Air Terjun Mahua di Tambunan, Sabah yang sangat indah

Hai semua!

Semalam saya belek-belek isi dalam laptop ni. Lama sudah tak explore. Kadang-kadang, ada benda yang saya tak ingat ada dalam sini. Tapi, yang paling best bila tengok dalam album. Banyak betul gambar kenangan dari saya muda belia *eh, tua sangatkah saya* sehinggalah saya bekerja. Time goes by tanpa saya sedar.

Belek punya belek, terjumpa pula trip saya dan Denny ke air terjun Mahua di Tambunan pada tahun lalu. Jadi, kiranya ini cerita tahun lepaslah. Tapi, kenangan tu masih segar-bugar lagi dalam ingatan. Saya ni kalau pasal bercuti hampir 90% jalan cerita saya akan ingat. Moment indah of course lah kan….heee…

Okey, jom baca.

Kami bertolak dari Keningau pada waktu petang kira-kira jam 1.00 pm macam tu. Sampai saja di pekan Tambunan hujan turun dengan lebatnya. So, sambil menunggu hujan reda, kami pun singgah di supermarket untuk beli minuman dan sedikit makanan ringan sebagai bekalan kami ke air terjun. Manalah tahu tiba-tiba lapar. Just in case. Apabila hujan sudah sedikit reda, kami pun bertolak ke lokasi air terjun tu.

Masalahnya di sini ialah kami tak tahu di mana air terjun tu sebab ini pertama kali kami ke sana. Kami hanya berpandukan peta dari Google saja *well, semua info hanya berada di hujung jari. Konon.* dan juga bertanya dengan orang tempatan. Nasib baik semuanya mesra belaka. Orang Sabah bah itu!

Hasil dari usaha keras dan penat lelah *lah sangat*, kami berjaya juga sampai di tempat air terjun tu setelah masuk kampung keluar kampung, naik bukit turun bukit, lalu jalan raya dan jalan tak berturap. Adventure jugalah. Saya suka. Air terjun ni agak jauh jugalah kira-kira 26 kilometer dari pekan Tambunan. Tapi, kami tak bosan sebab sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan sawah padi, suasana kampung yang tenang dan juga udara segar.

Sesampai saja di sana, kami pergi ke kaunter tiket sebelum masuk ke dalam. Harga tiket saya tak berapa ingat. Rasanya, RM 3.00 setiap seorang. Tapi, time tu kami hanya bayar satu tiket untuk dua orang sebab hari sudah nak petang. Kira untunglah. Suasana di sana masih full hutan sebab tempat ni terletak agak pendalaman sikit. Dari jauh sayup-sayup kedengaran deruan air terjun. Bikin excited.

Untuk sampai ke air terjun, kami perlu berjalan ikut trail yang disediakan sejauh kira-kira 500 meter. Kami perlu berhati-hati sebab jalan agak licin dan berlumut. Kena tengok-tengok jugalah di bawah kaki sebab takut ada lintah mencuri darah. Seram. Banyak serangga yang jarang kami lihat ada di sana. Sangat eksotik. Lupa pula saya nak gambar…huhu…

Perjalanan menuju ke air terjun

Setelah menempuhi perjalanan selama kira-kira 10 minit, kami pun sampai di air terjun tu. My jaw dropped. Terpaku seketika. Tempat ni serius cantik. Tak sangka di Sabah ada air terjun macam ni. Rupanya, air terjun ni tinggi. Mungkin setinggi bangunan 3 tingkat.

Air terjun Mahua dengan aliran airnya yang deras



Bagi gambaran yang lebih jelas, silalah layan gambar-gambar di bawah ni




Bergambar atas jambatan gantung. Nak ke seberang perlu lalu jambatan ni

Kafe berdekatan dengan kaunter tiket

Tempat rehat selepas penat berjalan

Ambil gambar kenangan sikit

Setelah sejam menikmati pemandangan air terjun yang hebat ini, kami pun bertolak pulang ke Keningau. Apa yang boleh saya katakan, tempat ini sangat berbaloi untuk  dikunjungi terutamanya kepada nature lovers seperti kami. Cuma tempat ni kurang diwar-warkan kepada orang luar. Harap lebih banyak promosi akan dibuat oleh pihak yang berkenaan tentang tempat ini supaya ramai orang tahu yang di Sabah ni ada banyak tempat pelancongan yang menarik.

Terima kasih kerana membaca

0 comments