Peti sejuk baru yang mantap

Hai semua!

Lama blog ni tak berupdate. Dari minggu lalu lagi. Kalau nak tahu, saya baru saja konvo pada minggu yang lepas…yihiii! Hari yang sangat bersejarah buat saya. Of course saya akan buat entri tentang konvokesyen saya yang penuh gilang gemilang itu. Nak juga kongsi kegembiraan dengan kamu semua…heee…

Okey, berbalik kepada tajuk entri. Kami sudah ada peti sejuk baru. Yeay! Dulu, sejak berpindah ke rumah baru, susah untuk kami simpan bahan makanan terutamanya yang basah seperti ayam, ikan, sosej dan sebagainya. Takut basi. Peti sejuk tak ada. Terpaksalah beli makanan yang tahan lama macam sardin, telur, sayur dan lain-lain. Nak simpan minuman sejuk pun tak boleh. Sudahlah cuaca panas. Fuhhh…

Oleh kerana tak tahan dengan situasi tu, saya dan Denny berpakat untuk beli peti sejuk. Bukan nak memboros tapi keputusan tu dibuat atas dasar keperluan. Zaman sekarang ni susah hidup tanpa peti sejuk. Betul? So, keesokan harinya, kami pun pergilah survey peti ais yang sesuai dengan harga yang kami mampu. Tak nak beli yang mahal-mahal. Buang duit saja.

Lepas jumpa peti sejuk yang berkenan dihati, kami pun beli. Dua tiga hari kemudian barulah peti sejuk tu dihantar direct ke rumah. Inilah benda mahal pertama yang saya beli dengan duit sendiri walaupun kami berkongsi wang (kalau Denny tak tahu pula yang keberapa kali) sejak hidup jauh dari family. Well, mungkin inilah tanda-tanda yang saya sedang menuju ke alam dewasa. Cewah!

Jadi, inilah dia peti sejuk kami. Gambar terus lepas keluar dari kotak. Fresh from oven kata orang putih.

Tadaaa!

Siap ada soletep lagi kan

Panasonic. Trusted brand


Terima kasih kerana membaca

0 comments