…sambungan dari
entri-entri sebelum ini. Jika nak baca, sila klik di sini dan di sini.
* * * * *
Setelah puas berjalan menjamu
mata dan perut di Desa Dairy Farm, kami menuju ke destinasi yang terakhir sebelum
pulang ke Kota Kinabalu. Tempat yang kami bakal tuju ini merupakan tempat yang
bersejarah dan penuh memori. Tidak lain dan tidak bukan ialah Kundasang War
Memorial.
|
Pintu masuk |
|
Pemandangan naik ke atas |
Mari. Saya nak
ceritakan serba-serbi sejarah tentang tempat ini.
‘War Memorial Kundasang merupakan memorial yang pertama dibina pada
tahun 1962 bagi memperingati keberanian tahanan perang dunia kedua berbangsa
British dan Australia yang mati semasa dikerah berjalan dari Sandakan ke Ranau.
Memorial ini juga dibina untuk memperingati penduduk di Utara Borneo suatu ketika dulu yang sanggup
mengadai nyawa untuk sama-sama membantu tahanan perang ketika itu.’
Bayangkan betapa
jauhnya mereka dipaksa untuk berjalan kaki dari Sandakan ke Ranau. Jauhnya kira-kira
dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Memang sengsara jika difikirkan. Sedangkan jarak dengan
menaiki kereta sudah terasa kejauhannya, apatah lagi dengan hanya berjalan
kaki. Cuma beberapa orang sahaja yang terselamat ketika mereka sampai di Ranau
dari beratus orang tahanan perang. Mereka melarikan diri ke hutan dan dirawat
oleh penduduk tempatan. Sedih.
Tempat ni memang
cantik. Seni binanya kebanyakannya berunsurkan barat. Seperti gaya istana lama orang putih. Banyak tembok dan tugu
peringatan yang kita akan lihat di sini. Bayaran untuk masuk ialah RM 2.00 sahaja untuk
orang dewasa. Kami menaiki tangga untuk masuk ke dalam sambil melihat
tumbuh-tumbuhan indah di sekeliling. Sampai saja di dalam, kami pergi ke sebuah pondok khas yang memaparkan cerita dan sejarah tentang memorial ini dan juga kisah Death March. Memang menakutkan jika
dibayangkan peristiwa yang berlaku ketika itu. Saya dan Denny mengambil masa sebentar untuk membaca semua info
yang dipaparkan di pondok ini. Interesting!
|
Info-info sejarah |
|
Death March |
|
Boleh derma kalau nak derma |
Selepas selesai
membaca, kami naik lagi sebuah tangga untuk ke section yang pertama iaitu Australian Garden. Cantik tempat ni.
Tenang dan indah. Hamparan rumput menghijau menjadi penghias utama. Di sini
kita boleh lihat tugu peringatan tentang Death
March.
|
Australian Garden |
|
Bergambar depan tugu |
|
Background yang menarik |
Selesai mengambil
gambar, kami ke section yang seterusnya pula iaitu Borneo Garden. Dekat dengan section ni ada tembok yang cantik untuk
bergambar. Pandang kanan, pandang kiri. Tak ada orang. Okey, jom bergambar.
Klik, klik, klik. Beribu-ribu pose ala-ala
model tak model barulah kami berhenti. Okey, beribu tu tipu.
|
Abaikan model di atas |
|
Cantik temboknya kan? |
|
Denny feeling modeling kejap |
Kemudian, kami ke section yang terakhir. Di sini kita
boleh lihat banyak tanda nama tahanan perang kalau tak silap saya terpampang di
dinding. Lepas tu, ada bunga-bunga merah di letakkan di tepi nama. Mungkin
saudara mara mereka yang meletakkan bunga-bunga tersebut.
|
Cantik |
|
Lest we forget |
Selepas mengambil
beberapa gambar, kami pun turun ke bawah dan berangkat pulang ke Kota Kinabalu.
By the way, tempat ni sangat
disyorkan untuk anda-anda semua yang ingin datang ke Kundasang. Di samping
dapat belajar tentang sejarah, kita juga dapat menyemai perasaan bersyukur
sebab hidup di negara yang aman dan damai ini.
Terima kasih kerana
membaca
0 comments