Pengalaman menarik berkunjung ke Jong’s Crocodile Farm & Zoo, Kuching, Sarawak
Hai semua!
Kali ni saya nak update blog tentang tempat-tempat menarik
yang pernah saya pergi. Semuanya di Malaysia sebab saya belum pernah pergi ke
luar negara. Tsk. Sebenarnya, negara kita pun banyak tempat yang unik dan
menarik. Kalau tak kenapa banyak mat saleh dari luar negara berduyun-duyun
datang ke sini kan…hehe… Macam di Sabah ni, banyak tempat yang memang bestlah
orang kata. Contohnya, lumpur gunung berapi, kolam air panas, gunung, pulau dan
sebagainya. Saya pun belum pernah menjelajah ke semua tempat menarik di Sabah
walaupun saya orang sini *nangis*.
Baiklah, start hari ni saya nak update cerita time saya
melancong di Kuching, Sarawak. Sangat best dan penuh bermakna. Itulah first
time saya melancong luar dari negeri Sabah. Tapi, saya tahu yang one day saya pasti
akan travel ke luar negara. Tiada yang mustahil.
Okey, cukup dengan pendahuluan.
Sebelum tu, saya nak bagi penerangan serba-sedikit tentang
tempat ni. Jong’s Crocodile Farm & Zoo terletak 29 KM dari Kuching iaitu kira-kira 20 minit
memandu. Tapi, kami tersesat selama dua jam walaupun guna Google Map sebab tak
biasa dengan jalan di sini. Lagipun, teknologi sekarang bukan boleh percaya
100% kan...huhu… Setelah berhempas pulas, akhirnya sampai juga kami di Taman
Buaya Jong ini.
Sebelum masuk kena beli tiket di kaunter. Harga tiket agak
mahal. Tapi, tak mengapalah sebab kami sudah melalui pelbagai halangan untuk
sampai ke sini. Tersesat ditambah lagi dengan cuaca yang panas. Fuhhh! Cobaan.
Lagipun, bukan selalu…hew…hew… Tiket masuk akan dilekatkan di pergelangan
tangan. Macam tiket konsert pula. Tapi, itu lebih mudah berbanding tiket yang
nak pegang.
Entrance Fee
Admission Charges:
Adult: RM22.00
*Children: RM11.00
Sarawakian Charges:
Adult: RM12.00
*Children: RM6.00
*Children (3-12 years old)
Price above is inclusive of GST
Opening &
Feeding Hours
Open Daily - Monday to Sunday
9.00 AM - 5.00 PM
Feeding Demonstration:
11AM & 3PM Daily
Perkara pertama yang kami nampak sejurus selepas
masuk ialah galeri tentang buaya atau dipanggil Bujang Senang di Sarawak. Di sini banyak
yang boleh dibaca seperti cerita-cerita mangsa bahaman buaya (termasuk
gambar sekali ya. Ngeri), cara pembiakan dan sebagainya. Boleh juga nampak rangka buaya
serta binatang lain yang telah diawet. Jam menunjukkan pukul 1.30 PM. Feeding
time jam 3.00 PM. So, kami ada masa 2 jam setengah untuk meneroka kawasan ni.
Kalau nak tahu, feeding untuk buaya merupakan tarikan utama di
sini. Tak sabar.
Ini merupakan antara haiwan-haiwan di luar galeri.
Kemudian, kami ke bahagian unggas. Di sini ada
burung merak. First time saya nampak burung merak depan mata. Semualah first
time kan…haha… Burung ini sangat cantik dan menawan. Lebih-lebih lagi bila dia
kembangkan ekor. Macam bidadari. Merak ni jinak. Bila kita halakan kamera dia
akan pegun seketika dan posing. Bijak sungguh. Di sini juga ada ayam, itik dan
beberapa burung yang tak pernah kami lihat.
Posing! |
Beautiful creature |
Next station, kami ke kolam yang mengandungi
beratus-ratus ikan Patin yang berwarna seakan-akan pink dan oren muda. Best
view dekat sini. Sangat menenangkan. Kami melepaskan lelah sebentar di sebuah
pondok yang disediakan sebelum meneruskan perjalanan ke station yang
seterusnya.
Entrance ke kolam yang unik |
Ikan-ikan Patin sebesar paha orang dewasa |
Selepas berehat selama kira-kira 10 minit, kami pun
pergi ke bahagian yang mengandungi banyak buaya. Setiap kolam mungkin didiami
oleh ratusan buaya. Ada pelbagai jenis buaya. Ada yang kecil dan besar.
Biasanya yang kecil dikumpulkan dalam satu kolam besar. Manakala, yang besar, I
mean yang BESAR, diasingkan dalam kurungan lain. Menakutkan tengok buaya besar.
Garang semacam. Kadang-kadang, buaya-buaya tu akan bergaduh sesama sendiri.
Macam nak berbunuh pun ada. Pernah dengar tak bunyi suara buaya? Kalau nak
dengar di sinilah tempatnya.
Selepas melihat perilaku buaya-buaya tu, kami menuju
ke bahagian haiwan hutan liar. Nak sampai sana kena melalui hutan kecil dan
paya. Redup dan selesa saja berada dalam hutan ni.
Banyak haiwan yang kami lihat di sini. Antaranya:
Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 PM. Kelihatan ramai
kelibat manusia berduyun-duyun ke station nombor 4 iaitu tempat pertunjukkan
Crocodile Jump/Feeding termasuklah kami. Tak nak lepaskan peluang tengok
buaya kena bagi makan. Pekerja taman akan mengantungkan daging di tali
betul-betul atas kolam.Tinggi sedikit dari permukaan air. Kemudian, buaya-buaya
yang lapar akan cuba mendapatkan daging itu. Siapa yang lompat paling tinggi
akan dapat makan besar. Seronok tengok pertunjukan ini.
Ready... |
and... |
...annddd |
Eat! |
Selepas berakhirnya pertunjukan itu, kami singgah
sebentar di kafe yang terdapat di taman ini untuk makan aiskrim. Yalah, cuaca
sangat panas. Jadi, ais krim adalah penawar terbaik…hew…hew… Memang berbaloilah
berkunjung di sini. Sangat disyorkan. Kemudian, selepas bergambar sebentar kami
pun menuju ke bandaraya Kuching untuk aktiviti yang seterusnya. Anda pasti tak
ingin terlepas untuk membacanya.
Stay tuned!
Terima kasih kerana membaca
0 comments