Keperluan dan persediaan untuk mendaki Gunung Kinabalu
Hai semua!
Saya mau share sama kamu yang saya sudah berjaya menakluki
puncak Gunung Kinabalu pada 24 September 2017 yang lalu! Yahoooooo!!! Sampai
bila-bila saya akan ingat tarikh bersejarah ini. Yalah, first time naik kan
lepas tu sampai di puncak lagi. Bangganya diri ini…hihi...
Lama suda bah saya berimpian untuk naik gunung yang
amazing ni. Sejak dari kecil lagi. Jadi, tahun lalu ada ni kawan tanya,’Ko mau
naik Gunung Kinabalu ka?’. Dengan pantas saya menjawab,’MAU!!!’. Nah, kau…yakin
kan…haha… So, kira-kira setahun juga lah kami plan ini semua sebelum hari
kejadian.
Anyway, untuk entri kali ni saya cuma akan share tentang tips keperluan dan persediaan mendaki Gunung Kinabalu. Nanti entri yang akan datang
barulah saya akan share tentang perjalanan dari mendaki hinggalah turun gunung. Jadi, stay tuned for the next entry ya guys!
Baiklah.
Di bawah ini merupakan senarai barang yang saya bawa time
mendaki Gunung Kinabalu. Kalau kamu mau jadikan ini sebagai panduan, sangat
dialu-alukan. Sila-sila, buat macam senarai sendiri.
Keperluan yang wajib dibawa
1. Baju sejuk
Selalunya baju sejuk ni digunakan time mendaki ke puncak.
Tapi, ada juga yang inda tahan dengan cuaca sejuk sepanjang perjalanan dari
Timpohon Gate ke Laban Rata. Saya guna baju sejuk jenis wind breaker sebab
lebih ringan. Kalau kamurang mau yang jenis fancy berbulu-bulu ala-ala Korean
gitewww pun boleh juga.
2. Baju hujan
Ini wajib beli hokeyyy! Inilah penyelamat time hujan
berderai-derai. Tapi nasib baiklah inda hujan time saya naik gunung hari tu.
Syukur betul oh. Jangan juga tamaha mau beli baju hujan ar sebab murah saja
harga dia. Saya beli di Watson dengan harga RM4.00.
3. Sarung tangan kalis air
Amat wajib untuk beli sarung tangan. Bayangkan saya double lapis
dengan sarung tangan biasa pun masih juga keras kematu tangan saya time di
puncak. Can you imagine how cold is that?
4. Sarung tangan biasa
Saya beli itu sarung tangan yang selalu tukang kebun guna tu.
Harga sekitar RM 1.50 ke RM 2.00. Penting untuk double lapis sama itu sarung
tangan kalis air.
5. Sepasang pakaian
Saya bawa sepasang baju untuk pakai di Laban Rata. Lepas tu saya
spare sehelai baju panjang untuk lapis pakai time ke puncak. Saya recycle saja
semua pakaian saya. Tidak juga bau bah sebab sejuk juga di sana atas.
6. Stoking
Bawa stoking lebih mana tau basah kan. Jadi boleh tukar-tukar.
7. Topeng muka/kain
Ini penting time di atas puncak sebab udara sana nipis. Saya
bernafas pun susah sebab telampau sejuk udara dia. Jadi, bila cover dengan ini
topeng muka baru senang mau menghirup udara. Saya beli topeng muka jenis yang
selalu pemotong rumput guna tu. Murah dan jimat.
8. Tuala kecil
9. Head lamp
Ini kena guna time menuju puncak gemilang cahaya. Kalau tiada
ini habislah kegelapan time mendaki. Sana di Mr DIY banyak tu.
10. Tongkat
Ini optional. Kalau rasa diri tu fit, inda perlu bawa. Tapi
contohlah tiba-tiba kamu mau guna tongkat, boleh sewa sana registration area di
Kinabalu Park dengan
harga RM 10.00.
11. Botol air
Hari tu saya bawa air minum 1 botol besar (1 liter) dan 1
botol kecil (500 ml). Berat jugalah mau bawa tapi puas hati. Cukup sampai turun
gunung. Tapi kalau yang tidak larat, kamu bawa saja botol yang kecil sebab boleh
refill juga air di setiap checkpoint dalam perjalanan ke Laban Rata.
12. Penutup beg kalis air
Ini kena guna time hujan. Kamu guna saja itu plastik sampah
warna hitam yang besar untuk tutup beg.
13. Lim balm
Saya guna Vaseline. Sana atas gunung confirm kering terus
pecah tu bibir. Jadi penting bawa ini lip balm.
14. Berus gigi,ubat gigi & sabun
Sana Laban Rata memang tidak akan mandi sebab telampau sejuk
air dia. Heater pun waktu tertentu saja berfungsi tapi tidak mampu cover tu
kesejukan. Jadi, cuci muka & berus gigi sajalah. Inda payah kasi berat tu
beg bawa barang-barang mandi.
15. Kamera
Saya bawa SJCAM saja untuk merakamkan detik-detik indah sebab lebih ringan dan tahan lasak. Kalau guna handphone pun boleh tapi pastikan kasi masuk dalam cover kalis air.
16. Power bank
Ini optional tapi saya tetap bawa supaya senang mau cas
segala gajet.
17. Beg plastik ( simpan pakaian kotor)
18. Beg kecil (untuk simpan makanan, telefon etc semasa pendakian pigi puncak)
19. Ubat-ubatan
Saya bawa Yoko-Yoko, minyak
Cap Kapak dan ubat sakit perut. Kalau kamu mudah kejang kaki, bawalah itu spray
kejang sebab Yoko-Yoko kurang berkesan kalau bagi saya lah. Jangan terkena barulah tahu erti penyesalan yang teramat. I’ve been
there…haha...
20. Makanan ringan
Bawa makanan yang bagi tenaga seperti coklat, biskut, pisang
dan sebagainya.
21. Minuman tenaga
Saya bawa Redbull dan Livita. Lazat oh ni minuman terus bikin tambah tenaga lagi.
Persediaan kecegasan
Nah, saya mau kasi nasihat sedia sama kamurang yang first
time naik gunung. Sila buat persediaan kecergasan sekurang-kurangnya dua bulan
sebelum naik. Kalau lebih dari tu lagi bagus. Orang dusun bilang lagi
poingkaaa. Antara latihan kecergasan yang saya buat ialah:
1. Berjoging
Selalunya saya joging di kawasan sekitar taman perumahan
dalam 4 kali seminggu begitu. Tapi, jangan kamu joging di kawasan rata saja. At
least kamu pilih tempat joging yang ada bukit. Joging ni sangat membantu
membina pernafasan yang lebih teratur dan juga stamina yang mana dua elemen ni
diperlukan untuk naik gunung.
2. Hiking bukit
Hiking ni kira pre-naik gunung. Macam juga wedding. Ada
pre-wedding kan…haha… Jadi, kalau selalu hiking bukit tu badan akan lebih
terbiasa dengan keadaan mendaki. Tidaklah tu badan terkejut nanti bila tiba-tiba
pigi naik gunung.
3. Naik turun tangga
Jangan silap ar. Ini bukan lagu Turun Naik Oles Trus yang dari Indonesia tu. Ahhh? Ko inda tau ni lagu? Okey, sila stay di gua. Nah,
ini latihan pun penting juga sebab I tell you kawan, di Gunung Kinabalu banyak
pendakian tangga yang SANGAT MEMERITKAN.
Kesimpulannya, siapkan diri kamu dari segi fizikal dan
mental. Kalau macam fizikal kamu out suda tapi itu mental masih kuat. Confirm
tetap sampai puncak punya. Just believe in yourself! Good luck para pendaki
sekalian terutamanya yang beginners!
Thanks for reading
2 comments
Thanks bro ..
ReplyDeleteThank You for sharing! Semoga dipermudah urusan.
ReplyDelete