Hasil seni mural @ street art yang sungguh kreatif di Lebuh Armenian (Armenian Street) Pulau Pinang

Hai semua!

Kalau nak baca entri sebelum ni, sila klik disini


Lebuh Armenian merupakan salah satu tempat tarikan pelancong yang paling terkenal di Pulau Pinang. Sebut saja nama tempat ni, benda pertama yang confirm akan muncul dalam fikiran ialah street art seperti hasil lukisan dinding daripada artis-artis terkenal dalam dan luar negara.

Saya sangat suka dengan atmosfera tempat ini. Kebanyakan bangunan di sini sudah tua tetapi masih teguh dan terpelihara. Kalau nak tahu, tempat ini terletak di tengah-tengah Georgetown UNESCO World Heritage Site. Jadi, kami boleh rasa betapa uniknya suasana di sini. Very old and vibrant. I really love it.

 Bila nampak beca, saya rasa jakun seketika sebab di Sabah tak ada kenderaan jenis ni. Lagi-lagi beca yang berwarna-warni. Kebanyakan pemandu beca di sini sudah tua. Rasa agak awkward apabila melihat penumpang yang muda menaiki beca yang dipandu oleh penunggang yang tua. Well, new scenery for me

Cara yang terbaik untuk mengelilingi Lebuh Armenian ialah dengan menaiki basikal. Banyak kedai di sini menawarkan khidmat basikal sewa. Cuma perlu pandai tawar-menawar harga sebab ada yang rate agak mahal bagi pandangan saya. Kami telah mengambil kata sepakat untuk just berjalan kaki sahaja supaya lebih feeling. Bersenam sambil berlibur katanya

Untuk pengetahuan, lukisan-lukisan dinding atau mural di sini bukan dilonggokkan dalam satu tempat ya. Semuanya berada di lokasi yang berbeza. Ada yang berada di laluan utama dan ada yang berada di lorong kecil serta tersembunyi. Kira macam treasure hunt. Perlu jalan ke sana ke mari mencari semua mural tu. So, tips utama ialah perlu ada peta siap-siap dalam genggaman.

Saya dengan mural dua orang budak sedang tertarik dengan sesuatu. Mungkin mereka nak ikut ayah mereka mencari rezeki ataupun mereka nak kuih pau itu. I don’t know. Setiap orang ada tafsiran yang tersendiri tentang gambar ni. What say you?

Lihat betapa gembiranya Denny dalam gambar ni. Ini merupakan salah satu art yang terkenal di sini. So, kalau datang ke Lebuh Armenian, jangan lupa untuk bergambar dengan mural ini ya

My other two travel buddies. They are such a cute couple don’t they?



Mula-mula, saya tak perasan dengan benda ni. Rupanya, ini ialah seorang kanak-kanak yang sedang berusaha menahan sesuatu. Di bawahnya tertulis ‘The Last Tree’. Anyone can explain this cute little art?

Denny sedang bergambar dengan mural yang popular.Dua orang kanak-kanak sedang gembira bermain buaian


Dalam banyak-banyak mural, saya lebih tertarik dengan yang ini. Simple dan cute. Mural ni terletak di lorong yang tersembunyi. So, kena betul-betul baca map barulah boleh jumpa


Ini pun cantik juga. Street art tapi bukan mural. 3D art mungkin? 


Posing kamu dua jugalah yang paling manang kan…haha!

Dalam keadaan teruja, saya sempat juga snap beberapa gambar bangunan lama di sekitar sini. Semua bangunan ini terletak jauh dari Lebuh Armenian. Saya tak berapa pasti dimana lokasinya yang sebenar sebab kami berjalan dan terus berjalan sampai tak ingat dunia. Saya suka nampak bangunan lama jenis begini. Old and so British…hihi… Enjoy the view!





Banyak lagi mural yang kami tak jumpa. Tapi, apakan daya masa tak mengizinkan. Next time, saya pasti akan kembali lagi ke sini untuk melihat apa lagi yang ditawarkan di Lebuh Armenian ini.

Bagi lebih jelas tentang kedudukan tempat ini, kamu boleh rujuk peta di bawah


Terima kasih kerana membaca

0 comments