Pusat Ziarah Keluarga Kudus Keuskupan di Nulu Sosopon, Keningau
Hai semua!
Phewww! It is almost 4 months I did not updating my blog since
my last entry. Siou kamurang. Busy bah saya. Saya bukan malas tapi memang betul
tiada masa sebab kerja kan. FYI, saya kerja di accounting firm. Peak period
start dari bulan Mac hingga Julai. So, sekarang habis sudah musim sibuk. Jadi,
bolehlah saya menyemak di sini selalu…hihi…
Okey, kali ini saya mau cerita pasal salah satu tempat kegemaran
saya di Keningau iaitu Pusat Ziarah Keluarga Kudus Keuskupan Keningau. Tempat
ini terletak betul-betul di atas bukit Nulu Sosopon, Kampung Agudon di
Keningau. Tinggi bukit dia. Saya rasa kalau kereta kancil memang susah sikitlah
mau naik tu tempat.
Inilah dia menara salib yang terkenal itu
Mesti kamu pernah dengar pasal ini tempat kan or at least ternampak
di Facebook? Nah, hari tu saya
berpeluang pigi sana sebab ada job menggambar pre wedding. Saya excited sebab
akhirnya dapat juga menjejakkan kaki di tempat tu. Kalau bukan kerana tu pre
wedding photoshoot, entah bila lah terpigi sana…haha…
Paling siok saya dapat bawa parents dan adik saya sebab lama
sudah bah durang berkeinginan untuk pigi sana. Dapat juga lah take time sama durang
walaupun sekejap. Yalah, saya sekarang tinggal di Labuan. Jadi jarang begia
terpulang Keningau…huhu… Bha, saya inda mau membebel panjang. Kamu layan lah
gambar-gambar di bawah sambil dengar saya bercerita ya…yihaaa…
Kalau kamu mau tau, Pusat Ziarah Keluarga Kudus ni menempatkan gereja
yang moden, tempat berdoa, kedai buku rohani, tempat makan, pusat aktiviti
gereja dan sebagainya. Jadi, yang di atas menara tu ialah tempat berdoa
Inilah dia suasana di atas menara. Kecil saja. Siok mau sembahyang
sebab suasana dia hening dan mendamaikan. Lagipun sangat rare sebab terletak di
atas menara. Sempat lagi kami satu family sembahyang di sini
Tinggi bah tangga dia. Tapi inda gayat lah. Kalau macam yang
berumur mungkin ada rasa penat sikit. Terkapus-kapus juga tu nafas…hehe…
Kamu bulih juga nampak beberapa binaan di tempat ini seperti dalam
gambar-gambar di bawah. All is well made. Amazing kan!
Lepas jalan-jalan tengok kawasan sekitar, kami singgah makan
di kantin sana. Tapi ini kantin bukan sebarang kantin. Kantin dia macam style
kedai makan yang kena take order menu lepas tu ada banyak meja kerusi tempat
makan yang selesa. Makanan dia not bad. Sedap juga. Tandas pun bersih
Ini adik saya suka betul kena gambar. Bah, nanti
kita atur photoshoot ar…yipiii
Paling saya suka kami bulih nampak pemandangan daerah
Keningau dari sini. Hah, ini pun salah satu keunikan juga sebab jarang boleh dapat view macam ni. Menjamu selera sambil menikmati pemandangan indah. How cool is that?
Sempat lagi ni kucing bambam menyelit minta makanan. Kalau
bukan orang punya, lama sudah saya culik bawa balik pigi Labuan sebab talampau cumil
Lepas saja makan, kami duduk merehatkan diri sekejap. Rileks
rileks dulu sementara tunggu bakal pengantin tiba untuk pre wedding photoshoot.
Comel saja parents dan adik saya ni sanggup tunggu sampai saya habis
photoshoot. Thanks and love you all!
Apapun, syukur sebab semuanya
berjalan dengan lancar dan dapat ambil masa dengan family. Bah, kamurang pun
pigi lah sini melawat ini tempat. Jangan lupa bawa family atau orang yang
tersayang kio. Untuk info, setiap sabtu ada Sunset Mass manakala ahad ada Misa
Kudus. Cuma tempat ni agak jauh sedikit dari bandar. Kira-kira 15 minit macam
tu.
Okey, sekian coretan dari saya
Terima kasih kerana membaca
0 comments