Alat pengurut badan yang pelik

Hai!

Hari tu ada pameran barangan dari Jepun, Korea dan Taiwan di dewan sekolah. Lupa nama sekolah tu. Saya pun excited sebab sudah terbayang produk-produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan muka. Yalah, bila dengar nama-nama negara di atas mesti terbayang produk kecantikan. Betul tak? Lagipun saya ni jenis yang menitikberatkan penjagaan diri terutamanya bahagian wajah. Jangan rasa pelik pula. Zaman sekarang ni normal kalau lelaki pentingkan kebersihan wajah. Barulah sedap dipandang.

Lepas balik dari kerja, kami singgah sebentar di rumah untuk menukar pakaian dan barulah menuju ke dewan sekolah tersebut. Sesampai saja di sana, kami lihat ramai kereta berparking di bahu jalan berdekatan dengan sekolah. ‘Wah, ramai rupanya orang malam ni’, getus hati kecilku. Amboi, getus ya.

Masuk saja ke dalam dewan, muka kami pun berubah terutamanya saya. Ceh, saya sangka produk kesihatan. Rupanya, produk yang biasa-biasa saja. Sangkaan ku meleset sama sekali. Waduhhh… Kebanyakkannya produk elektronik seperti oven, treadmill, powerbank dan sebagainya. Tak apalah. Alang-alang sudah sampai, apa salahnya tengok-tengok sekejap.

Kami pun pusing-pusing sambil belek-belek produk yang dipamerkan di setiap booth dan….

Tiba-tiba, ada seorang mak cik cina ni pergi dekat kami dan terus membebel tentang produk dia.  Kami yang ternganga tak tahu hujung pangkal pun terpaksa dengar. Lepas tu, dia jadikan Denny sebagai tempat untuk dia tunjukkan produknya tu. Produk dia ialah alat pengurut yang langsung saya tak pernah jumpa selama 23 tahun hidup di dunia yang indah ini. Kesian Denny…haha!

Bebel punya bebel, entah bagaimana Denny boleh terbeli benda tu. Hebat juga ya mak cik cina ni promote barang. Padahal, kami langsung tak berniat nak beli apa-apa pun dalam ekspo ni. Haishhh…

Balik saja rumah, baru rasa menyesal kenapalah boleh terbeli benda tu. Hmmm, tak apalah. Harap lepas ni kena berani cakap ‘ Saya tak berminat nak beli barang awak’. Wah, dengar macam kejam saja.

Inilah alat pengurut tu. Nampak kecil tapi mak cik tu kata functionnya hebat.

Alat pengurut ni ada empat mode. Tapi, saya cuma ingat mode urut, bekam dan tumbuk. Yang mode satu lagi tu saya lupa. Tengok instruction pun semuanya dalam bahasa Taiwan. Bingung kita. Cara nak gunakan ialah kita  cuma perlu lekat di area badan mana yang kita nak urut. Lepas tu, tekan mode yang kita nak serta kelajuan yang sesuai. Hari tu saya tekan kelajuan yang paling high. Rasa nak tercabut otot di badan ni.

Yang melekit-lekit tu ialah silikon. Kalau melekat di badan lepas tu tarik sadis woo...

Lekat di badan macam ni lepas tu tunggu sampai siap. Kalau sampai 10 minit, alat ni automatik akan berhenti.

Alat ni walaupun pelik semacam, tapi kira okey jugalah. Walaupun menyesal beli tapi we have to turn negative situation into positive *sambil tekan keyboard laptop kuat-kuat*. Kelemahannya ialah cepat habis bateri. Itu saja.

Terima kasih kerana membaca

0 comments