Tempat penginapan murah di Kundasang, Ranau, Sabah: Kiram's Village
Hai semua.
Sebenarnya, sudah lama
saya nak tulis entri ini. Tapi, kerana ada banyak benda nak buat ditambah lagi
dengan kemalasan yang bertingkek-tingkek, baru sekarang start nak taip.
Padahal, cerita ni dari tahun lalu lagi. Tidak mengapa. Oleh kerana saya
teruja nak kongsikan tempat penginapan kami hari tu time melawat Kundasang,
Ranau, maka terbitlah entri ini seperti terbitnya sinar mentari pada waktu pagi.
Fuhhh, ayat.
Sekarang ini kecoh
tentang gempa bumi yang melanda Sabah terutamanya di Ranau. Rasanya perkara ini
sedikit sebanyak menjejaskan kedatangan pelancong ke sana. So, dengan rasa
tanggungjawabnya, saya ingin mempromosikan tempat-tempat pelancongan menarik di
Kundasang, Ranau yang anda boleh baca di situ, sana dan sini supaya boleh
menarik kembali kedatangan pelancong ke Sabah because I love Sabah! Tanah
tumpah kelahiran.
Okey, enough untuk itu.
Sekarang ni nak cerita tentang tempat penginapan terbaik di Kundasang, Ranau,
Sabah. Jom baca.
***
Sesampai saja di
Kundasang, kami langsung menuju ke tempat penginapan iaitu Kiram's Village yang kami booking secara online. Homestay ini
terletak di atas bukit. Jadi, kami perlu drive ke atas bukit untuk sampai ke
sana. Perjalanan tidaklah sesukar mana. Tapi, kepada pemandu yang baru belajar
drive tu, kesukaran tu agak terserlah. Tengok gambar di bawah ni.
Perlu drive sampai ke atas bukit |
Setibanya kami di Kiram's Village, kami terpegun dan terpesona dengan pemandangan menarik di sekitar
tempat penginapan kami itu terutamanya saya. Banyak bunga yang ditanam
menghiasi landskap di kawasan sekitar. Saya suka nampak bunga-bungaan sebab
rasa mendamaikan dan sejuk mata memandang. Ditambah lagi dengan cuaca yang
dingin, rasa macam berada di luar negara pula. Bak kata pepatah, ‘dalam hati
ada taman’. Ok, tak ada kaitan.
Selesai saja check in,
kami menuju ke bilik penginapan sambil meninjau-ninjau kawasan sekitar. Konsep
Kiram's Village ni ialah homestay. So, kita boleh nampak rumah-rumah penginapan
pelbagai saiz dan warna. Kalau datang dengan family, boleh pilih rumah yang
besar. Tapi, kalau datang berdua macam kami ni, pilih saja rumah yang kecil.
Harga tak ingat tapi memang berpatutan.
Antara rumah-rumah homestay yang terdapat di sini |
Dalam bilik kami
lengkap dengan keperluan asas seperti katil *of courselah ada katil*, tandas
yang bersih, water heater dan sebagainya. Television tak disediakan untuk
bilik. Di rumah homestay yang besar ada. Tak mengapa sebab tujuan kami datang
ke sini bukan nak tengok TV tapi nak tengok alam semulajadi. Betul, betul,
betul kata Upin dan Ipin.
Inilah bilik penginapan kami dari luar. Rumah Mushroom. |
Kawasan sekitar Kiram's Village
Boleh nampak Gunung Kinabalu lagi dari sini tau. Time tu tak jelas sebab berawan. |
Keesokan harinya, kami
pun check out. Sempat juga semalam buat cover lagu Meghan Trainor – All About
That Bass…haha… Memang best tempat ni. Saya sangat syorkan. Cuma lokasi
homestay ni agak jauh di atas bukit. Malam-malam drive agak menakutkan sebab
kabus tebal dan jalan licin kalau hujan.
Saya tak nak lepaskan peluang selfie di sini...hihi... |
Me & Denny |
Susah tau nak jumpa serangga ni |
Look into my eyes |
Acting takut |
So, guys, kalau datang
ke Kundasang, Ranau, letakkan Kiram's Village dalam list tempat penginapan kerana
ianya sungguh berbaloi.
Boleh hubungi nombor-nombor ini untuk keterangan lanjut |
Terima kasih kerana
membaca
0 comments