Pulau Tiga (Survivor Island) di Kuala Penyu, Sabah
Hai semua!
Sebenarnya lama suda saya plan mau pergi ke Pulau Tiga
(Survivor Island) tapi tidak kesampaian sebab tidak cukup korum. Oleh kerana
Pulau Tiga merupakan wishlist tahun 2017, so saya sedaya upaya contact
semua kawan-kawan yang berminat untuk ke sana. Target harus dicapai. Ya tidak? Walaupun
banyak halangan pancaroba, akhirnya kami decide untuk ke sana pada 16 Disember
2017. Macam yang orang Sabah selalu cakap, ‘Bah, kasi jadi’. Yihaaa!
TRIVIA TENTANG PULAU TIGA
Pada tahun 1978, Pulau Tiga dijadikan sebagai Taman Laut, yang
meliputi kawasan seluas 158 KM persegi (yang mana 96% kawasan kaya dengan
terumbu karang). Untuk melawat Pulau Tiga, kamu perlu drive sejauh 2 jam 30
minit, kira-kira 114 KM dari Kota Kinabalu (KK) ke bandar Kuala Penyu. Selepas
itu, boleh ambil bot dari jeti Kuala Penyu yang mengambil masa selama 20 minit
– 30 minit (bergantung kepada cuaca) untuk sampai ke sana.
Baiklah.
Kira-kira jam 8.30 pagi, kami tiba di jeti Kuala Penyu. Nasib
baik orang yang urus bot ada di sana on time. Jadi, bolehlah urus apa yang
patut seperti register dan bayar tambang bot. Kira-kira jam 9.00 pagi macam tu, kami
pun bertolak menuju ke Pulau Tiga. Lucky us because that time the weather is
amazingly perfect. Tidak panas dan tidak mendung. Just nice. Padahal, minggu tu
merupakan musim ribut. Itulah kuasa doa gais! Sangat-sangat bersyukur.
Kira-kira 25 minit macam tu, akhirnya kami sampai di
perairan Pulau Tiga. Tapi, kami hairan kenapa bot tidak parking di jeti, tapi
kena parking 100 meter dari pantai? Rupanya, di sana merupakan lokasi snorkeling. First time ya snorkeling begitu (which is I like). So, aktiviti
pertama kami di pulau ialah snorkeling. Yeayyyy!
Group wefie! We had a very amazing time
Salah satu gambar underwater. Sorry kualiti kurang jelas
sebab masing-masing sibuk dan excited tengok ikan. Ada Nemo ya di sana.
Seriously, underwater life di pulau ni sangat mengasyikkan. Cantik! Pulau Manukan?
Pulau Sapi? What is that again?
Ini gambar selepas snorkeling. Masing-masing memancarkan cahaya kepuasan di wajah…haha…
After snorkeling, bot kemudian menuju ke jeti Pulau Tiga.
Happy faces
Banyak sea debris di sini. Mungkin sebab musim ribut kan.
Kalau tidak, mesti lawa pantai ni
Tips, kalau sampai di sini, ini merupakan a must thing to do
iaitu bergambar dengan patung Survivor ni. Kamu pernah tengok rancangan
Survivor kah?
Oh ya, saja mau bagitau. Banyak monyet spesis ni berkeliaran
di sini. Amaran: Jangan sesekali bagi mereka makanan. Nanti mereka akan tambah
agresif
Our life guard…kahkahkah…
Jangan risau gais, di sini ada tandas ya. Bersih dan luas
Starting point untuk menuju ke kolam lumpur gunung berapi.
Guide tu cakap, perlu melalui 4 buah bukit kecil dengan 30 minit hiking untuk
sampai ke kolam lumpur tu. We was like what?
Oleh kerana tujuan utama kami ke Pulau Tiga ialah hendak ke kolam
lumpur gunung berapi, so kami semua bertekad untuk menghadapi apa saja cabaran.
Rupanya, laluan ke sana sangat double trouble. Mungkin sebab semalam hujan,
jadi jalan becak dengan lumpur macam dalam gambar-gambar di bawah ni.
Saya terpaksa buka selipar flipper sebab jalan sangat licin.
Again tips, kalau ke sini, sila pakai kasut adidas kampung dan pakai insect repellent
sebab nyamuk di sini sangat sihat
Akhirnya, setelah hampir 30 minit hiking, akhirnya kami
sampai juga di kolam lumpur gunung berapi yang terkenal itu. Only at Pulau Tiga
okey. Kalau kamu mau tau, Pulau Tiga ni dulunya ialah kawasan gunung berapi
tapi sudah lama mati.
Tanpa membuang masa kami terus masuk ke dalam kolam lumpur.
Masing-masing jadi kanak-kanak kembali…hahaha…but don’t worry, lumpur ni
katanya bagus untuk kulit. Lagi satu, lumpur di sini sentiasa ‘baru’ sebab sentiasa
keluar dari perut bumi. So, boleh dikatakan bersihlah ya…hiks
Keunikan kolam lumpur gunung berapi ni ialah kita tidak akan tenggelam
tetapi tetap timbul. Amazing kan? Jadi jangan risau untuk kamu yang tidak
pandai berenang
Saya rasa sangat happy sebab dapat juga merasai pengalaman
berendam di sini. Bukan selalu bah begini kan…hihi
We are officially become a mud people. Roarrr!
Kira-kira setengah jam seronok berendam dalam kolam lumpur,
kami pun berkemas untuk menuju balik ke pantai bagi membersihkan diri. Tips,
jangan sesekali pakai baju kegemaran kamu kalau mandi di sini sebab kesan
lumpur ni agak susah mau hilang
Mud people mau mandi dulu ya. Chow!
Overall, ini merupakan highlight experience bagi saya untuk
tahun 2017. Sangat enjoy! Thank you semua kawan-kawan: Denny, Anderson,
Jessica, Oneal, Marcela, Nurul, Aim, Ruslia dan Suzy yang menjayakan trip ini.
Terima kasih juga untuk kamu semua atas gambar-gambar yang cantik. So, some of
these photos in this entry is credited to them.
Terima kasih kerana membaca
2 comments
nice...=)
ReplyDeleteThank you :)
Delete