Hai semua!
Seperti yang saya katakan pada entri yang lalu, minggu lepas
saya baru saja habis Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara ke-83. Salah satu hari yang paling bersejarah buat
saya. Sebelum tibanya hari tersebut, hati saya berdegup kencang dalam penantian
sebab ini merupakan konvokesyen pertama saya. Setiap hari rasa excited sebab
tak sabar nak naik pentas dan juga jumpa kawan-kawan sekelas dulu. Entah apa
cerita mereka. Mungkin ada yang sudah bekerja ataupun menyambung pelajaran.
Dipendekkan cerita, sehari sebelum konvo, kami perlu datang
ke universiti untuk mengambil jubah dan juga mengikuti raptai. Raptai tu
penting sebab ini pertama kali konvokesyen dibuat di cawangan UiTM luar dari
UiTM Shah Alam. Sebelum ni, semua graduan perlu terbang ke Shah Alam untuk
konvokesyen. So, kira kami ni first batch yang konvo di universiti sendiri.
Rasanya lebih manis berkonvo di tempat sendiri kerana kita lebih feel dengan
suasana pahit manis tempat kita belajar. Memori tu lebih umphh kata orang. Lagipun,
saving cost tak perlu tempah tiket kapal terbang ke semenanjung.
Saya amat berbangga dan teruja untuk berkonvo sebab pakaian
konvo saya lain dari graduan yang lain. Saya pakai selempang berwarna pink
kerana saya mendapat Anugerah Naib Canselor (ANC) iaitu anugerah akademik
tertinggi di UiTM. Nak dapat ANC ni perlu dekan setiap semester dengan pointer
3.50 keatas. Saya bukan nak show off tentang pencapaian saya ni. Tapi, lebih
kepada memberi motivasi kepada para pembaca. Manalah tahu ada dalam kalangan
kamu baru nak masuk alam universiti kan. So, boleh jadikan kejayaan saya ini
sebagai satu inspirasi.
Perasaan ketika nama saya dipanggil ke atas pentas sukar
digambarkan. Rasa puas, gembira, teruja dan juga sedih bercampur-baur. Saya
gembira kerana semua usaha selama tiga tahun berhasil dengan jayanya.I did it!
Kalau saya nak cerita tentang cabaran dan halangan yang saya tempuhi memang
panjang untuk dihuraikan. Air mata berguguran tu biasalah. Saya sedih sebab my
parents tak dapat datang disebabkan hal-hal yang tertentu untuk menyaksikan
saya menerima skrol tamatnya pengajian. Walaupun saya katakan tak mengapa,
tetapi tipulah kalau dalam hati saya tak sedih. Teramat sedih. Lagipun, salah
satu sebab saya berusaha dengan gigih ialah saya nak hadiahkan kejayaan ini
kepada mereka. Tapi, tak mengapalah. *senyum sedih :”)
Namun, kesedihan tu terubat sebab ada juga orang yang dapat
saya kongsikan kegembiraan ini. Dialah yang memberikan bunga konvokesyen untuk
saya ketika melangkah keluar dewan. Sebelum tu, saya sudah bayangkan betapa
sedihnya konvo seorang diri tanpa seseorang untuk saya kongsikan kegembiraan
pada saat itu. Betapa terasingnya saya melihat kawan-kawan lain memegang bunga
masing-masing dengan muka yang ceria. Tetapi, semua tu hilang serta-merta
taktala melihat dia datang dengan bunga dan coklat sambil mengucapkan
‘Tahniah!’. Saya sangat terharu. Terima kasih Denny!
|
My convocation flower with a cute little bear |
Apapun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa
dan keluarga saya kerana sentiasa memberikan sokongan moral, doa dan kewangan.
Itulah yang membuatkan saya kuat sepanjang pengajian. Terima kasih juga kepada
Denny atas segala bantuan yang diberikan. Saya pasti akan membalas budi kamu apabila
saya sudah berjaya kelak. Tidak lupa juga kepada keluarga Joyce yang telah
menolong saya pada hari pertama masuk ke universiti, para pensyarah yang
sporting, rakan-rakan dan kepada semua secara langsung dan tidak langsung.
Terima kasih sekali lagi dan congratulations untuk semua rakan-rakan
seperjuangan!
Ini adalah gambar-gambar ketika konvokesyen. Banyak sangat
gambar yang kena ambil tapi saya cuma upload sedikit saja. Takut blog ni jadi
berat pula...hew...hew...
|
Pursuit of success. Finally, i succeed |
|
With my bestfriend Bryan |
|
With my ex roomate a.k.a housemate a.k.a friends |
|
My riang ria classmate |
|
With my classmate and ENT lecturer |
|
With transportation students |
|
Saya dan Rommel |
|
Bergambar depan bangunan lama UiTM KK. Legend! |
|
Denny pun nak juga try baju konvo |
|
Yeay! |
|
Someone made this to me. Its a very special surprise ever. Thank you! |
Terima kasih kerana membaca
0 comments