Bulu mata gugur masuk mata
Hai semua!
Ketika ini hujan baru
sahaja habis mencurahkan air. Tak tahu pula jika hujan akan bersambung
lagi. Malam ni cuma santai-santai sebab esok kelas start jam 4 petang. So,
boleh tidur lewat. Yuhuuu…
Okey, berbalik kepada
tajuk. Bulu-mata-gugur-masuk-mata. Ouchh, sakitnya. Siapa pernah bulu matanya gugur
masuk dalam mata. Sila angkat tangan tinggi-tinggi. Sakit bukan?
Bulu mata. Sekadar hiasan. |
Memang sakit. Sangat
sakit. Pedih. Lebih-lebih lagi bulu mata tu gugur dua helai sekaligus dan
bergabung menjadi satu masuk dalam mata. Aduh. Sangat ADUH. Lepas tu, tak kena timing pula bulu mata tu gugur. Buat darah
menyirap.
Contohnya, ketika kita dating dengan boyfriend/girlfriend masing-masing. Masa tu pula bulu mata gugur masuk
dalam mata. Baru nak bersweet-sweet.
Boleh bayangkan mata sebelah terkenyit-kenyit menahan kepedihan. Lepas tu
pasangan kita tolong tiupkan mata kita. Basahkan hujung baju dan korek bulu
mata tu keluar. So sweet.
Contoh seterusnya, time kita pakai contact lens kaler-kaler. Lekat dekat mata sebelah kiri. Siap.
Lekat mata sebelah kanan. Siap. Tiba-tiba, bulu mata gugur masuk dalam mata
yang ada contact lens tu, confirm menjerit. Pedas. Siapa yang
pernah alami benda ni mesti tahu betapa peritnya perasaan tu.
Contoh yang lain. Ketika
baru nak buat entri untuk update blog
yang sudah berhabuk ni. Tiba-tiba, bulu mata gugur masuk dalam mata. Lepas tu
berabis nak keluarkan bulu mata tu. Tapi tak dapat sebab mata dan jari kering.
Terpaksa melakukan beberapa percubaan barulah berjaya. Sakit. Wuuu~ ~ ~
Sekian cerita tentang
bulu mata gugur masuk dalam mata.
Terima kasih kerana
membaca
0 comments