Suasana pasar ikan yang meriah

Helo semua!

Hari ni saya bangun awal. Sangat awal. Jam 5.30 lagi. Masih sangat mengantuk sebab semalam tidur jam 2.00 pagi layan Youtube. Tahan sajalah sebab pagi ni kami bercadang nak pergi ke pasar ikan Labuan. Pasar ni hanya buka pada awal pagi saja lepas jam 8.00 pagi macam tu akan tutup. 

Sesampai saja di pasar ikan, saya lihat semua orang membawa bakul plastik masing-masing. Saya yang hairan ni terus bertanya kepada Denny kenapa dan mengapa. Kata Denny, penjual ikan di sini tak sediakan bakul plastik. Pelanggan sendiri yang kena bawa dari rumah. Aik, pelik juga. Mungkin para penjual nak save budget atau pun mereka menyokong kempen ‘Tak Nak!’ kepada plastik. Mungkin.

Kemudian, Denny tiba-tiba teringat yang dia terlupa bawa bakul plastik. Kami saling berpandangan antara satu sama lain. Suasana menjadi sunyi seketika. Macam mana nak beli ikan kalau tak ada bakul plastik. Kami segera periksa setiap inci kereta dengan harapan akan jumpa bakul plastik. Fuhhh, nasib baik ada. Itu pun sehelai dan kecil. Syukurlah daripada tiada.

Kapal-kapal menangkap ikan berlabuh

Lihat betapa meriahnya!

Semua ikan di sini sangat fresh dan nampak berkilat-kilat. Segar bugar sebab ikan-ikan ni mendarat direct dari laut. Kira macam ikan ni first hand in the first person. Sorry for broken english! Bersemangat saya tengok pelbagai jenis ikan. Tapi semuanya sudah saya pernah tengok. Alaaa, kan saya ni anak pemborong ikan. Mestilah saya familiar dengan jenis-jenis ikan *bangga*.



Nampak betapa besarnya Lobster tu?

Udang-udang yang fresh

Rasanya ini King Prawn kalau tak silap saya



Kata Denny ikan-ikan di sini semuanya murah-murah belaka. Tapi, dari pengamatan saya, harga lebih kurang saja dengan yang dijual di kedai. Entahlah. Bezanya, ikan dekat sini segar. Kami ada juga beli sedikit ikan iaitu ikan putih dan ikan kerisi. Ikan kerisi is my favourite *info tambahan*.

Setelah puas round pasar yang sangat meriah dan penuh dengan manusia itu, kami pun pulang ke rumah. Oh ya, kami sempat juga beli sedikit kuih untuk breakfast nanti.

Apapun, next time kami pasti akan pergi lagi ke sini kalau ada kesempatan.

Terima kasih kerana membaca

0 comments