Tempat makan yang sedap di Pulau Pinang: Menjamu selera dengan Thai Steamboat di Tao Kae Noi Caffe
Hai semua!
Kalau nak baca entri sebelum ni, sila klik disini
Hari pertama di Pulau Pinang, kami decide untuk mencari
tempat makan di sekitar hotel. Itu ialah option yang terbaik kerana hari pun
sudah malam. Banyak tempat makan di area sini. Kami mengambil keputusan
untuk makan steamboat di Tao Kae Noi Caffe yang hanya terletak beberapa meter
dari hotel. Well, this is my first time makan steamboat sebenarnya…haha... So,
saya rasa sangat excited…weee
Inilah dia Tao Kae Noi Caffe
ALAMAT
83, Jalan Siam, George Town, 10400 George Town, Pulau Pinang,
Malaysia
WAKTU OPERASI
Buka bermula pada jam 6.00 PM hingga 1.00AM
Terdapat dua set steamboat yang available di sini. Set A dan Set B. Kami order Set B
(4-5 pax) yang sesuai untuk mengisi perut kami berempat. Harganya ialah RM
55.00. Kalau nak add on pun boleh tapi macam biasa kena bayar lah.
Segala bahan-bahan sudah sampai. So, its time to steamboat-ing.
Tak sabar. Tak sabar
By the way, sambal lada untuk cecah di sini SANGAT SANGAT
SEDAP. Words are undescribeable. Fuhhh, merecik bro!
Nampak tak hamparan daging yang sedap menunggu untuk
dimasukkan ke dalam mulut. By the way, tempat makan ini is a NON HALAL place ya
Makan steamboat di sini sungguh relax dan enjoy. Sesuai untuk
bonding time dengan keluarga atau sahabat taulan. Sambil tunggu makanan masak
bolehlah bercerita pasal movie terbaru, life masing-masing, politik, perangai
jiran sebelah rumah dan sebagainya. Saya sangat enjoy time ni. Good foods, good
environment, good services and good people. Nora bagi 5 bintang!
Jemput makan ya! Again, sambal lada di Tao Kae Noi Caffe ni
sangat terbaik
Suasana sekitar tempat makan. Ramai orang malam ni. Meriah!
Kalau kamu berminat nak makan di sini, bolehlah rujuk peta di
bawah
Terima kasih kerana membaca
0 comments