Tempat makan yang sedap di Pulau Pinang: Menikmati Penang Street Food iaitu Curry Mee & Koay Teow Th’ng di Jalan Samak

Hai semua!

Kalau nak baca entri sebelum ni, sila klik disini

Hari kedua di Pulau Pinang, kami mengambil kata sepakat untuk mencari street food sebagai sarapan pagi. Kalau nak tahu, Pulau Pinang terkenal sebagai syurga makanan dan kebanyakannya ialah street food. So, sangat wajib untuk mencuba makanan yang dijual di tepi jalan kalau datang ke sini. Oleh itu, saya sudah set minda untuk just makan street food sepanjang berada di Pulau Pinang. No fancy food. No hotel food. No 5 stars restaurant food.

Setelah berjalan beberapa kilometer dari hotel, akhirnya kami sampai di gerai yang terkenal dengan Curry Mee & Koay Teow Th’ng. Suasana sekitar memang nampak sangat yang kami berada di ‘street’ which is I really like. Ramai orang makan di sini.

Inilah dia gerai yang terkenal tu. Simple saja kan. Gerai ini telah beroperasi sejak dari tahun 1980 lagi. So, kiranya mereka sudah pakar dalam membuat signature dish mereka iaitu Curry Mee dan Koay Teow Th’ng

Pemilik gerai yang sedang sibuk menyediakan juadah yang kami pesan. Sangat pantas. Tak sampai 3 minit, semua hidangan yang kami order sudah siap

Tadaaa! Inilah dia Curry Mee yang popular. Ini ialah order kawan saya. Katanya sedap. Well, of course

Ini pula ialah makanan yang saya order. The very famous Koay Teow Th’ng. Rasanya, sedap dan sup pula agak manis sedikit. Lagi enak jika tambah dengan lada. Barulah kaw!

Ini pun famous juga dekat sini. Koay Teow tapi kurang sup

Sarapan pagi tak akan lengkap tanpa minuman right? Di sebelah gerai makanan, terdapat gerai yang hanya menjual minuman sahaja.

Inilah dia gerai minuman tu

Kami order the very famous & original Penang White Coffee dan juga Kopi O. Fuhhh, sedapnya rasa white coffee tu. Pekat, manis dan pahit seimbang serta tekstur yang ringan. Start dari sini lah saya selalu order White Coffee sepanjang berada di Pulau Pinang. I am addicted

Selesai saja makan, tiba-tiba si auntie dari gerai minuman datang dan suggest dengan kami untuk rasa Neslo (Nescafe + milo) buatan mereka. Katanya, rugi tak cuba. Mungkin mereka tengok kami ni pelancong. So, kami pun bersetuju. Why not kan?

Neslo sudah sampai. Sedap. Tapi, tak ada beza rasa dengan yang di Sabah

Kami dengan perasaan bahagia sebab kenyang

Overall, kami sangat berpuas hati terutamanya saya sebab dapat makan breakfast yang enak dan murah. Rasa white coffee tu masih terbayang-bayang lagi sampai sekarang. Kalah Starbucks. Seriously. Kalau kamu nak cuba makan di sini, sila rujuk peta di bawah ya.


Terima kasih kerana membaca

0 comments