Cara untuk pastikan rambut kekal sihat
Hai semua!
Kalau dulu wanita mesti
dikaitkan dengan penjagaan diri, kecantikan, kebersihan tubuh badan dan
sewaktu dengannya. Lelaki pula? Hmmm… dulu, jangan haraplah nak berwangi-wangi
ataupun mandi lama-lama dalam kamar mandi. Takut nanti orang kata;
‘Eh, ko kan lelaki. Mana boleh lelaki mandi
lama-lama’
‘Lelaki mana boleh jaga muka sangat. Itu untuk orang
perempuan sajalah’
‘Wei, apahal pakai minyak wangi ni? Jadi jantanlah
sikit’
Wow, wow, wow…. Itu semua
ayat pada zaman dahulu kala. Sekarang ni, semuanya sudah berubah, berpusing,
berputar 360 darjah. Zaman millenium ni, lelaki mula menjaga kebersihan diri.
Wangi-wangian tu biasalah. Ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk
penjagaan diri saja. Sebab itu semua adalah keperluan. Tapi, kalau sampai buat
pembedahan plastik tu memang lu pikir la sendiri.
Saya juga merupakan
antara jutaan lelaki yang sangat menitikberatkan penampilan diri dan salah
satunya ialah rambut. So, di sini saya nak kongsikan tentang bagaimana saya
menjaga rambut supaya kekal sihat dan sihat dan terus sihat. Yasss! Okey, di bawah ni merupakan kit penjagaan rambut saya sekarang. Semua produk ni memang sangat sesuai dan berkesan dengan rambut saya yang tebal terutamanya syampu dan conditioner dari Sunsilk.
Rambut saya
sekarang agak panjang, I mean medium long sebab target saya nak panjangkan
rambut macam gambar bawah ni. Hidup hanya sekali, jadi saya nak juga merasa berambut
panjang…hew…hew…
This is Hozier. One of my favourite singer |
Saya akan pastikan setiap
hari saya akan cuci rambut terutamanya pada waktu malam. Saya akan menggunakan
syampu terlebih dahulu. Part ni yang saya sangat suka sebab saya rasa sangat
relaks mengurut kepala sendiri. Urut kepala dengan lembut ya. Selalunya time
bersyampu tu saya feeling-feeling berada di salon…haha… Kemudian, saya akan
biarkan selama 2 minit barulah bilas sampai bersih. Next, guna conditioner.
Rapikan keseluruhan rambut terutamanya hujung rambut dan biarkan selama 1 atau
2 minit. Lepas tu, bilas. Hasilnya, rambut saya halus, harum dan yang paling
penting sihat. That’s why I love Sunsilk.
Saya suka Sunsilk yang warna kuning |
Kalau nak ke tempat
kerja pula, saya akan menggunakan gel rambut dari Loreal supaya rambut nampak
berkilat dan rapi. Saya sengaja pilih yang strong supaya rambut saya tak akan
bergerak seinci pun walaupun dibadai taufan *okey, ini melebih*. Tapi, memang
betul. Walaupun angin bertiup kencang, rambut saya tetap maintain posisinya.
Hebat!
Manakala, saya akan
gunakan hair wax dari Gatsby time hujung minggu when hang out with friends or going to
church. Dengan wax ni, saya boleh buat style messy hair supaya nampak cool. Lagipun,
wax ni tak melekit dan berbau harum. Selesa.
Bagaimana pula dengan
kamu? Apakah kit penjagaan rambut kamu? Silalah komen di bawah. Saya amat
berbesar hati untuk membacanya.
Terima kasih kerana
membaca
0 comments