Pulau Sapi di Sabah yang menakjubkan
Hai semua!
Hari tu kami telah pergi bercuti ke salah satu pulau indah
yang terdapat di negeri Sabah ini iaitu Pulau Sapi. By the way, saya suka pergi
ke pulau sebab feeling berada dalam suasana pulau memberikan satu kepuasan
kepada diri ini. Deruan angin laut, hempasan ombak dan kehangatan pasir pantai
sangat menenangkan jiwa.
TRIVIA PULAU SAPI
Sebelum tu, saya nak bagi sedikit trivia tentang Pulau Sapi.
Just for info. Pulau Sapi merupakan pulau kedua terbesar selepas Pulau Manukan
di Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Jarak pulau ini hanyalah kira-kira 7 KM sahaja
dari Jesselton Point. Dekat bukan? Kalau nak tahu, di Pulau Sapi terdapat
banyak aktiviti sukan laut yang boleh pengunjung cuba. Antaranya, Coral Flyer
iaitu zipline dari pulau ke pulau yang terpanjang di dunia. Hebat bukan?
Baiklah. Awal pagi lagi kami sudah bertolak ke Jesselton
Point dari hotel tempat kami menginap. Setibanya di sana, kami melihat ramai
sudah kawan-kawan lain menunggu. Selepas semuanya sudah tiba, kami pun beli
tiket bot untuk ke Pulau Sapi. Excited!
Ini merupakan details bayaran yang perlu disediakan untuk
pergi ke pulau.
1 Pulau – RM23.00
(Dewasa), RM18.00 (Kanak-kanak)
2 Pulau – RM33.00
(Dewasa), RM23.00 (Kanak-kanak)
3 Pulau – RM48.00
(Dewasa), RM28.00 (Kanak-kanak)
Terminal
Fee – RM7.63 (Dewasa), RM3.82 (Kanak-kanak)
Conservation
Fee (Bayar semasa berada
di pulau):
Local – RM3.00 (Dewasa), RM1.00 (Kanak-kanak)
International – RM10.00 (Dewasa), RM6.00 (Kanak-kanak)
So, tolak tambah bahagi darab, kami bayar RM30 ++ setiap seorang untuk tambang
sahaja. Saya juga menyewa alat snorkeling sebab saya dengar ikan di Pulau Sapi lebih banyak berbanding pulau-pulau lain yang ada di sana. Besides that, I am a snorkeling lover!
Menunggu bot datang |
Bergambar bersama rakan-rakan |
In the boat. Lets go! |
Hampir 10 minit perjalanan, kami pun sampai di Pulau Sapi.
Wow, ramainya umat manusia di pulau ni. Serius ramai. Takut pula jeti tu roboh.
Segala jenis bangsa manusia saya boleh nampak di sini. Tapi, tak hairanlah
sebab Pulau Sapi ni lebih famous sebenarnya berbanding Pulau Manukan dan Pulau
Mamutik. That’s why there are so many people here.
Nampak tak betapa ramainya orang? |
Love this picture...hihi... |
Selepas saja dapat meja piknik *susah nak dapat meja di sini
tau*, kami pun cepat-cepat tukar pakaian especially me sebab tak sabar nak
snorkeling. By the way, saya nak cuba Coral Flyer tapi penjaga di kaunter tu
kata sudah penuh. Kena tunggu jam 1 petang untuk tempah balik. Sedih hati ini.
Mungkin bukan rezeki hari tu untuk mencuba zipline merentasi laut. Sabarlah
nak.
Inilah dia hasil dapatan time snorkeling. Ikannn! |
Banyaknya ikan. Kena gigit segala bulu kaki |
Selepas snorkeling, saya dan Denny berjalan mengelilingi
pulau untuk mengambil gambar atau orang putih kata photo hunting. Since
bergelar blogger ni, semua benda saya nak ambil gambar. Tak tahu kenapa. Maybe
sebab nak letak dalam blog. Tapi, satu perkara yang saya belajar apabila
menjadi blogger ini ialah setiap gambar ada maksudnya dan maksud itulah yang akan saya translate menjadi satu cerita…hew…hew…
Please enjoy gambar-gambar pemandangan sekitar Pulau Sapi
ini.
Di pantai pun ramai orang. Gulp! |
Rakan-rakan sedang bermain pasir. Yihaaa! |
Ada tandas di sini. Dont worry |
Crystal clear water |
Nak ambil lesen scuba diving pun boleh di sini |
Nampak tak ikan-ikan kecil? |
Di mana London ni? |
Apabila jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi, kami pun
start berkemas dan menuju ke jeti kerana bot akan datang pada jam 12.00
tengahari untuk mengambil kami pulang ke Kota Kinabalu kembali.
Tak sempat nak pakai seluar sebab rushing |
Bye Pulau Sapi! |
Bagi kamu yang suka snorkeling macam saya, Pulau Sapi is the
best place sebab banyak ikan. Di sini juga banyak sukan air yang boleh kamu
cuba seperti Coral Flyer, Parasailing, Flying Fish dan sebagainya. Tapi, jika
kamu ialah jenis yang suka menikmati keindahan panorama pulau, saya cadangkan
Pulau Manukan.
Selamat bercuti!
Terima kasih kerana membaca
0 comments