Air vs Elektrik
Hai semua!
Rumah sewa tempat saya
tinggal sekarang ni mengalami krisis air. Sengsara! Ceritanya macam ni. Hari tu
bil hujung bulan datang. Bila tengok, terbeliak biji mata masing-masing melihat
jumlah yang tertera. RM300 ++! Terkejut beruk. Masing-masing hairan. Kenapa bil
air boleh melambung sebegitu tinggi? Sedangkan, kami jarang guna air kecuali
malam sebab siang semua keluar bekerja.
Rupanya, pam air tangki
kami rosak. Air selama ni mengalir tanpa kami sedari. Oh, patutlah. Nampaknya,
sementara tunggu pam air kami tu dibaiki, terpaksalah kami membuat catuan air.
Pagi sebelum bekerja dan malam, kami akan pasang paip utama. Selain dari
masa-masa itu, kami akan tutup paip utama dengan tujuan untuk menjimatkan
penggunaan air. Sehari dua okey. Tapi, sekarang dekat nak sampai seminggu
memang tak tahan. Rasa macam dekat kampung pula. Sedangkan kawasan tempat
tinggal kami ni ialah kawasan perumahan. Bagus lagi di kampung. Banyak air…huhu…
Saya lebih rela tak ada
elektrik berbanding air. Ya, kedua-duanya ialah keperluan asas. Tapi, bagi
saya, air lebih penting. Tak ada air bermakna tak dapat mandi, masak, minum,
cuci kain, siram bunga bla, bla, bla… Sangat rimas kalau tak ada air! SANGAT!
Lepas tu, kalau time darurat (melabur emas), memang paling sengsara feeling
tu. Urgkhhh!
Kalau elektrik tiada
tapi ada air, tak menjadi masalah buat saya. Saya masih boleh menjalani
kehidupan seharian tanpa elektrik. Dulu time kecil, saya pernah hidup 3 tahun
tanpa elektrik. 3 TAHUN. Malam-malam kalau nak study, terpaksa guna lampu
minyak tanah atau lilin. Dapat juga saya survive time exam. Selalu dapat top 10
dalam kelas. Lepas tu alat hiburan kami cuma radio yang menggunakan bateri. Biasalah
orang susah. Bila terkenang balik, sedih pula. Tapi, saya beruntung dapat
merasai keadaan macam tu sebab ianya membuatkan saya untuk lebih bersemangat
mengejar kejayaan dalam hidup. Tak nak lagi hidup susah.
Apapun, kalau boleh
saya nak semua keperluan asas di rumah ni lengkap. Kalau tak lengkap, how can i
call my house as home? Lepas ni saya nak periksa pam air tu.
Nampak air mencurah-curah kegirangan tu?...hmmm... Harap pam ni dapat dibaiki dalam masa terdekat |
Terima kasih kerana
membaca
0 comments