Pengalaman mendaki Gunung Kinabalu (Part 2)


Hai semua!

Kalau kamurang belum baca part 1, sila klik ini link Pengalaman mendaki Gunung Kinabalu (Part 1) untuk baca. Thank you…hihi…

Baiklah jom sambung cerita pengalaman mendaki Gunung Kinabalu Part 2 pula.

* * * * * * * * * *

Saya terbangun pada jam 12.30 malam. Tidak tau kenapa tidak boleh tidur lena. Mungkin takut terlewat bangun kali. Tapi, saya memang tidak boleh tidur nyenyak kalau di tempat baru. Memang normal bah begitu kan? Namun, saya paksa juga tutup mata tidur-tidur ayam sampailah jam menunjukkan pukul 1.30 pagi.

Saya terus turun dari katil pigi tandas berus gigi cuci muka dan cuci apa yang patut. Ehem. Memang mustahil lah mau mandi sebab air sana sangat sejuk menusuk sampai ke tulang sum-sum. Kecut segala-segala. Mau berkumur pun sengsara sebab macam kau berkumur dengan ais batu.

Lepas bersiap kami pun turun pigi dining area untuk breakfast. Sedap-sedap makanan disediakan tapi saya cuma minum secawan kopi dan makan sekeping bread sebab saya takut perut memulas nanti time perjalanan. Ngeri pula terbayang kalau tiba-tiba mau ‘melabur’ time mendaki.

Tepat jam 2.00 pagi, setiap guide akan bagi briefing untuk kumpulan masing-masing. What do’s and don’ts. So, pair attention guys. Selepas tu, kami pun memulakan pendakian. 10 meter berjalan macam tu, kami start suda mendaki tangga. OMG! Those stairs sangat-sangat memenatkan jiwa raga. Nafas pun tidak teratur suda walaupun baru 200 meter mendaki. Fuhhh! Menyesal pula tidak training naik turun tangga sebelum datang sini.

Suasana subuh tu sangat gelap, cuaca agak baik cuma berangin. Suhu sangat dingin. Mengigil tapak tangan. Terketar-ketar. Time ni perlu sangat berhati-hati. Pastikan pegang tali yang disediakan. Saya selalu tengok tempat yang saya pijak. Takut pula terpijak tepi gaung. Palis-palis. Inilah perlunya ada head lamp. Kalau tidak confirm tidak nampak dengan jelas.

Dari Laban Rata, kami perlu mendaki ke checkpoint terakhir iaitu checkpoint Sayat-Sayat sebelum menuju ke puncak gemilang cahaya. Sepanjang perjalanan, semua pendaki diam saja. Mungkin sedang fokus. Tapi, memang tidak boleh buat bising pun semasa mendaki. Adab perlu dijaga di mana saja terutamanya tempat-tempat macam begini. Sesekali kedengaran suara guide bagi arahan sama group yang durang jaga.

Ada satu ketika kami perlu menggunakan tali untuk memanjat itu laluan yang curam. Bikin takut jugalah. Tapi, nasib baik gelap so tidak juga gayat sebab tidak nampak kecuraman di bawah…haha… Tapi, saya bagitau kamurang ar. Pemandangan lampu pekan Kundasang dan juga sayup-sayup bandaraya Kota Kinabalu dari atas gunung sangat sangat menakjubkan. Cantik! Saya terharu dapat tengok pemandangan macam begitu. Hanya pendaki saja tau yang dapat merasai perasaan macam tu.

Kira-kira 1 jam 40 minit macam tu, kami pun sampai di checkpoint Sayat-sayat. Di sini, perlu check nama dan sign baru boleh meneruskan perjalanan ke puncak. Tandas pun ada di sini. Selepas saja sign nama dan minum sedikit air, kami pun meneruskan pendakian ke puncak. Semangat!

Pendakian ke puncak selepas checkpoint agak curam sedikit. Jadi, tipsnya ialah saya perlu condongkan badan ke hadapan sedikit semasa mendaki. Di sini anginnya agak kuat. Mata pun pedas sudah sebab kena tiup angin. Mau bernafas pun susah sebab udara di sini nipis. Itulah gunanya pakai pelindung muka/topeng muka supaya senang untuk bernafas. Time ni saya rasa lambat betul mau sampai puncak. Balik-balik saya tanya kawan di sebelah bila mau sampai. Tapi, dia pun dua kali lima juga tidak tahu...haha...

Akhirnya, kira-kira jam 6.30 pagi macam tu, saya telah pun sampai di atas puncak Gunung Kinabalu setelah berhempas pulas mendaki selama beberapa jam dengan cuaca yang sangat sejuk. Syukur kepada Tuhan!. Tidak sangka beginner macam saya ni mampu juga menakluki Gunung Kinabalu yang juga merupakan gunung tertinggi di asia tenggara. I did it! Yahooo!

Saya bergambar di Low's Peak. Puncak tertinggi di Gunung Kinabalu. Wajib ambil gambar sama ini plat

Si kawan pun berjaya juga sampai puncak. Tahniah!

 Si kawan yang ini pun berjaya juga sampai puncak. Tahniah!

(Ada lagi geng-geng lain yang berjaya sampai puncak tapi tiada gambar durang di tempat saya...hehe...)

FYI, sunrise di atas Gunung Kinabalu sangat cantik dan luar biasa. Berbeza dari apa yang selalu saya nampak. Seronok betul saya sebab dapat mengalami semua ni. Mengalami sesuatu yang sudah lama saya impikan.

 Suasana sunrise di atas puncak Gunung Kinabalu. Bintik-bintik cahaya tu ialah dari head lamp para pendaki

Berlatar belakangkan Gorilla Rock. Lighting tidak berapa cun. Jadi, muka gorilla di batu tidak nampak sangat

Paling wajib mau bergambar di sini 


Time ni matahari naik suda. Baru jam 7 pagi ketika ini



Selepas habis mengambil gambar-gambar yang sangat indah dan juga duduk menikmati suasana sunrise di atas gunung untuk beberapa ketika, kami pun turun kembali ke Laban Rata. Sepanjang perjalanan ke Laban Rata, kami dihidangkan dengan another pemandangan yang cantik. Time mendaki tidak nampak sebab gelap kan. Sekali terang benderang, fuh, memang marvelous! Tumbuhan-tumbuhan dan bunga-bungaan pun comel.

 I can see Kundasang Town from here. Perfect view

 Tangga seribu. Nampak kah tangga-tangga tu?

View point untuk tengok pemandangan sambil rehat-rehat. Cantik! 

 Sesampai saja di Laban Rata, kami kemas barang dan makan tengahari yang disediakan. Di sini makanan memang cukup. Sedap lagi tu. Syabas managament! Kira-kira jam 10.30 pagi, kami pun checkout dari Laban Rata dan turun menuju ke Timpohon Gate semula.

Group photo before heading down to Timpohon Gate

Yihaaa! I love being in this group. Sporting semuanya

This is an amazing experience at least for me sebab dapat sampai puncak dan dapat melihat keindahan alam yang bukan semua orang dapat rasai. I felt so blessed and honour at the same time for this journey. Nanti kalau ada orang tanya; ‘Ko mahu naik Gunung Kinabalu lagi kah next time?’. Saya akan jawab dengan pantas dan yakin,’MAHU!’…hahaha


Terima kasih kerana membaca

0 comments