Keindahan suasana puncak Bukit Bendera (Penang Hill) di Pulau Pinang, Malaysia
Hai semua!
Ya, kita sambung lagi cerita pasal percutian saya ke Pulau
Pinang hari tu. Yihaaa! Manalah tahu ada antara kamu yang nak pergi ke sana kan.
So, bolehlah jadikan blog ini sebagai panduan untuk plan percutian kamu.
Anyway, kalau nak baca tentang entri yang lalu boleh klik
disini
Okey. Hari ketiga di Pulau Pinang, kami decide untuk pergi ke
Bukit Bendera. Orang kata kalau tak pergi ke sana, memang tak sah percutian
kami di Pulau Pinang. So, yeah. Why not kan? Kami ke sana mengunakan Uber dari
Georgetown. Murah berbanding teksi. Tambang teksi di sini memang cekik darah.
Mahal.
Penang Hill Station yang terletak di bawah bukit
For your information, untuk naik ke atas puncak Bukit
Bendera, kita kena naik funicular train. Wuuu, tak sabar nak naik. By the way,
harga tiket hari tu untuk kami yang dewasa ialah RM5.00/person (Normal line).
Kalau nak lebih details boleh cek di laman web ini.
Okey, abang nak bagi tips ni. Kalau boleh sila datang seawal
jam 8.00 pagi untuk mengelakkan kesesakan semasa beratur. Hari tu jam 9.00 pagi
ramai sudah orang berpusu-pusu berbaris. Nasib baik kita orang datang awal
Inilah train yang kami naik untuk sampai ke puncak.
Pengalaman yang best sebab saya tak pernah naik train…hew…hew…hew… Perjalanan
pun smooth saja. Tak ada goyang ke kiri goyang ke kanan
Ini ialah skywalk bridge yang baru dibuka di atas puncak.
Port yang menarik untuk tengok pemandangan bandaraya Georgetown dari atas.
Serius cantik! Tapi, time tu cuaca mendung dan langit agak suram. But still amazing
Dibawah ialah gambar-gambar panorama Georgetown dan Jambatan
Pulau Pinang dari atas puncak Bukit Bendera. Enjoy the views guys!
Kalau nak lebih jelas lagi, boleh guna binocular. Just bayar
RM1.00 kalau tak silap saya
Ramai sangat orang ketika ini. Cuaca agak dingin tapi bagi
saya Kundasang lagi sejuk…hehe…
Love lane katanya. Sesuai untuk bergambar bersama yang
tersayang…hoho…
Next destination is Tokyo. I hope one day
Pokok ini sangat besar dan tua. Nampak cantik apabila tengok
dari jarak dekat. Entah berapa usia pokok ini ya?
Di sini banyak kera jenis spesis ini. Jangan di coba-coba
bagi makanan nanti kena kejar. Beware!
Ada Owl Museum tapi kami tak masuk sebab tujuan kami yang
utama ialah nak tengok Love Lock Bridge yang merupakan ikon di Bukit Bendera. It’s a must go place for visitors
Sebelum tu, kami menjadi kanak-kanak riang sebentar di
sebalik pitcher plant gergasi...yihaaa!
Love Lock
Bridge dari bawah
Tadaaa! Jangan lupa untuk bergambar depan sign L.O.V.E ini ya
Banyak betul kunci cinta di sini. Ada yang dedikasikan cinta
untuk pasangan, keluarga, kawan-kawan dan sebagainya. Saya pun nak juga. Tapi,
lupa bawa lock sendiri…huuu… Tak apa tak apa. Next time lah
Berat sangatkah saya ni?
Selepas tu, kami menuju to the other side of this puncak Bukit Bendera. Rupanya, ada kuil di sini. Hebatkan bagaimana mereka boleh bina kuil di atas puncak
Don’t forget to take a wefie sebagai kenangan…hehe…
Ada juga peninggalan meriam di puncak bukit ini. Rasanya ini
ialah meriam betul. That's why Denny kelihatan happy...hehe...
Setelah puas menghabiskan masa di sini, akhirnya kami pun
pulang menuju ke bawah bukit semula dengan menggunakan train. Such a wonderful
experience!
Terima kasih kerana membaca
0 comments