Cabaran mendaki Gunung Wakid di Tambunan, Sabah



Hai semua!

Hari ni saya nak cerita tentang pengalaman mendaki Gunung Wakid pada bulan lalu. Ini ialah gunung pertama yang pernah saya daki seumur hidup saya. Sebelum ni, saya cuma daki bukit-bukit kecil. So, I expect something yang adventures. Hopefully!

Sebelum tu, jom baca info-info di bawah ni. Mana tahu sedikit sebanyak berguna untuk kamu yang nak mendaki gunung ini kan.

TRIVIA GUNUNG WAKID

Gunung Wakid ialah antara gunung yang tertinggi di kawasan daerah Tambunan. Gunung Wakid terletak di Kampung Sunsuron, Tambunan dan mempunyai ketinggian kira-kira 2,000 meter serta dikelilingi hutan tebal yang menghijau. Menurut guide, Gunung Wakid tersenarai dalam Top 10 gunung tertinggi di negeri Sabah. So, gunung ini sesuai untuk mereka yang suka mendaki dan inginkan cabaran.

YURAN PENDAKIAN

Well, tempat ni sudah dikira sebagai tempat pelancongan. So, sesiapa yang ingin mendaki akan dikenakan yuran. Tapi tak mahal seperti Gunung Kinabalu.

Yuran Pendakian = RM 70.00
Sijil = RM 10.00

*Termasuk makan

Okey, enough with that.

Semua peserta pendakian diarah berkumpul di padang sekolah SK Sunsuron seawal jam 7.00 pagi. Setibanya kami di sana, kelihatan ramai sudah pendaki lain berkumpul. Kalau nak tahu, pihak pengurusan memberi limit hanya sebanyak 30 orang sahaja pendaki untuk satu trip. Mungkin supaya senang mereka nak jaga. Setelah sesi suai kenal, regangan badan dan briefing, kami pun bertolak menuju ke Gunung Wakid pada jam 9.00 pagi. Gunung Wakid, tunggu ku datang!

Berkumpul di padang sekolah

Sesi taklimat ringkas

Saya cuma pakai kasut legend ini yang digelar 'Adidas Kampung'


We start our journey

Sebelum sampai di kaki Gunung Wakid, kami kena melalui kawasan lembah yang dihiasi dengan aliran sungai jernih, sawah padi terbentang luas, hutan rimba rimbun menghijau dan sebagainya. Kiri dan kanan ialah bukit bukau mengiringi perjalanan kami. Indah sungguh ciptaan Tuhan! Betapa segarnya berada dalam persekitaran sebegitu.





Amazing scenery



Kena lalu jambatan gantung ya kawan-kawan

Trek ke kaki gunung agak jauh. Rasa agak penat juga tapi tetap bersemangat sambil ditemani simfoni hutan. Hampir setengah jam berjalan, kami pun sampai di checkpoint 1. Semua peserta diarahkan berhenti untuk berehat oleh guide. Kepenatan pada tahap ni masih belum terasa sebab kami cuma trekking. Selepas 10 minit berehat, kami pun meneruskan perjalanan.

Checkpoint 1

Perjalanan agak mendatar cuma kadang-kadang kami perlu melalui beberapa anak sungai yang jernih dan kebun orang kampung. Kemudian, kami mendaki anak bukit yang pertama. Dalam hati saya berkata,’Come on, I want more!’. Yalah, sebab saya tak sabar nak mendaki Gunung Wakid…haha… Hampir setengah jam macam tu, kami pun sampai di checkpoint ke-2.

Melalui beberapa anak sungai


Start mendaki anak bukit

Checkpoint 2

Di checkpoint ke-2 ini ialah tempat orang camping. Sebenarnya, di Gunung Wakid ada banyak pakej disediakan. Ada pakej mendaki gunung, camping, canyoning dan sebagainya. Best tempat ni! Sangat disyorkan untuk mereka yang sukakan alam semulajadi.

Selepas berehat sebentar, kami pun memulakan perjalanan ke kaki Gunung Wakid. Selepas hampir beberapa minit berjalan, kami pun sampai. Sebelum tu, kami diarahkan berehat sebentar untuk mengambil air minum di sungai. I was like really?. Rupanya, air sungai di sini boleh minum which means it's fresh and clean. Tapi, saya tak minum sebab masih ada bekalan air dalam beg.

Rimbunan hutan yang semakin tebal sepanjang perjalanan menuju ke kaki gunung

First time nampak gonggok sebesar ibu jari manusia

Sarang tebuan atau busut anai-anai? I have no clue

Nampak tu Denny sedang minum air sungai. Fresh katanya

Lebah madu yang ikut sama nak makan coklat

Sebelum memulakan perjalanan, kami diberi short briefing tentang laluan ni. Sebenarnya, Gunung Wakid ni ada 3 puncak. Cuma dulu pendaki hanya boleh mendaki ke puncak pertama dan kedua. Kali ni mereka telah buka laluan baru menuju ke puncak ketiga yang merupakan puncak tertinggi Gunung Wakid. Laluan baru ini diberi nama Jingkung Trail sempena nama guide yang membuka jalan ni. Kata guide tu lagi, laluan ni sangat mencabar untuk mereka yang beginners kerana kecuramannya yang mencapai 80 darjah. Okey, saya beginners *sambil kepala tunduk pasrah*.


Ya, laluan ni memang kelihatan agak menegak dari pandangan bawah. Kelihatan orang di kiri dan kanan even mereka yang sudah tawan Gunung Kinabalu pun tercungap-cungap menahan rasa penat yang teramat. Namun, di satu sudut kelihatan seorang beginner mendaki dengan tenang sambil tangan memegang kamera mengambil gambar. Ya, itulah saya…hahaha...

Ini ialah antara gambar-gambar sepanjang pendakian

Start mendaki Jingkung's Trail

Kelawar yang sedang tidur di bawah akar kayu

Sayup-sayup kelihatan pendaki di bawah

Ini ialah sarang burung yang comel

Belalai gajah. Kidding! Ini ialah pucuk pokok pakis gergasi

Sebenarnya, memang mencabar mendaki laluan ni. Syukurlah time tu tidak hujan sebab tanah sepanjang trail mendaki tu tak berapa kukuh. Tanah gambut rasanya. Laluan yang paling saya rasa penat ialah 100 meter sebelum sampai ke puncak. Itu saya mengaku yang saya rasa SANGAT PENAT. Then, sayup-sayup kedengaran orang dihadapan bersorak riang sebab sampai di puncak. So, dengan pantasnya saya melajukan pendakian dannnn….saya berjaya menawan puncak Gunung Wakid!

Perlu panjat tali sebelum betul-betul sampai di puncak

Akhirnya, Gunung Wakid telah ku tawan! Yihaaa!

Pemandangan dari atas


Gambar kenangan di puncak tertinggi Gunung Wakid

Setelah siap menikmati keindahan daerah Tambunan dari atas gunung, kami pun turun ke bawah. Tapi, kami bukan turun ikut laluan tadi ya. Kami turun ikut laluan ke puncak kedua dan seterusnya puncak pertama. So, pendek kata, pendakian Gunung Wakid ni memberi kepuasan tiga kali ganda kepada para pendaki sebab dapat menawan ketiga-tiga puncak sekaligus. How cool is that?

Saya berada di puncak kedua Gunung Wakid

Ini dia puncak tertinggi Gunung Wakid view dari puncak kedua

Dan sekarang saya berada di puncak pertama Gunung Wakid

Breathtaking view

Group photo di puncak pertama

Perjalanan turun dari Gunung Wakid


Dari puncak pertama, kami pun turun ke bawah kaki gunung. Kami tak terus balik sebab kami singgah dahulu di air terjun yang saya tak tahu namanya untuk membersihkan diri. Sejuk airnya sebab direct dari banjaran Crocker. Selepas itu kami pun menuju ke starting point.

Air terjun berdekatan dengan Gunung Wakid

Setibanya kami di starting point pada jam 3.00 petang, kami terus menjamu selera di rumah penduduk kampung di sana. Sedap-sedap makanannya. Selepas acara makan, kami pun pulang tempat masing-masing dengan satu kepuasan sebab dapat menawan Gunung Wakid.

Perut sudah lapar. Jom makannn!

Selepas ini gunung apa lagi? Tungguuuu…

Terima kasih kerana membaca

0 comments