari jam 4 petang hingga 7 malam. Kelas 3 jam. Subjek tadi macam menarik. So, tidaklah terasa sangat betapa lambatnya masa berdetik duduk di kelas selama 3 jam tu. Lagipun, lecturer yang mengajar tadi ialah lecturer yang sama pada semester-semester yang lalu.
Saya baru balik dari kelas. Sebab tadi ada kelas dari jam 4 petang hingga 7 malam. Kelas 3 jam. Subjek tadi macam menarik. So, tidaklah terasa sangat betapa lambatnya masa berdetik duduk di kelas selama 3 jam tu. Lagipun, lecturer yang mengajar tadi ialah lecturer yang sama pada semester-semester yang lalu.
Baiklah, berbalik
kepada tajuk yang tertera di atas. Bulu kaki….hmmm… *sambil melihat bulu kaki
sendiri*.
Perempuan suka jika
kaki mereka putih melepak, halus dan mulus. Bebas dari sebarang bulu kaki.
Memang lumrah kan. Lagipun, kalau kaki mereka ditumbuhi bulu halus, pasti
mereka akan mula risau yang penampilan mereka akan terjejas disebabkan bulu
kaki. Ada sesetengah gadis yang rajin mencukur bulu kaki mereka. Setiap minggu
mungkin dua atau tiga kali rutin menghilangkan bulu kaki itu dilakukan.
Lagipun, berlambak produk di pasaran boleh digunakan untuk menghilangkan bulu
kaki ni.
Manakala, untuk
golongan lelaki pula, ramai antara mereka yang suka jika kaki mereka mempunyai
bulu kaki kerana itu lebih nampak jantan dan macho. Betul tak? Tapi, kalau bulu kaki
terlalu lebat, macam ada yang tak kena saja kan untuk dipandang. Lebih-lebih
lagi jika berseluar pendek. Macam tak kemas. Macam berserabut. Macam penuh
dengan semak belukar hutan rimba. Bulu kaki yang menarik untuk dipandang ialah
jenis yang tumbuh halus dan jarang. Orang pandang pun senang hati. Tapi, ada
sesetengah lelaki yang langsung tidak mempunyai bulu kaki. Seperti kaki
perempuan. Nampak halus dan licin. Memang bertuah lelaki yang tiada bulu kaki
ni. *sebab saya pun nak macam tu…wuuu…wuuu…*.
Which one is better? |
Lagipun, zaman sekarang
ni sudah menjadi trend yang lelaki
tidak mempunyai bulu kaki. Ada dari antara mereka yang sanggup mencukur bulu kaki untuk
nampak lebih smart apabila memakai
seluar pendek. Lebih-lebih lagi lelaki yang jenis metroseksual ni. Penampilan lebih diutamakan. Kalau nak tahu,
lelaki yang main gym ni pun ada yang
cukur bulu kaki sebab nampak lebih cantik otot kaki mereka jika tiada bulu.
Sama juga dengan bulu ketiak. Cuba tengok ahli bina badan, jarang yang berbulu
ketiak kan.
Kesimpulannya, perempuan
memang pantang kaki berbulu. Yalah, bayangkan saja jika perempuan mempunyai
bulu kaki lebat, mesti kelihatan pelik. Tapi, untuk kaum lelaki pula, mereka
mempunyai pilihan sama ada untuk berbulu kaki atau tidak. Zaman sekarang ni,
kalau tidak berbulu kaki orang tidak akan mengata berbanding dulu. Atau masih adakah
lagi orang yang suka mengejek jika ternampak kawan mereka tidak mempunyai bulu
kaki? Kalau ada, cakap dengan dia - ‘Please
be open minded’.
Terima kasih kerana
membaca
0 comments