Hai semua!
Kali ni saya mau berkongsi pengalaman tentang pendakian saya
di Gunung Kinabalu dari mendaki hinggalah turun ke kaki gunung. I must say that
it was a very amazing & wonderful experience in my entire life. Sesuatu
yang tidak akan saya lupakan seumur hidup.
Bah. Jom kita mula.
Hari
pertama (23 September 2017)
Seawal jam 6.00 pagi kami suda sampai di Kinabalu Park.
Paling bersemangat bah ni. Saya tengok itu registration kaunter pun macam belum
buka. Jadi, sementara tunggu itu kaunter buka dan juga menanti ketibaan
geng-geng mendaki yang lain, saya siapkan diri dulu. Pakai kasut, jaket dan
double cek keperluan/peralatan mendaki. Manatau ada lupa.
Lepas saja buka tu kaunter, kami pun register. Itu orang
kaunter cakap kalau tidak dapat name tag, ertinya ada masalah dan kemungkinan
tidak dapat mendaki. Nasib baik proses pendaftaran untuk group kami semuanya
smooth. Clean and clear. Jadi, pastikan orang yang urus pendakian kamu
berpengalaman dan cekap mengurus dari A to Z. Then, kami breakfast dulu sekejap
untuk tambah tenaga. By the way, breakfast disediakan oleh pihak sana.
Selepas itu, dari pondok pendaftaran Kinabalu Park, kami semua pergi
ke Timpohon Gate. Ada dua cara, sama ada mau guna bas yang disediakan ataupun
kereta sendiri. Kalau guna bas kena bayar RM9.00/person.
Inilah dia Timpohon Gate. Excited plus nervous ni mau naik gunung
Sebelum mula mendaki, kami semua berdoa supaya cuaca baik
sepanjang pendakian nanti dan juga diberikan kesihatan terbaik setiap dari
kami. Amin! Kira-kira jam 9.00 pagi macam tu, kami pun start mendaki.
Beberapa meter berjalan dari Timpohon Gate, saya nampak ini
air terjun yang diberi nama Carson Fall. Info: Kalau deras aliran airnya,
ertinya di atas gunung sedang hujan. Memang cantiklah air terjun ni. I loikeee.
Oh ya, untuk pengetahuan kamurang semua, pendakian di Gunung
Kinabalu ni dibahagikan kepada 2 fasa iaitu: Fasa 1 bermula dari Timpohon Gate
ke Laban Rata. Manakala, fasa 2 bermula dari Laban Rata ke Low’s Point (puncak
gunung). Pendakian ini akan ambil masa selama 2 hari 1 malam.
Banyak tangga kena buat di sini untuk memudahkan pendaki
sebab kalau hujan licin kan tu tanah. Tapi, tangga itulah yang bikin
penat…haha…2 KM pertama saya masih okey lagi. Tapi lepas tu mau bernafas pun
macam kuda suda. Namun, saya gagahi juga segala kudrat yang ada. Guna segala
stamina. Set itu minda kasi semangat positif.
Yihaaa! Jom sama-sama bersemangat
Kalau tidak silap saya, setiap 500 meter akan ada pondok
rehat ataupun checkpoint. Jadi, asal nampak saja pondok saya akan pigi duduk
sekejap dalam 10 minit begitu. Kasi rehat dulu tu kaki. Tapi, tidak boleh lama
sebab kalau lambat sampai di Laban Rata, makanan buffet akan habis dalam jam
4.00 petang macam tu. Jadi, itu saja motivasi saya untuk cepat ke Laban Rata –
MAKANAN…hahaha…
FYI, setiap pondok rehat akan ada tempat isi air. Fresh dari gunung durang bilang. Tapi, saya tidak yakin mau minum oh…huhu… Lepas tu kan, banyak tupai yang sangat kiut miut di sini. Tidak payah kena panggil. Itu tupai-tupai akan datang sendiri. Cuma perlu ada makanan ringan untuk bagi sama durang.
Sepanjang pendakian, kami dihidangkan dengan pemandangan yang
sangat indah di kiri dan kanan. Kalau di kaki gunung, pokok-pokok di sana
tinggi dan besar. Tapi, bila semakin berada di atas, kebanyakan pokok yang
tumbuh ialah jenis yang renek dan unik bentuknya. Seolah-olah macam bukan di
Malaysia sebab jarang kan berada dalam
suasana begitu (memang tidak pernah pun…muahaha…)
Salah satu laluan mendaki
Kami ada juga jumpa periuk kera dan pelbagai jenis
bunga-bungaan. So, kamurang, walaupun penat, kamu tengok juga kiri dan kanan
manalah tau jumpa tumbuhan yang jarang dijumpai. Kalau saya kan, mendaki gunung
ni is not about sampai ke puncak semata-mata. Tetapi juga bagaimana kita enjoy
dengan alam sekeliling.
Si kawan and the unique pitcher plant
Di sini juga saya nampak ramai porter turun naik gunung.
Kebanyakannya bawa beban melebihi dua kali ganda dari berat badan durang. Contohnya,
paip besar, papan kayu (di Laban Rata sekarang ada kena buat hostel baru), tong
gas dan sebagainya. Bukan lelaki saja, perempuan pun saya ada nampak. Memang fit
tough berabis lah durang. Salute! Tidak heranlah durang kena panggil badang
Kinabalu.
Kalau kamu nampak jalan yang berbatu jenis macam ni, ertinya
sekejap lagi akan sampai ke Laban Rata. Kira-kira 1 KM atau 1.5 KM macam tu. I
am not sure
Di sini, 100 meter pun saya rasa macam 10 KM jauhnya. Sempat lagi
menyumpah seranah dalam hati. Ingatkan sudah jauh mendaki, rupanya baru 10
meter…hahaha… Tapi jangan risau sebab setiap 500 meter akan dipasang papan
tanda untuk bagitau jarak. Kalau saya tanya dengan guide.’Berapa kilometer lagi
sampai Laban Rata?’. Rata-rata guide akan bagi jawapan yang sama iaitu, ‘Dekat
sudah ni. Mau sampai sudah kita’. Padahal, masih jauh lagi. Harapan palsu betul…haha…
Actually, itu cara durang untuk kasi semangat kita. So, yeay, thank you guide.
Syukur cuaca sangat-sangat baik time tu. Thanks God! Sempatlah
juga bergambar dengan si Aki Nabalu. Saya terpegun seketika melihat betapa
cantik dan agungnya puncak Gunung Kinabalu kalau dari jarak dekat. Selalunya,
tengok dari jauh saja selama ni. Rasa terharu pun ada.
Isn't it beautiful?
500 meter terakhir sebelum sampai ke Laban Rata merupakan
satu penyeksaan. Saya rasa track tu sangat jauh. Penat punya pasal mungkin. Lebih-lebih
lagi time tu kaki buat hal di saat-saat genting. Kaki saya cramp
terutamanya di paha. Waduh, first time saya rasa betapa sakitnya cramp kaki ni.
That’s why kamurang perlu bawa itu Yoko-Yoko atau spray kejang kaki. Untuk
sampai cepat, saya buat strategi iaitu 5 minit berjalan dan seminit duduk rehat
dan seterusnya. Lepas tu saya bayangkan makanan yang menanti di Laban Rata. Jadi,
tambah lagi laju mendaki…kihkih…
Time ni masih relaks lagi. Masih mampu tertawa riang
30 minit kemudian. Start merangkak suda...haha
Setelah berhempas pulas, akhirnya kira-kira jam 1.30 petang macam tu,
saya sampai di Laban Rata. Yahooo! 4 jam lebih pendakian ke Laban Rata dari Timpohon
Gate is quite fast actually terutamanya beginner macam saya ni…haha… Terima
kasih makanan buffet sebab jadi motivasi terunggul.
Ini port wajib untuk ambil gambar kalau di Laban Rata. Berlatar belakangkan itu bangunan putih. Di sanalah kami akan stay
Perasaan bila nampak awan berlalu pergi di bawah tu sukar diungkapkan dengan madah kata. Eh, tersastera pula
Selepas mengambil gambar-gambar indah, kami check in bilik. Wow,
selesa juga ya accommodation di sini. Selimut tebal. Tilam pun nyaman. Tandas
pun bersih.
Thumbs up!
This is my bed. Mau panjat tu katil pun macam tidak larat suda
Selepas kemas apa yang patut, kami pun turun ke ruang
makan dan menjamu selera sepuas-puasnya. Saya round sampai 3 pinggan. Sekian. Selesai saja makan, saya naik ke bilik dan tidur seawal jam 7 malam
sebab kena bangun subuh keesokan harinya. Mau sleeping beauty dulu. Guide tu bagitau yang pendakian ke
puncak dijangka bermula pada pukul 2 pagi. Awal kan. Oleh itu,saya kena tidur
awal untuk kumpul tenaga. By the way, line Digi di Laban Rata sangat kuat. Bolehlah update socmed.
Nantikan sambungan part 2 okey!
Terima kasih kerana membaca
0 comments