Resepi Terung Bakar

Hai semua!

Hari ni saya nak kongsikan tentang satu resepi yang sangat simple tapi rasanya ya ampun sedap. Tidak lain dan tidak bukan, tuan tuan dan puan puan, terimalah resepi Terung Bakar ala Chef Vander. Yeay! It's my all time favourite from childhood lebih-lebih lagi kalau my mom yang sediakan. Pergkh! Tanpa bercakap panjang lebar, jom kita ke dapur. Siap sedia untuk bunyikan sudu pisau periuk belanga anda.

Baiklah, bahan-bahannya sangat mudah seperti yang kamu lihat dibawah ni. Resepi ni saya sediakan untuk dua orang. So, kalau kamu nak sediakan untuk satu family, bolehlah tambah kuantiti bahan-bahan ikut suka tekak masing-masing.

Bahan-bahan:

Terung

Beberapa ulas bawang putih (kalau nak tambah bawang merah pun boleh)

Ikan bilis (digoreng)

Cuka (kalau guna limau lagi bagus. Tapi, limau sudah habis...wuuu...)

Cara-cara untuk menyediakan:

1. Pertama sekali, panggang terung sampai hangus kulitnya. Pastikan betul-betul hangus supaya senang nak buka kulit. Rasa pun akan jadi sedap.

Comelnya pemanggang kami ni

Kulit terung hangus macam ni

2. Selepas siap panggang, kupas kulit terung.

Kupas kulit terung tanpa rasa belas kasihan

3. Gaulkan isi terung yang sudah dikupas tu bersama dengan cuka. Cuka ni memainkan peranan penting dalam menentukan rasa keseluruhan hidangan ni. Tapi, jangan terlebih letak pula. Oh, ya, macam biasa letaklah garam dan gula secukup rasa.

4. Kemudian, masukkan bawang, cili dan bilis goreng. Gaul sehingga sebati.

5. Akhir sekali, hidangkan. Siap!

Tadaaa!

Mudah bukan?

Terima kasih kerana membaca

0 comments