Warna-warni gerai di tengah pekan Kundasang, Ranau, Sabah
Hai semua!
Kalau nak baca entri sebelum ni, sila klik disini. Thanks!
Pekan Kundasang ni lain atmosferanya. Selain mempunyai cuaca
yang dingin dan segar, Kundasang juga mempunyai auranya yang tersendiri. Maksud
saya, kalau berada di Kundasang, saya akan selalu rasa happy dan excited
walaupun berulang kali pergi di sini. Entahlah. Mungkin banyak tenaga positif
mengalir di tempat ini.
Banyak tarikan yang menarik di sekitar Kundasang seperti Desa
Cattle Farm, War Memorial, Kinabalu Park dan sebagainya. Tapi, kali ni saya nak
bagi first impression tentang satu tempat yang sering menjadi tumpuan pelancong
sama ada dalam atau luar negara iaitu deretan gerai-gerai di tengah-tengah pekan
Kundasang.
First and foremost, entri kali ini saya cuma nak kamu lihat
secara kasar tentang apa yang ada di gerai-gerai di pekan Kundasang ini. Next
entry barulah saya akan tulis secara details apa yang menarik di sini ya.
Sebenarnya, saya cuma singgah sebentar di sini sebab nak cari bunga untuk
dibawa balik ke Labuan. Tak dapat stay lama sebab masa agak mencemburui kami.
But, don’t worry be happy. Next entry, saya akan tulis secara
terperinci tarikan tentang tempat ini sehingga boleh membuatkan kamu semua
terpikat untuk datang...hiks...
Baiklah, berdasarkan peta ini, kamu boleh lihat lokasi
tempat ini yang betul-betul berada di tengah-tengah pekan Kundasang. Nampak tak tanda pin kuning yang saya letak tu. Hah, itulah dia. Sangat
senang untuk dicari. Lagipun, pekan ini bukanlah besar sangat
Inilah dia deretan gerai-gerai terkenal yang saya katakan itu.
Boleh nampak betapa eksotiknya tempat ini. Walaupun, nampak agak usang tapi itu
sebenarnya menambahkan lagi keunikan tempat ini
Saya suka ke sini sebab macam-macam benda yang jarang kita
jumpa ada di sini. Dari makanan, hasil tanaman, tumbuh-tumbuhan sehinggalah
hasil hutan, semuanya ada. Tapi, seperti yang saya katakan, entri kali
ni saya cuma bagi pandangan kasar sahaja tentang tempat ni ya
Snek seperti ini banyak terdapat di sini. Kalau tak silap,
ini ialah keropok yang diperbuat daripada ubi kayu dan dimakan bersama madu.
Kalau kamu pergi di sini, ini ialah benda wajib dibeli untuk dijadikan ole-ole
Seperti yang saya katakan diawal perenggan, tujuan kami berhenti di sini ialah sebab kami nak
cari bunga untuk di bawa balik ke Labuan. For your information, Kundasang ialah syurga bunga bagi mereka yang
sukakan bunga. Cuaca di sini dingin. Mungkin sebab itulah bunga senang nak
tumbuh. Cantik-cantik pula tu…hee…
Jom tengok sebahagian bunga yang sempat saya gambar
Saya suka bunga yang ini. Combination warna ungu dan putih
sangat cantik. Ada siapa yang tau bunga jenis apakah ni?
Bunga yang ini pun smart. Unik. First time nampak
Banyak bunga yang cantik di sini tapi tak ada yang
betul-betul menarik perhatian. Next time, saya nak singgah lagi di sini untuk
cari bunga idaman kalbu. Flower hunter to be.
Anyway, saya akan tulis secara terperinci tentang tarikan
dan keunikan tempat ini dalam entri yang akan datang okey? So, stay tuned guys!
Terima kasih kerana membaca
0 comments