Resepi kek buah kukus yang mudah
Hai semua!
Saya ni sangat suka makan kek
especially Cheese Cake dan Red Velvet Cake. Jadi, jangan cuba tayang kek depan
saya kalau tak nak kena minta. Selain itu, saya juga suka buat kek dan biskut.
The taste? Not bad actually. Sedap bha…hoho…
Anyway, hari ni saya nak kongsikan satu resepi yang sangat
mudah iaitu Kek Buah Kukus. Resepi ni saya sudah buat dan sangat menjadi.
Senang saja sebenarnya asalkan kuantiti ngam.
Baiklah, jom tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara
untuk membuat kek ini
BAHAN-BAHAN UNTUK KEK
BAHAN A
300 gm gula halus
250 gm mentega
500 gm buah-buah kering campuran mixt fruit
50 ml air panas
BAHAN B
350 gm tepung gandum (diayak)
2 sudu kecil serbuk penaik B.P (10 gm) (diayak)
1/2 sudu kecil cream
of tartar (3 gm) (diayak)
BAHAN C
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur gred A
CARA-CARA MEMBUAT KEK
First, sediakan dahulu bahan A. Actually, kena guna gula
halus tapi oleh kerana tak sempat beli, saya just guna gula pasir biasa.
Baiklah, mula-mula masukkan gula ke dalam kuali panas.
Biarkan cair dan menjadi gula perang. Ingat ya. Proses ini sangat penting.
Pastikan gula tak hangus untuk mengelakkan kek menjadi pahit
Apabila gula
sudah cair, tuangkan air panas
Kemudian, masukkan mentega dan kacau sehingga cair
Masukkan buah-buahan kering mix fruit. Kacau rata. Apabila
ada buble-buble kecil mula meletup di permukaan, sila tutup api dan biarkan
suam
Okey, setelah menjadi suam, masukkan sedikit demi sedikit bahan B yang telah dicampur bersama ke dalam adunan Bahan A. Gaul dengan sempurna.
Buat sehingga adunan tepung habis
Then, masukkan esen vanila supaya kek menjadi wangi
Selepas itu, tuangkan telur yang telah dipukul ke dalam
adunan. Telur tu pukul guna garfu pun boleh. Tak payah nak guna mesin pemutar
yang canggih manggih tu. Gaul sampai rata
Kemudian, tuang ke dalam loyang yang telah dioles dengan
sedikit mentega. Kalau nak lapis dengan kertas minyak pun boleh. Actually
permukaan atas loyang tu perlu ditutup dengan kertas aluminium untuk
mengelakkan pemukaan kek berlubang-lubang semasa dikukus. Tapi, saya tak guna
sebab saya juga yang akan makan kek ini nanti…hohoho…
Air kukus harus diisi penuh sebab lama juga nak kukus kek ni.
Lebih kurang 3-4 jam. Jangan lupa didihkan dahulu air kukus sebelum meletakkan loyang adunan kek dan jangan lupa tambahkan air kukus kalau hampir nak kering
Okey, ini tips untuk mengetahui sama ada kek suda masak atau
belum. Cucuk tengah kek mengunakan garfu atau lidi. Lepas tu tarik. Kalau masih
lagi ada sisa tepung yang tersangkut itu maknanya belum masak. Arasso?
Tadaaa! My Kek Buah Kukus yang lazat. Tak payah guna oven pun
Rasa kek ini lemak manis. Not too sweet. Enak sekali. Simple dan paling
penting tak guna kos yang banyak. Love it so much!
Terima kasih kerana membaca
0 comments