Pengalaman pertama membeli barang di Lazada
Hai semua!
Saya excited ni nak cerita tentang pengalaman pertama beli
barang di portal beli belah terbesar iaitu Lazada. Sebenarnya, saya tak suka
beli secara online sebab takut barang yang kita beli tu tak serupa dengan apa
yang kita lihat online. Lebih-lebih lagi pakaian. Takut tak muat. Susah payah
lagi nak return barang. Tapi, entah kenapa hari tu saya boleh pula tergoda bila
masuk laman web Lazada ni. Mungkin kerana macam-macam benda yang dijual dalam
tu.
Lazada ni memang hebat dari segi grafik gambar. Boleh buat
orang terpukau nak beli. Macam saya ni yang memang tak pernah beli barang
online pun boleh terjebak sama. Lagipun, kebanyakan harga barang-barang di sana
agak berpatutan. Lebih-lebih lagi bila ada diskaun sampai 80%! Fuhhh…jerat
percintaan betul Lazada ni.
Okey, barang yang saya beli pertama kali secara online di
Lazada ialah Universal 3 In 1 Clip On
Fish Eye Mobile Camera Lens - Full Silver Set. Sebenarnya, saya tak ada
niat pun nak beli benda ni. Saja nak tengok-tengok. Tapi, bila lihat harga
lens ni. Saya jadi teruja. Kenapa? Sebab ada diskaun sebanyak 82%. Harga asal
ialah RM 99.00. Lepas diskaun jadilah RM18.00. Itu yang buat saya rambang mata tu.
Lagipun tengok cara Lazada promote barang mereka memang terbaiklah. Keep up the
good work!
So, lepas membuat pembayaran, saya diberitahu yang barang
akan sampai 5 hari kemudian. Hmmm, lamanya nak sampai *getus hati kecilku*.
Tunggu punya tunggu. Eh? Dua hari kemudian lens yang saya order tu sudah
sampai. Wow, cepatnya delivery. Walaupun barang kecil saja, tapi mereka tetap
berusaha nak hantar secepat yang mungkin. I as a customer felt a full blast of
satisfaction. Thank you Lazada!
Universal 3 In 1 Clip On Fish Eye Mobile Camera Lens - Full Silver Set |
Tak apa kalau packaging koyak. Asal barang dalam keadaan yang baik |
Inilah lens yang saya order tu. Kualiti barang? Agak okey .
Saya bagi rate 3 dari 5 bintang. Tapi, saya sedar yang kita tidak boleh expect
sesuatu yang tinggi ke atas barang yang murah. Betul tak? Overall, saya sangat
berpuas hati membeli barang di Lazada. Lepas ni, kalau ada rezeki nak lagi
order…hihi…
Eh, Lazada. Kalau nampak entri ni sila bagi feedback ya?...hew…hew…
Terima kasih kerana membaca
0 comments