Cabaran orang bertubuh kurus

Hai semua!

Hari ni saya timbang berat badan. Harapnya ada lah sekilo dua naik. Tup…tup…saya naik 2 kg. Syukur. Selama ni berat badan saya selalu juga naik turun. Cuma taklah sampai 2 kilo. Mungkin naik dalam 0.5 kilo ataupun  turun 1 kg…wuuu~

Tadi bila tengok naik 2 kg, terbeliak mata saya sambil disusuli oleh senyuman girang. Sempat juga saya tepuk-tepuk timbangan tu tadi mana tau rosak atau mungkin ada spring terlepas…haha… Berhasil rupanya makan banyak ni. Kalau nak tahu, saya sekarang tak amalkan sebarang diet. Saya cuma akan makan dalam kuantiti yang banyak setiap kali sesi makan. Kalau boleh, saya nak berat badan saya bertambah in natural ways. Tak nak makan ubat-ubatan yang berlambak di pasaran tu. Takut nanti ada efek sampingan. Seram! *Tapi, kalau terpaksa, nak juga cuba…huhu…*

Banyak cabaran menjadi orang yang bertubuh kurus ni terutamanya kaum lelaki. Kalau perempuan kurus memang tak hairan. Tapi, bila lelaki berbadan kurus, tak smart dipandang pula. Saya adalah salah satu manusia dalam kelompok itu. Tak tahulah saya perlu rasa bersyukur atau tidak. Tapi kalau boleh, saya nak berat badan saya ideal. Berat badan saya sekarang tak ideal. Saya sudah kira BMI hari tu. Tak normal. Underweight. *Nangis*. Rasanya, dengan pertambahan 2 kg ni, mungkin BMI saya sudah kembali normal. Harapnya.

Antara cabaran bertubuh kurus ialah bila berjumpa dengan kawan-kawan atau saudara-mara, mesti mereka akan kata;

‘Kurusnya awak. Bagus awak pergi bersenam di gim. Bagi mantap sikit’

‘Kalau awak ditiup angin, mesti terbang punya’

‘Lagi smart kalau awak pakai baju lengan panjang. Cover sikit lengan awak yang kurus tu’

Wei, penat tau dengar ayat-ayat di atas ni.

Saya tak lah kurus sangat*Menyedapkan hati*. Tapi, mungkin dalam penilaian mereka tu, saya nampak kurus. Sedih. Kadang-kadang, saya terasa juga bila mereka tegur tentang bentuk tubuh badan saya. Cabaran mental sangat! Saya sebenarnya selalu memasang impian nak tubuh yang ala-ala model gitu. Tak terlalu tegap dan tak terlalu kurus. Medium. Yang penting nampak fit. Supaya bila orang pandang, mereka akan pandang saya lebih dari sekali….haha… Lepas tu,senang nak beli baju. Tak perlu lagi spend 2-3 jam untuk cari baju yang ngam di badan.

Nak badan macam David Beckham ni

Semoga saya berhasil mendapatkan tubuh badan impian.

Terima kasih kerana membaca

0 comments