Peranan sebenar kawan

Hai semua!

Saya baru saja penat berketawa dengan roommate yang memang selalu buat orang geli hati. Ketawa tak henti-henti. Ada saja benda yang lucu sampai ketawa terbahak-bahak walaupun tak berapa lucu. Great way to reduce tension!. Mesti setiap dari kamu mempunyai seorang kawan yang macam ni kan?

Sahabat

Kali ni saya nak menyentuh tentang kawan. Ya, KAWAN. Apa maksud kawan yang sebenarnya? Susah sebenarnya nak mendefinisikan maksud kawan ni sebab ianya sangat universal. Bagi saya, kawan ialah seorang yang kita boleh mengekspresikan sesuatu tanpa rasa malu. Kita boleh ketawa, marah, sedih, kecewa, tak puas hati dan sebagainya sesama sendiri.

Contohnya, sebagai seorang pelajar ni, selalunya time hujung bulan memang tak boleh tak cukup duit. Mesti duit kering. Walaupun kena bagi duit beratus ringgit. Memang lumrah. So, time bulan-bulan tua ni, nak tak nak terpaksa pinjam wang dari kawan sementara menunggu parents bank in duit. Dengan kawan kita boleh pinjam duit tanpa rasa muka ni tebal sangat dari tembok. Sebab kita pinjam dari kawan. Bukan dari orang yang kita segan malu-malu kucing.

Lagipun, jika ada kawan yang baik, kita boleh luahkan masalah yang merunsingkan diri kita ni kepada mereka. Tapi, saya tak pernah luahkan problem saya dengan kawan sebab saya sudah ada someone special yang sentiasa mendengar *Feeling bahagia sambil love dan bunga-bunga berterbangan di sekeliling*. Lagipun, jika saya luahkan problem dengan kawan saya tu, nescaya dia akan buat lawak. Sangat nescaya. Sebab saya pun selalu buat lawak dengan dia...haha...

Tapi, kawan memang penting untuk dijadikan sebagai tempat untuk meluahkan masalah. Contohnya, kita tak puas hati dengan seseorang ketika dalam kelas, pejabat dan sebagainya. Kita boleh jumpa kawan kita, curahkan masalah sepuas-puasnya. Lepas tu, mengumpat tentang orang yang kita tidak puas hati tu bersama. Right?

Selain itu, kawan yang sebenar ialah kawan yang kita boleh tunjukkan gaya sebenar kita. Warna-warni tentang diri kita. Who we are actually. Rasa malu tu macam sudah tidak wujud. Ada pun mungkin senipis kulit bawang. Kita boleh ketawa yang sangat-sangat over depannya, buat gaya pelik sepelik-peliknya dan sebagainya. Awkward? Hanya tinggal sejarah.

Contohnya, orang dalam kelas tak tahu pun yang kita boleh menari. Yalah, dalam kelas pendiam. Bercakap pun sopan saja. Muka pun manis dipandang. Elok sangat dijadikan menantu. Tapi, kawan kita yang satu ni sudah tahu dan lali. Sebabnya? Setiap malam pasang lagu 80’s yang rancak-rancak, lepas tu menari like a pro dalam bilik hostel.

Dan satu lagi. Benda ni sangat-sangat menjadi suatu kemestian. Tak lain tak bukan SECRET CODES. Betul tak? Tipu kalau cakap tak ada. Kalau tiada, itu namanya bukan kawan baik. Kegunaan secret codes ni ialah bila kita nak bercakap sesuatu dengan kawan kita tapi kita tak nak orang lain tahu. Siapa time kecil-kecil dulu guna secret codes ini.

Saya tidak suka kawan dengan dia
Sapayapa tipidapak supukapa kapawapan depengapan dipiapa

Hanya perlu tambahkan huruf P di antara ayat. Oh, childhood memories.

Kalau saya dengan kawan saya, dengan hanya jelingan mata saja mampu kami tafsirkan maksud secret codes kami tu. Contohnya, bila ada orang yang kami kurang selesa, jelingan mata sesama sendiri yang agak tajam mendefinisikan yang ‘Oh, itu orangnya yang buat kita tak selesa’ dan sebagainya…haha…

Kawan ini banyak fungsinya seperti yang saya coretkan di atas. Apapun, berhati-hatilah memilih kawan sebab pemilihan kawan ni sangat penting. Sedikit sebanyak boleh menentukan hala tuju hidup kita. Kalau dapat kawan yang baik, memang sangat bertuah. Kalau dapat kawan yang tak baik, cari yang lain. Simple as that.

Terima kasih kerana membaca

0 comments