Pulau Rusukan Besar di Labuan, Malaysia


Hai semua!

Saya sangat excited mau cerita pasal trip kami ke Pulau Rusukan Besar untuk 2 hari 1 malam pada bulan Oktober yang lalu. Untuk pengetahuan kamu, Pulau Rusukan Besar terletak di Taman Laut Labuan bersama-sama dengan Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Kuraman. Banyak sebenarnya pulau-pulau cantik di sekitar Pulau Labuan ni. Cuma perlu pandai explore.

Kami ke sana dengan menaiki bot besar. Perjalanan yang secara normalnya mengambil masa selama 30 minit menjadi kepada 1 jam disebabkan cuaca buruk dan ombak bergelora. Ngam-ngam time tu ada taufan di Hong Kong. Jadi, Labuan pun kena juga tempiasnya. Ngeri betul perasaan berada dalam bot yang terumbang-ambing dengan gilanya. Tapi, macam orang Sabah bilang, steady syak bah kau! Muahaha

Setelah mengharungi badai gelora dengan jayanya, akhirnya sampai juga kami di Pulau Rusukan Besar. Yeayyy!

 Welcome to Rusukan Besar Island!

Sementara menunggu aktiviti air bermula, kami berjalan-jalan di jeti untuk mengambil view menarik for instagram feed especially mine. Bergambar di pulau ni semuanya akan jadi cantik kan. Bila bergambar di tanah besar, tidak pula begitu…eh? Maybe sebab vibes di pulau berbeza dari tanah besar, jadi itu adrenalin untuk berposing bagai sangat aktif…hihi...


 Fikir apa tu cik abang?




Aktiviti air yang kami buat ialah berkayak. Comel kayak di sini. Transparent. Bentuknya pun lain dari apa yang saya selalu lihat di kaca tv. This is my first time actually kayaking. Jadi, rasa teruja tu lebih sikit. Satu pengalaman yang best walaupun hampir terbalik kayak kami…haha…

 Bakal-bakal pendayung kayak untuk sukan olimpik

Comel kan kayak-kayak ni?

Snorkeling pun ada juga di sini. But, since air laut agak murky jadi agak sia-sia untuk snorkeling. So, kami cuma berkayak saja.

Setelah penat beraktiviti, kami legakan badan dengan minum air kelapa. Enjoy!

Kalau kamu mau tau, Pulau Rusukan Besar merupakan Kawasan Konservasi Penyu ataupun dalam erti lain tempat penyu bertelur. Telur-telur penyu tersebut akan dikumpul dan disimpan di dalam sangkar untuk dijaga sehinggalah menetas. Sayangnya, time kami di sana, telur penyu masih di dalam timbunan pasir. Jadi, cuma dapat tengok sangkarnya saja.




Nah, kalau yang tidak suka aktviti dalam air, di sini ada juga tempat untuk main dart dan berkaraoke. Saya mau juga menyumbangkan lagu time tu tapi takut hujan so dipadamkan hasrat itu seketika. Lol

Dart time 

Di pondok inilah tempat berkaraoke dan bermain dart

Di pulau ini ada chalet, tandas, bilik mandi, ruang makan dan sebagainya. Chalet di sini sangat famous dan pernah viral suatu ketika dahulu disebabkan bentuk dan warna pink chalet itu. Sangat comel loteh. Bila tengok depan-depan, lagi cantik. 

 The very famous pink chalet


Ruangan makan. Buffet style. Nyum!

Tandas pun warna pink

Bathroom. Unik kan?

Ramai orang tanya, ‘Kamu tidur di chalet ka?’. Tidak. Kami tidur di khemah saja. Tidak mampu kami sis tidur di chalet sebab harga ratus-ratus untuk satu malam *insert emoji berpeluh*

Khemah yang sudah siap di pasang

Keesokan harinya, selepas senamrobik untuk melonggarkan otot-otot kejang akibat tidur di lantai khemah yang rata dan juga breakfast sebagai alas perut, kami memulakan aktiviti hiking to the other side of this island.

Hah? Ada hiking kah juga sana?

Ya. Ada.

Hiking di sini perlu merentasi hutan yang jarang diterokai untuk sampai ke belakang pulau. Kami merupakan kumpulan pelawat kedua selepas staff di sana yang lalu hutan ni. Jadi, trail hiking di sini masih 'virgin'. Best sebab agak mencabar sikit.



Dalam siok berhiking, tiba-tiba kami terserempak dengan haiwan ni. Kalau tidak silap ini ialah umang-umang kan? 


Besarnyaaa!

Kira-kira 15 minit hiking macam tu, akhirnya kami tiba di other side of this island. Cantik! Sila tengok gambar-gambar di bawah






Selepas siap hiking, kami ke dining area untuk lunch. Sedap makanan di sini. Yummy sesangat. Kemudian packing barang, lipat khemah dan tunggu bot untuk kembali ke Pulau Labuan.

Overall, Pulau Rusukan Besar ini cantik. Saya rasa sangat enjoy dan berpuas hati. Selain itu, pulau ini unik sebab menjadi tempat untuk penyu bertelur. Harap one day berpeluang tengok anak-anak penyu.

Anyway, untuk kamu yang mau pigi ke pulau ini, di bawah ialah sedikit info. Semoga bermanfaat!

Harga trip ke Pulau Rusukan Besar:

1. Day trip: RM180/person

2. Overnight: RM380/person (termasuk accommodation, peralatan snokeling, bot dan makan)

*Sekurang-kurangnya 2 orang baru boleh booking. Jika kamu dalam group lagi murah (harga boleh negotiate). Kamu boleh booking melalui Facebook. Search saja Emma Glorious Tours & Travel Sdn Bhd.

See you again Pulau Rusukan Besar!


Terima kasih kerana membaca!

1 comments

  1. wow..this weekend baru nk pergi sini...2 hari 1 malam.. ambil chalet sbb ada promo..hhahah

    ReplyDelete