Hai semua!
Actually, jumaat yang
lepas saya telah balik kampung sebab ada hal yang nak diuruskan disamping rindu
dengan keluarga. Lama benar tak balik. Super excited. Terpaksa ambil emergency
leave. Means gaji kena potong. Tak mengapalah. Duit boleh dicari yang penting empunya
diri ini bahagia. Ecececeh.
Sebenarnya jumaat tu saya
nak buat clearance di UiTM. Kalau tak buat clearance tak boleh konvo. UiTM ni
pun satu hal. Tak bolehkah buat clearance online saja. Kata semuanya dihujung
jari. Menyusahkan *mendengus*. Oleh kerana ada halangan yang tak dapat
dielakkan. So, saya terus beli tiket bas menuju direct ke Keningau. My hometown
baby.
Dan di Keningau juga saya ada ikut pertandingan inovasi idea perniagaan @ Pitch Borneo yang
berlangsung pada hari sabtu dan ahad. Nantilah saya ceritakan dalam entri yang
akan datang ya. Sangat best!
Sesampai saja saya di
Keningau, my parents ambil saya di terminal bas langsung menuju ke rumah. Wuuu,
lama tak menjejakkan kaki di rumah. Beginilah anak perantau. Jarang balik
kampung. Hanya mampu memendamkan rindu menjadi buku dalam hati. Tapi, bukan
makan hati ya. Hait!
Benar kata orang, rumah
tempat kita membesar lagi terbaik berbanding tempat lain. Tilam, almari
pakaian, bilik mandi dan sebagainya semuanya sudah sebati dalam diri. Part yang paling best
bila dapat makan masakan parents. Enak hingga menjilat dua belah ibu jari. Anjing kami si Sunday pun
sihat sudah. Kali terakhir saya tengok si Sunday hampir semua bulunya telah
gugur. Kesian pula. Tapi, sekarang lebat bulunya. Mukanya macam Hachiko yang
dalam filem tu. Sori, tak sempat nak gambar…hew…hew…
Isninnya tu terpaksa
balik ke Labuan sebab kerja. Itupun ambil emergency leave lagi sebab tak sempat
nak balik hari ahad. Sebelum bertolak, my parents ada bekalkan saya banyak
sayur-sayuran yang sebahagiannya saya jarang lihat atau makan. Ini yang best
ni. Lepas tu, my mum bekalkan saya dengan beras wangi. Happy sangat-sangat. Dapatlah jimatkan duit time di Labuan nanti. Tak perlu lagi pening nak fikir
tentang makanan. Saya ada juga bawa sedikit buah pisang dari Keningau.
Mahal pisang di Labuan. Kalau fikir
logik tak berbaloi beli pisang di sini. So, dengan gembiranya saya masukkan
beberapa sikat pisang ke dalam bakul plastik.
Sampai saja di Labuan,
saya tunjukkan semua bahan makanan yang saya bawa dari Keningau. Excited bukan
kepalang Denny. Keesokan malamnya barulah kami masak sayur-sayuran kampung
mengikut resepi kami sendiri. Sayuran kampung memang sedap, bersih dan tak ada
bahan kimia. Terbaik segar dari ladang. Memang umpphhh dimakan bersama beras
wangi. Kombinasi yang sangat matching.
Inilah dia sayur-sayuran
tu. Bila masak memang terangkat. Fuhhh.
|
Lada putih dan rebung muda siap dihiris. Siapa suka makan lada putih di sini sila angkat tangan |
|
Ini sayur saya tak pernah jumpa. Emak saya kata sayur ni selalunya tumbuh di sawah padi. Ohhh, ingatkan paku pakis |
|
Kacang panjang dan batang ubi errr ubi apa ya?...Rasanya, ubi keledak kalau tak silap saya |
|
Lada banyak-banyak ni terus dijeruk dengan cuka dan bawang supaya tahan lama. Rasanya pun akan jadi sedap |
|
Ini ialah cendawan. Tapi, saya selalu panggil telinga tikus. Tak tahu pula apa nama sebenarnya. Anyone? |
|
Dan beginilah rupanya selepas telinga tikus tu dimasak. Campur dengan lada putih dan asam jawa untuk kesedapan yang berganda |
|
Tadaaa! Inilah dia hidangan makan malam kami. Sangat menyelerakan! Siapa kata orang lelaki tak boleh masak?...hoho... |
Thank you mum and dad!
Terima kasih kerana
membaca
0 comments