Musim durian yang meriah di Ranau, Sabah
Hai semua!
Sila klik disini kalau nak baca entri
yang lepas. Pounsikou!
Antara tujuan kenapa kami datang
bercuti di Ranau ialah kami nak jadi ‘Durian Hunter’ sebab time tu ialah musim
durian yang berlambak-lambak. Oleh kerana saya ialah penggemar durian, perasaan
excited nak cari durian tu sangat membuak-buak. Hari tu dalam Facebook heboh
yang durian terlalu banyak di Ranau sehingga dilelong sampai RM 2.00 sekilo.
Sangat murah! Jadi, dengan harapan yang tinggi, kami pun pergilah mencari
tempat tu di Ranau. Semoga masih ada lagi.
Banyak orang menjual durian
terutamanya sepanjang jalan Kundasang – Ranau. Kami boleh lihat banyak
gerai-gerai kecil di tepi jalan dengan lambakan durian yang mengiurkan. Tapi,
oleh sebab nak jimatkan masa, saya dan Denny menetapkan untuk pergi hanya dua
lokasi sahaja yang menjadi tumpuan orang ramai.
Lokasi pertama ialah di sini. Tempat
ini terletak sebelum masuk ke pekan Ranau. Senang nak jumpa lokasi ni. Nampak
sahaja gerai-gerai dengan khemah warna biru yang berderet di tepi jalan dan kereta
tersusun tak terkira banyaknya, itulah dia salah satu spot menjual durian yang
terkenal
Banyaknya durian kena jual di sini.
Tapi, harganya agak mahal berbanding apa yang kami dengar di laman sosial.
Didalam gambar ni, harga untuk sekilo ialah RM 12.00. Tapi, durian ini agak
besar. So, padanlah dengan harga kan
Gerai yang ini pula jual dengan harga
RM 10.00 sekilo. Saiz durian agak kecil sedikit berbanding dengan harga RM
12.00 tu
Banyak orang singgah di sini untuk
membeli durian. Kadang-kadang, bahu berselisih sesama sendiri tanpa ucapan maaf
sebab agak sesak dengan manusia. Banyak juga ya durian lover
Kami tak beli apa-apa di sini sebab
just nak survey harga. Kami nak bandingkan mana yang jual durian dengan harga
yang murah. Lokasi pertama atau lokasi kedua?
Kemudian, kami menuju ke lokasi kedua
ialah di Pasar Terbuka Pekan Ranau. Di sinilah durian kena lelong sampai viral
di Facebook hari tu. Harap masih ada.
Jumlah durian di sini lebih banyak
berbanding lokasi pertama. Harga pun agak murah. Tapi, kami tak jumpa durian
harga RM 2.00 sekilo. Sedih. Paling murah pun RM 6.00 sekilo.
Kami beli durian dekat mak cik ni.
Sebenarnya, di hujung pasar terbuka ni ada beberapa peniaga yang menjual durian
secara besar-besaran. Harga pun lebih kurang sama. Ramai orang berkumpul di
sana bersesak-sesak nak pajak durian. Sangat laku. Tapi, kami sengaja beli di
tempat mak cik ni sebab nak support dia…hehe…
Ada juga durian yang sudah dibuka sedia
dan dimasukkan kedalam tapau/bekas. Macam dalam gambar diatas ni. First time
saya nampak style macam ni. Kreatif betul orang sekarang ya
Selain daripada buah durian, ada juga
buah-buahan lain yang dijual seperti dibawah ini sebab sekarang musim buah.
Suasana di pasar ni sangat meriah dengan simfoni warna-warni buah-buahan. Ada
merah, hijau, purple, pink, kuning dan sebagainya.
Kami decide nak beli durian di sini
sebab harganya murah berbanding lokasi pertama. Kami beli dua jenis durian
iaitu durian susu dan satu lagi saya lupa apa jenisnya. Maaf…hehe…
Lihatlah bagaimana saya menikmati
durian yang super duper sedap
Next time, kalau ada musim buah durian
lagi di Ranau terutamanya dengan harga lelong, saya on the spot akan pergi. Kalau masih ada lah. Apapun,
syukur kepada Tuhan sebab misi memburu durian berjalan dengan lancar.
Terima kasih kerana membaca
Terima kasih kerana membaca
1 comments
Thanks for the info of the durian price
ReplyDelete