Kerja untuk bayar hutang

Hai semua. Apa khabar?

Keputusan peperiksaan semester akhir sudah saya terima jumaat lepas. Syukur kepada Tuhan kerana saya telah mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Gembira kerana semua usaha yang saya curahkan membuahkan hasil selama 3 tahun pengajian.

Sekarang ni saya dalam proses nak apply kerja sama ada kerja sambilan atau tetap. Tapi, saya lebih prefer kerja sambilan kerana saya nak menimba pengalaman dalam beberapa jenis pekerjaan. Apabila saya rasa kerja itu sesuai, barulah saya akan apply kerja tetap. I know yang kita tak boleh terlalu memilih pekerjaan lebih-lebih lagi zaman sekarang. Tapi, jika kita mempunyai strategi yang betul, semuanya pasti boleh.

Berbalik kepada tajuk di atas, ramai yang saya jumpa mengeluh benda yang sama iaitu mereka kerja semata-mata nak bayar hutang. Gaji yang mereka perolehi lebih separuh diperuntukkan untuk membayar hutang. Contohnya, hutang rumah, kereta, perabot, PTPTN, perabot dan sebagainya. Baki gaji yang tinggal hanyalah sedikit untuk menampung kehidupan selama sebulan sementara menunggu gaji yang seterusnya.

Jangan guna kereta mewah kalau tak mampu

Saya terfikir bagaimanakah orang yang berkeluarga menghadapi situasi sukar ini kerana sedangkan orang bujang mengeluh, apatah lagi mereka yang mempunyai isteri dan anak-anak yang perlu disara. Lebih-lebih lagi situasi ekonomi di negara kita yang agak perlahan, harga barang naik dan ditambah lagi dengan GST dengan gaji yang tak cukup. Tentu sukar kan.

Saya ada bertanya kepada rakan saya yang, ‘Tak bolehkah kita tidak berhutang dan just hidup dengan gaji yang kita perolehi saja?’. Jawabnya, ‘Nak tak nak kita terpaksa berhutang kerana gaji yang kita dapat dalam sebulan tak mampu menampung perbelanjaan kita. Unless, kalau kita orang kaya dan bijak menabung’. Well, memang betul apa yang dia katakan.

Kasihan saya tengok orang muda sekarang yang bekerja keras siang dan malam semata-mata nak bayar hutang terutamanya hutang kereta. Ada juga antara mereka yang boros berbelanja menggunakan kad kredit, menyebabkan beban hutang lagi berat untuk dipikul.

Ramai juga yang kata, untuk menghadapi situasi ini kita perlu bijak mencari jalan penyelesaiannya. Contohnya, berbisnes untuk menambahkan pendapatan, menabung dan sebagainya. Memang betul kerana bisnes sekarang agak mudah untuk dilakukan berbanding dahulu kerana medium bisnes sudah tersedia seperti laman sosial - Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Tinggal kita lagi sama ada untuk bertindak memperbaiki kehidupan atau pun masih menunggu makan gaji.

Saya, seorang fresh graduate rasa agak gementar untuk menghadapi realiti dunia pekerjaan yang menanti sebenarnya. Kalau boleh, saya tak nak terlalu banyak berhutang sebab saya tahu pasti ada cara untuk mengelak dari berhutang. I have to be smart.Kata orang, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Apapun, jom makan biskut Oreo perisa strawberi.

Yummy!

Terima kasih kerana membaca

0 comments