Cerita minggu pertama menjadi guru
Hai semua!
Saya nak share berita
gembira ni... jeng…jeng…jeng… Saya telah mendapat kerja sebagai guru ganti
sementara menunggu konvokesyen pada bulan November ni. Syukurlah kerana
daripada menternak lemak di rumah, lebih baik cari duit. Tidaklah juga
menyusahkan orang tua kan. Tapi, sekolah yang saya dapat tu jauh sangat dari
tempat tinggal. Saya tinggal di Keningau manakala lokasi sekolah tu terletak di
Labuan. Jauh. Terpaksa melalui pelbagai halangan dan rintangan *lah sangat* untuk
sampai ke sana. Gunung ku daki, darat ku rentasi dan laut ku renangi. Kira
macam begitulah situasinya. *Extravaganza betul cara saya describe ni*
Hari pertama lapor diri
rasa sangat dup dap dup dap jantung ini. Benda pertama yang saya buat semasa melapor
diri ialah punch card *bangga ada punch card sendiri*. Lepas tu jumpa Encik
Pengetua. Adalah sepatah dua kata-kata aluan yang didendangkan kepada saya.
Kemudian, saya pergi ke perhimpunan sekolah sebab ngam-ngam hari tu hari isnin.
Argkhhh…awkward sebab kita sebagai cikgu harus duduk di depan manakala para
pelajar yang seramai seribu orang tu akan menatap indah muka kita lebih-lebih
lagi guru baru. Control macholah jawabnya.
Habis sahaja
perhimpunan yang sangat lama itu *padahal hanya sejam saja*, saya telah
diberikan jadual kelas serta buku pengajaran dan pembelajaran. Lepas tu saya
ditunjukkan ofis saya. Oh, my…I love my sit. Ada aircond dan wifi yang sangat
full and strong line. Itu yang paling penting sebenarnya...haha…
Dan bermulalah detik
yang sangat mengugupkan dan me-nervous-kan jantung ku ini iaitu saat ketika melangkah
masuk ke kelas yang pertama. Saya pernah juga mengajar junior-junior saya time
di universiti dulu tapi tak pernah ada pengalaman mengajar budak sekolah menengah. Kan pelajar
di sekolah menengah ni semuanya dalam proses mengenali kehidupan. Rebel. Susah
nak handle. Banyak yang bermain dalam fikiran saya ketika itu. Saya cuba ingat
segala skil-skil berkomunikasi yang saya pernah belajar di universiti. Kemudian,
tarik nafas, tahan 5 saat dan hembus. Okey, hati sudah tenang sedikit.
Nasib baiklah saya
mengajar budak-budak tingkatan 1. Semuanya budak bagus dan mendengar cakap tau.
You know what, it is not bad as I though…haha… Pertama kali tu memanglah
nervous, tapi apabila masuk dalam kelas dan make a little chit chat with them,
rasa gugup tu terus hilang dan lesap bertaburan di angkasa. Eh.
Banyak juga karenah
budak-budak sekolah menengah ni. I don’t know lah bila saya lalu kelas ataupun
pergi makan di kantin, ada sahaja bisikan-bisikan pelajar perempuan yang
hinggap di telinga ini. Antaranya,
‘Tu dia cikgu hensem’
‘Hensemnya cikgu baru
tu’
‘Selamat pagi cikgu’
(yang ini biasa) etc.
And I take that as a compliment…haha…
Minggu tu juga ada
sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Jadi, adalah sukaneka untuk guru dan
kakitangan sekolah. Memang best dapat bersukan dengan orang-orang yang tua dari
saya. Oppsss, excuse me. Maksud saya, orang yang berumur dari saya. Sporting
semuanya. Best! Antara aktiviti time sukaneka ialah makan aiskrim, isi air
dalam botol, sambut belon,kumpul getah menggunakan straw dan rebut kerusi.
Group kami hanya mendapat tempat ketiga saja. Syukurlah nak.
Seperti biasa time Hari
Guru adalah adegan air mata antara pelajar dan guru, bagi hadiah kepada guru yang
mereka sayang dan sebagainya. Saya memang tak expect dapat hadiah sebab belum
sampai seminggu pun saya bertugas di sekolah itu. Tapi, tup…tup…saya dapat juga
hadiah dari seorang pelajar perempuan ni. Hairan bin pelik, apa pula jasa saya
terhadap pelajar ni? Rupanya…hahaha…
By the way, thank you
very much. Nanti next time bagilah hadiah makanan ya sebab cikgu suka
makan…hohoho…
Okeylah, hujan sudah
turun. Nak tidur dululah. Seronok tidur time hujan lebat macam ni.
Terima kasih kerana
membaca
0 comments