Gempa bumi mengegarkan seluruh Sabah
Hai semua!
Hari ni bangun pagi nak
gosok gigi cuci muka mandi pagi tapi semuanya tergendala sebab tengok notification group Whatsapp hampir mencecah
ribu. Rasa sedikit hairan. Apabila buka dan baca rupanya heboh bahawa gempa
bumi sekuat 6.0 skala richter baru saja mengegar Sabah. Bayangkan betapa
kuatkan gegaran gempa bumi itu sehingga boleh dirasai di seluruh Sabah. Ramai
rakan-rakan mengatakan mereka merasa sendiri gegaran kuat terutamanya mereka
yang berada di Ranau, Kota Kinabalu, Kota Belud, Keningau, Tambunan, Tenom dan
yang paling jauh Sandakan. Bayangkan sendiri kekuatan gempa bumi ini yang boleh
dirasai di pantai barat, pendalaman dan pantai timur Sabah.
Rasanya, ini adalah pertama
kali berlaku gempa bumi sekuat ini di Sabah. Kawasan yang paling teruk terjejas
ialah di kawasan Kinabalu Park, Ranau dan kawasan sekitar.
Dilaporkan seramai lebih 190 pendaki dan
32 mountain guide telah terperangkap
di atas puncak Gunung Kinabalu di Kilometer 7.5 ketinggian 3800 meter kerana
laluan telah tertimbus batu dan tali penyelamat putus. Kini, mereka menunggu helikopter
penyelamat untuk membawa mereka turun. Semoga kerja menyelamat berjalan dengan
lancar kerana sesiapa yang pernah mendaki sehingga ke puncak Gunung Kinabalu
pasti tahu bagaimana keadaan di atas sana. Sejuk, berkabus, udara nipis dan
curam.
Setakat ini terdapat
seorang pendaki wanita warganegara asing patah kaki bersama 11 orang mountain guide di Laban Rata. Manakala,
terdapat lebih kurang 89 pendaki tidak dapat dikesan. Kemungkinan terdapat
pendaki yang tercedera atau tertimbus. Beberapa orang dilaporkan maut namun
angka masih belum dapat dikenal pasti. Sekarang ini kerja menyelamat sedang
dijalankan oleh para anggota penyelamat.
Para pendaki yang terperangkap di puncak |
Selain itu, Donkey Ear yang terkenal di atas puncak
Gunung Kinabalu telah pun runtuh akibat gegaran kuat gempa bumi itu tadi. Sedih
kerana itulah salah satu ikon di puncak Gunung Kinabalu yang dikenali di seluruh dunia.
Before |
After |
Ada yang mengatakan bahawa punca Gunung Kinabalu bergegar ialah penjaga gunung marah dengan tindakan
beberapa orang pelancong asing yang berbogel dan melakukan perbuatan tidak
senonoh di atas puncak beberapa hari yang lepas. Kini, para pelancong yang
terlibat itu sedang dikesan. Kalau kamu semua nak tahu, naik gunung banyak
pantang larangnya. Bukan saja gunung malah pergi hutan, sungai, tasik dan sebagainya
pun ada pantang larangnya yang tersendiri.
Apapun, mari kita semua
berdoa supaya mereka yang berada di puncak dan kaki Gunung Kinabalu selamat dari
sebarang perkara yang tidak baik. Amin.
Gambar-gambar kejadian:
Air Poring menjadi hitam |
0 comments