Pengalaman memasuki Terowong Bekas Lombong Arang Batu di Labuan
Hai semua!
Minggu lalu, saya dan rakan-rakan telah memasuki
salah satu terowong bekas lombong arang batu di sini Labuan. Kalau kamu nak
tahu, di Pulau Labuan ni banyak rangkaian terowong bawah tanah. Namun, masih
banyak yang belum diterokai. Mungkin atas faktor keselamatan. Yalah, kalau
difikirkan logik, terowong arang batu rapuh sebenarnya berbanding terowong batu.
Apatah lagi yang sudah terbiar lama. Kebanyakan terowong ditutup ekoran satu kemalangan
di lombong itu yang telah membawa kepada penutupannya pada tahun 1911.
CARA UNTUK KE LOKASI TEROWONG
Tempat ini terletak di utara pulau Labuan iaitu di Tanjung
Kubong. Lebih senang jika guna kereta sendiri. Tapi, kalau tak ada kereta
jangan susah. Boleh juga guna bas nombor 6 untuk ke sana.
Okey?
Kami berkumpul di depan Taman Burung Labuan pada
hari ahad jam 4.00 petang. Apabila semua sudah sampai, kami pun memulakan
perjalanan. Saya terpaksa menggunakan selipar sebab tak ada kasut time tu.
Starring betul. Jarak lokasi terowong dari taman burung tidaklah begitu jauh. Kira-kira
5 minit perjalanan menggunakan kereta, kami pun sampai.
Sebelum bergerak kena bergambar dulu. Ini wajib. Saya yang berbaju hijau memakai selipar. Nasib baik ada beberapa rakan yang pakai selipar juga...heee... |
Suasana sekeliling tempat ni masih hutan. Tapi, bukan hutan
tebal. Dari papan tanda, kami perlu berjalan sejauh 150 meter ke tempat
terowong itu berada. Tak jauh. Sekejap saja sudah sampai.
Perlu melalui jambatan kecil |
Saya tak pasti apakah benda ini. Tapi, pasti ada nilai sejarah sebab kena buat pagar macam tu |
Hutan kecil yang jarang |
Di sini ada disediakan pondok rehat |
Nampak saja terowong tu, saya rasa sangat excited sebab itu
pertama kali saya masuk ke dalam terowong. Teruja dan berdebar menjadi satu.
Kami masuk satu persatu dalam barisan. Ada beberapa orang tak nak masuk sebenarnya
tetapi selepas dipujuk berkali-kali barulah mereka akur…hoho...
Bergambar di depan terowong. Inilah dia terowong yang kami nak masuk |
Ini juga merupakan salah satu terowong lain. Tapi, tak boleh masuk sebab sangat berbahaya dan berair |
Berbaris sebelum masuk. Yang berbaju kuning tu ialah abang Madi. Our guide |
Suasana dalam terowong agak sempit, gelap, rendah dan berhabuk sebab di sana ialah bekas lombong arang batu. So, sesiapa nak pergi ke sini kena bawa sapu tangan atau tuala kecil untuk menutup hidung. Tapi, oleh kerana saya ialah seorang yang adventures, so saya anggap semua itu sebagai cabaran. Ececeh.
Keadaan dalam terowong. Tak dapat ambil gambar banyak-banyak dalam tu sebab terpaksa guna kedua-dua belah tangan untuk berpaut pada dinding terowong |
Terowong yang kami masuk ni tak panjang. Tapi, cukuplah untuk
beginners macam kami ni…hew…hew… Sampai saja di hujung terowong, kami kena
panjat dinding batu ke atas untuk keluar. Agak mencabar juga. Mereka kata ada
kelawar dalam terowong tu tapi saya tak rasa pula.
Yihaaa! Wipeout Labuan |
Siap saja keluar dari terowong, kami meneruskan perjalanan
mendaki bukit kecil untuk melihat pemandangan the other side of Labuan dari atas
bukit. By the way, terowong yang kami masuk tu terletak di bawah bukit.
Alang-alang masuk terowong, apa salahnya naik bukit sekali kan. Perjalanan ke
atas bukit tidaklah sesukar mana. Tapi, perasaan seronok tu membuak-buak sebab
kami beramai-ramai. Hiking with friends. Bonding time.
Perjalanan mendaki bukit |
Say cheeseeee |
Pendekar Labuan |
Inilah dia pemandangan sebahagian Labuan dari atas bukit. Enjoy the views
Selepas menikmati pemandangan, kami pun turun dari bukit
Perjalanan menuruni bukit |
Selesai saja masuk terowong dan hiking di bukit, kami pun menuju ke satu lagi tempat iaitu pantai tersembunyi yang jarang orang pergi. Suasana di sana serius cantik. Menenangkan jiwa. Macam pantai di luar negara. Next entri saya akan ceritakan keanggunan pantai tu okey. Tunggu!
P/S: Okey, saya nak bagi tips sikit *sambil membetulkan posisi spek mata*. Kalau ke terowong, sila jangan buat perkara yang tak senonoh seperti meludah, buat bising, buang sampah dan sebagainya. Jaga tingkah laku ya kawan-kawan.
Terima kasih kerana membaca
0 comments