Update blog biar ikhlas
Hai semua!
Okey, saya nak bercakap
tentang blog pula. Semalam saya tak update blog sebab entri masih belum siap
ditaip. Masih disimpan dalam draf. Tapi, saya blogwalking. Bukan drop
komen tapi baca blog kamu kamu kamu semua. Rajin saya semalam mengeledah semua blog
yang ada di Malaysia ni. Okey, bukan semua. Itu tipu. Saya cuma klik dan baca
blog yang terpapar di depan mata saja.
Setelah membaca
blog-blog semalam, saya dapat mengklasifikasikan blog kepada dua jenis. Satu
blog jenis yang taip entri panjang macam karangan sejarah STPM dan satu lagi
blog yang entrinya sangat ringkas.
Saya jenis yang suka
baca blog yang entrinya panjang berjela-jela. Lebih mendatangkan kepuasan.
Tapi, perlu pastikan entri yang ditaip tu perlu menarik dan mempunyai isi yang
padat. Saya ada jumpa sebuah blog ini semalam yang sangat menarik. Serius. Cara
penulisannya santai. Bahasa yang digunakan memang sangat mantap. Kelakar ada.
Buat orang geram pun ada. Owner blog ni ialah lelaki. Tak percaya pula yang
lelaki boleh tulis macam ni. Ingatkan cuma Fatin Liyana dan Hanis Zalikha saja
yang mampu tulis macam ni. I mean
jenis penulisan yang santai tapi mampu membuatkan kita belayar dalam entri tu.
Faham tak maksud saya?
Blog ini memang kreatif
sebab owner blog ni pandai melukis kartun guna komputer. Saya tak tahu apa
software yang beliau gunakan. Lagipun, beliau ni pandai edit gambar guna
photoshop. Memang buat orang ketawa apabila baca entri dalam blog beliau. Tapi,
sayangnya, blog ni dah hampir setahun tak berupdate. Saya tengok komen pengikut
beliau pun masing-masing meluahkan rasa rindu yang membara. Fuhh, membara kata
engko.
Satu yang saya belajar
dari mereka mereka yang update entri panjang panjang ni ialah;
i) Mereka ingin memastikan entri yang mereka
tulis tu benar-benar berkualiti. Mereka nak beri kepuasan yang padu kepada para
pembaca. Sebab itulah dua tiga hari baru ada entri terbaru dari mereka.
ii) Mereka ikhlas dalam berblog. Mereka
benar-benar tulis dari jiwa mereka. Ini kerana mereka jadikan blog sebagai
tempat untuk mencoretkan kisah hidup mereka. Bukan atas tujuan lain.
iii) Mereka tak berblog
semata-mata untuk buat duit. Maksud saya, mereka memang jana duit. Tapi, mereka
tak menyimpang dari tujuan asal sebagai blogger iaitu berblog untuk
mengekspresikan diri mereka. Soal duit mereka letak di tangga kedua. Mereka
dapat income banyak pun sebab mereka
ikhlas berblog.
iv) Ayat yang mereka
gunakan sangat jujur. Kadang-kadang, saya nak sangat ikut bahasa dan style penulisan yang mereka gunakan. Tapi,
bila fikir balik. Saya pun ada my own way
to write. Kenapa perlu ikut orang lain kan. Tapi, apapun, saya sangat admire dengan cara mereka menulis ni.
v) Mereka ada aura.
Betul. Macam blog yang saya baca semalam yang owner-nya lelaki tu. Saya tengok satu
bulan pertama beliau start blogging,
memanglah tak nampak hasilnya kan. Tapi, tengok bulan kedua, blog beliau sudah ada ramai followers. Pendapatan
Nuffnang pun mencecah ratusan ringgit. Memang hebat. Tak hairanlah sebab
semuanya entrinya best-best belaka.
Seterusnya, blog jenis
yang taip pendek dan ringkas ni pula. Saya tengok ramai yang ada blog. Tapi,
apabila saya baca memang rasa hampa sebab entri mereka sangat ringkas. Huraian pun
macam ada tak ada saja. Rasanya, kalau macam tu. Tak perlulah buat blog.
Mungkin boleh update di Facebook saja jadikan status. Yalah, kan pembaca blog ni
expect sesuatu cerita yang panjang. Sudah namanya blog. Come on.
Lepas tu, kebanyakan
yang taip ringkas-ringkas ni ialah blog yang top. Rasanya, blog
tu femes sebab selalu buat giveaway dan contest ataupun rajin blogwalking atau
bla, bla, bla... Bukan nak kata, tapi kebanyakan entri dalam blog-blog jenis tu
langsung tak berisi. Wonder jugalah how they are became very famous…hehe..
Sepatutnya, kalau blog dah terkenal, kenalah buat sesuatu yang amazing right?
Mungkin itu dah rezeki
mereka.
Saya juga melihat banyak
blog yang tumbuh bagai cendawan di tengahari *ada tak cendawan tumbuh waktu
panas?* hanya fokus kepada buat income. Well,
bukan cakap salah. Tapi.dalam masa yang sama kena juga pastikan isi dalam blog
tu mantap. Lagi-lagi blog yang jenis kopi pasta. Fuhhh, dah lah kopi pasta.
Ringkas pula tu. Yang lucunya, semua blog yang kopi pasta ni sama saja
entrinya antara satu sama lain. Titik noktah dan koma pun tidak berubah dari penulis asal. Kalau ya
pun nak kopi pasta campur mentega, olah entri tu ikut cara sendiri. Baru ada
variasi. Ini tak. Bulat-bulat di-pasta-kan dalam blog masing-masing.
Okey, tak nak ulas
panjang-panjang. Pointnya di sini
ialah bila update blog ni, perlu ada keikhlasan. Biar tak berupdate hari-hari,
yang penting entri yang dihasilkan tu berkualiti. Kalau berkualiti, orang tetap
akan baca dua tiga kali sementara menunggu entri baru dari blog kita. Bukan
gitu?
By the way, entri ini
hanyalah pendapat individu.
Terima kasih kerana
membaca
0 comments