Percutian menarik di Pulau Manukan dan Pulau Mamutik, Sabah
Hai semua!
Hari tu saya telah bercuti ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik
yang terletak di Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Percutian kali ni saya rasa
sangat excited sebab ini kali pertama saya pergi ke pulau-pulau kecil. Sebenarnya,
dari zaman kanak-kanak lagi saya impikan nak bercuti ke pulau. Nampaknya semua
impian itu sudah tertunai tahun ini. Syukur.
Jesselton Point |
Ini merupakan sedikit info tentang Taman Laut Tunku Abdul
Rahman. Taman laut ini terdiri daripada beberapa gugusan pulau iaitu Pulau
Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Tapi, hari tu
kami hanya pergi ke dua pulau iaitu Pulau Manukan dan Pulau Mamutik.
Sebenarnya, kami nak pergi ke tiga buah pulau – tambah Pulau Sapi. Tapi dek
kerana terlalu ramai orang dan masa perjalanan pun terhad, maka kami batalkan
niat. So, kami just ambil dua pulau.
Memang panjang barisan orang di setiap kaunter. Bayangkan
sepuluh kaunter semuanya full house! Nasib baik ada satu kaunter yang jarang
orang sebab kedudukannya yang sedikit tersembunyi. So, kami pergilah ke sana.
Rupanya orang satu kampung juga. Senang
nak berurusan. Siap dapat diskaun lagi…hew…hew…
Ini merupakan details bayaran yang perlu disediakan untuk pergi
ke pulau.
1 Pulau – RM23.00
(Dewasa), RM18.00 (Kanak-kanak)
2 Pulau – RM33.00
(Dewasa), RM23.00 (Kanak-kanak)
3 Pulau – RM48.00
(Dewasa), RM28.00 (Kanak-kanak)
Terminal
Fee – RM7.63 (Dewasa), RM3.82 (Kanak-kanak)
Conservation
Fee (Bayar semasa berada
di pulau):
Local – RM3.00 (Dewasa), RM1.00 (Kanak-kanak)
International – RM10.00 (Dewasa), RM6.00 (Kanak-kanak)
Banyak aktiviti yang ditawarkan seperti Parasailing, Fly
Fish, Banana Boat, Zipline dan Sea Walking. Tapi, kami cuma nak snorkeling
saja. So, kami hanya sewa Mask Snorkeling dan Life Jacket. Setiap satu berharga
RM10.00. Tapi, seperti yang saya katakan tadi, kami dapat diskaun. So, kalau
nak pergi ke pulau datanglah ke kaunter Aparu
Holiday Tours Sdn Bhd. Mungkin boleh dapat diskaun juga…hehe…
Maka, perjalanan kami pun bermula!
Sayup-sayup kelihatan Pulau Manukan dari jauh |
Ikan-ikan kecil di tepi jeti |
Wajib bergambar di sini |
Ini dia Pulau Manukan. Besar pulau ni. Cantik dan bersih. Air
laut pun jernih. Pemandangan di sini sangat cantik. Dengan langit yang membiru,
air laut seperti kristal ditambah lagi dengan ikan-ikan yang jinak. Percutian
yang sangat sempurna! Oleh sebab saya ni nature lovers, secara automatik jiwa
saya rasa sangat tenang. Fikiran pun bebas dari stres. Saya suka keadaan macam
ni.
Peninggalan peluru zaman perang |
Perkara pertama yang kami lakukan ialah bergambar *ini wajib*.
Kemudian, kami snorkeling. Saya tak pandai berenang. Dan ini pertama kali saya
snorkeling. Nasib baik ada life jacket. Senang nak terapung. Pertama kali rasa
panik dan cuak tu datang silih berganti bila kaki tak pijak dasar laut. Tapi,
bila beberapa kali percubaan, akhirnya saya berjaya! Dapat juga tengok ikan-ikan
berenang walaupun just snorkeling di tepi pantai. Tak berani snorkeling di tempat yang dalam…huuu…
Selepas snorkeling, kami berehat di bawah pokok sambil makan
makanan yang kami beli di Kota Kinabalu. Ada juga restoran di Pulau Manukan ni
tapi harganya agak mahal. Better beli makanan awal-awal sebelum pergi ke sini.
Selepas tu, kami berkemas dan pergi ke jeti untuk menunggu
bot yang akan ambil kami ke Pulau Mamutik. Kira-kira 10 minit macam tu, bot
datang. Masa perjalanan dari Pulau Manukan ke Pulau Mamutik tak lama. 3 minit
macam tu sampai.
Orang ramai di atas jeti |
Ramai sangat orang di Pulau Mamutik. Terutamanya pelancong
dari luar negara. Pulau ini merupakan pulau paling kecil di antara pulau yang
lain. So, nampak padat bila ramai sangat manusia. Banyak ikan di sini tapi air
laut tak sejernih di Pulau Manukan. Tak mengapalah. Just enjoy the moment
walaupun cuaca panas terik mengigit kulit. Snorkeling dan terus snorkeling.
Di sini ada khemah disediakan |
dan juga tempat duduk |
Jam hampir menunjukkan pukul 3.00 petang, kami terpaksa membersihkan
diri dan berkemas kerana kami perlu tunggu bot di jeti sebelum jam 3.30 petang.
Sampai saja bot, kami pun pulang ke Kota Kinabalu.
Percutian kali ni sangat best dan bermakna buat saya kerana
saya dapat menjejakkan kaki di pulau yang lama saya nak pergi dan juga dapat snorkeling
for the first time in my life!
Saya cadangkan kamu untuk pergi ke sini jika ada kesempatan kerana
tempat ini SANGAT-SANGAT MENARIK.
Thank you life jacket sebab bantu saya terapung!...hew...hew... |
Terima kasih kasih kerana membaca
0 comments