Menikmati keindahan Sungai Sarawak dari atas kapal persiaran Sarawak River Cruise
Hai semua!
Entri ini merupakan
sambungan dari entri yang lepas. Kalau nak baca sila klik disini.
Baiklah, selepas saja
balik dari Jong’s Crocodile Farm & Zoo, kami ke tebingan Kuching untuk
merasai satu lagi pengalaman yang luar biasa iaitu nak melihat keindahan Sungai
Sarawak dengan menaiki Sarawak River
Cruise. Kalau nak tahu Sarawak River Cruise merupakan perkhidmatan kapal persiaran
pertama menelusuri Sungai Sarawak.
So, alang-alang sudah
berada di Kuching, kami mengambil keputusan untuk tidak melepaskan peluang
menaiki kapal persiaran ini. Kalau nak tahu, ini merupakan kali pertama saya
menaiki kapal air. Tapi, sekarang saya sudah biasa sebab saya tinggal di pulau Labuan.
Setiap bulan naik feri untuk ke tanah besar Sabah. Balik kampung. Okey enough
with that.
Ini merupakan details
tentang Sarawak River Cruise
Address:
Kuching Waterfront, Kuching
Contact No:
082-240366
Opening hour:
The Daily
Signature Sunset Cruise at 5.30 P.M -7.00 PM
General admission fee:
RM 60.00
P/Pax
Yuran masuk ke kapal
agak mahal bagi saya. So, untuk dua orang kami kena bayar RM120.00. Mahal tapi
berbaloi. Lagipun bukan selalu datang ke sini…hehe… Kami memilih tempat duduk yang
terletak di atas kapal. Senang nak melihat pemandangan. Ramai juga orang yang naik kapal ni.
Rata-rata pelancong dari luar negara.
Saya ni jenis yang
suka melihat pemandangan lebih-lebih lagi gabungan antara semulajadi dan buatan
manusia. Ciri-ciri tu semua ada di sepanjang sungai Sarawak ni. Kami boleh
melihat keindahan sungai dan juga bangunan pencakar langit pada masa yang sama. Antaranya, Masjid
Bahagian Kuching, Astana, Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN), Perkampungan
Melayu di sepanjang sungai, Tebingan Kuching serta banyak lagi tempat-tempat
menarik. Kadang-kadang, ada juga ternampak kawanan burung berterbangan
melintasi langit. So mesmerizing!
Bangunan Dewan Undangan Negeri yang unik |
Eksotik! |
Astana |
Oh, ya, di atas kapal
kami telah dihidangkan dengan makanan & minuman seperti kopi dan jus oren serta kek
sarawak. Tak perlu bayar sebab semuanya sudah include dalam yuran masuk itu
tadi. Kalau nak makan berat pun boleh tapi tak tahu berapa charge yang
dikenakan. Sambil minum dan menikmati pemandangan, tiba-tiba muncul seorang
penari dari suku kaum Sarawak membuat persembahan tarian. Semua pengunjung
dalam kapal termasuk kami rasa terhibur. Yalah, tak pernah nampak tarian tu,
jadi rasa excited tu datang.
Cheers! |
Perkara yang paling
saya tunggu-tunggu ialah nak melihat pemandangan matahari senja berlabuh. Jam
6.30 petang, matahari mula start nak terbenam. Memang cantik! I mean SANGAT
CANTIK. Hebatnya ciptaan Tuhan. Then, hari mulai gelap, so kami boleh nampak
keindahan bandaraya Kuching pada waktu malam bermandikan cahaya.
Pemandangan waktu senja di sungai Sarawak |
Kuching Waterfront pada waktu malam |
Bangunan DUN bermandikan cahaya |
Selepas hampir sejam
menelusuri sungai Sarawak, kapal pun berlabuh di tebingan Kuching. Apa yang
saya boleh katakan, pengalaman menaiki kapal persiaran ini sangat berbaloi
lebih-lebih lagi saya yang sukakan sesuatu yang baru. Kalau datang ke Kuching
dan ada duit lebih sedikit, kamu bolehlah cuba naik Sarawak River Cruise ini.
Next time saya nak lagi datang ke Kuching, Sarawak!
Terima kasih kerana
membaca
0 comments