5 perkara menarik yang berlaku dalam hidup saya sepanjang tahun 2016
5…..4…..3…..2…..1….
HAPPY NEW YEAR 2017!!!
Yeayyyyy!
*Kedengaran bunyi bunga api berdentum*
Hai semua!
Selamat tahun baru terutama sekali kepada pembaca blog
saya yang setia singgah di sini. Thank you so much!
Entri kali ini saya nak cerita tentang 5 perkara yang berlaku
dalam hidup saya sepanjang tahun 2016. Fuhhh, 2016 merupakan tahun yang saya
kira ialah permulaan atau titik saya menginjak ke alam dewasa. You know. The
transaction between WORD teenager to adult. Semua yang berlaku pada tahun lalu
benar-benar mematangkan diri ini.
Baiklah, jom baca perkara-perkara menarik saya sepanjang tahun
lepas
1. PULAU
Tahun lalu saya telah bercuti ke pulau-pulau di sekitar Kota
Kinabalu dan Labuan. Pulau Manukan merupakan pulau pertama yang saya pergi and
that was my first time ever menjejakkan kaki ke tempat yang bernama PULAU. Saya
sangat excited dan happy sebab dari zaman kanak-kanak lagi saya mengimpikan
untuk ke sana. Officially, I am an islands person now. Klik saja link dibawah jika
nak baca entri tentang percutian saya di pulau-pulau yang indah itu ya! *more to
come*
i. Pulau Sapi
ii. Pulau Papan
2. TRAVEL BLOG
Pageviews blog saya pada tahun 2015 agak kurang memuaskan.
Sehari tak sampai pun 50 pageviews. Bayangkan betapa sedikitnya tu. Kadang-kadang,
rasa nak give tu pandai timbul. But, I am not a quitter. So, tahun 2016 saya
bangkit kembali dan menulis dengan gigihnya tentang travel atau tempat-tempat
menarik yang saya pernah pergi. Well, I guess ianya membuahkan hasil. Malah, ada
beberapa entri dalam blog ini seperti entri tentang makanan eksotik di Sabah telah mencecah 20 000 pageviews.
I was like whattt? *sambil melompat kegirangan*
3. PENANG
Ini merupakan salah satu moment yang paling indah dan sukar
dilupakan dalam hidup saya iaitu pergi bercuti di Pulau Pinang! Again, ini ialah
PERTAMA KALI saya bercuti luar dari Sabah. Ya, mungkin ada orang akan berbisik,
‘Eh, eleh, sekadar Penang pun nak bangga’. But I don’t care sebab saya ke sana
menggunakan duit saya sendiri. Itu yang paling penting. Sampai sekarang saya
masih lagi belum habis update tentang tempat-tempat menarik di Penang. So, stay tuned
ya.
4.100K
PAGEVIEWS
Sweet moment for this blog sebab akhirnya telah mencecah 100
000 pengunjung pada tahun lepas. Itu pun diminit-minit terakhir sebelum masuk
tahun 2017. Salah satu kejayaan peribadi sebab saya berjaya capat target. Maybe
this year 1 million? Who knows right?
5. YEAY, BALIK KAMPUNG DATUK!
Pada 29.12.2016, saya telah balik ke kampung datuk saya yang terletak di daerah
Tambunan, Sabah. Hampir 10 tahun saya tak ke sana. Lama kan. Bukan tak
nak balik tapi tak ada kesempatan. Kerinduan saya terubat apabila menjejakkan kaki
ke rumah datuk sambil menghirup udara segar kampung dan melihat pemandangan sawah
padi yang luas terbentang. Automatik kenangan saya time masih lagi kanak-kanak yang
sedang gembira bermain di sekitar kampung pada suatu ketika dulu berputar dengan penuh nostalgia.
Well, demikian saja beberapa moment indah yang dapat saya
kongsikan kepada kamu semua. There are more good things i want to share actually. Kalau cerita sekarang
sampai esok pun tak habis…hehe… Boleh dikatakan banyak benda terbaik berlaku
pada tahun 2016. So, saya harap tahun 2017 menjadi lebih baik. Amin!
Satu lagi saya nak katakan, DARE TO DREAM sebab beberapa target
atau impian saya pada tahun 2016 sudah tercapai. I am so happy and
grateful…hihi…
Happy New Year 2017 again!
Terima kasih kerana membaca
0 comments