Hai semua!
Apa khabar? Semoga sihat. Kalau tidak sihat tu, cepat-cepatlah pergi klinik jumpa
doktor. Ingat, kesihatan tu penting!
Entri kali
ni saya mahu share satu tempat makan yang best. Kalau orang dusun bilang,
poingkaaa *sambil letak emoji thumbs up*. Speciality tempat ini kalau bagi saya
lah kan ialah makanan India. Seriously, first time saya makan di sini terus
saya jatuh cinta dengan keenakan makanan India yang terdapat di sini especially
nasi biryani dan karinya. Tempat yang saya maksudkan ini ialah THE LIVING ROOM
yang terletak di Grand Dorsett Labuan.
Saya
sebenarnya bukanlah peminat makanan India. Mungkin sebab jarang makan kali ar
ataupun lidah ni memang susah untuk mentafsir keenakan Indian Cuisine. Ataupun mungkin sebab talampau makan tuhau sama bosou…haha… Namun, tempat ini telah merubah segalanya.
Dari tidak suka pigi teramat suka. Cewah!
Baru-baru
ini, kami ada buat farewell lunch untuk salah seorang kawan kami di tempat ini.
Sob sob *menangis kesedihan*. Dalam kesedihan, adalah juga kegembiraan sebab
dapat lunch makanan India yang digemari. Saya order; Mutton Masala, Vegetables Biryani dan minuman pula ialah Banana Lassi macam yang di bawah ni;
Di sebelah kiri ialah
Mutton Masala iaitu marinated daging kambing lepas tu kena slow cook
bersama dengan selected Indian spices. Saya pujilah siapa yang masak ni sebab tiada
langsung bau kambing. Sadap lagi tu. Sangat ulalaaaa. Bravo chef! Manakala, di sebelah kanan pula
ialah Vegetables Biryani. Ini memang sah sah biryani masak campur sayur
Then, ini
pula ialah Banana Lassi sebagai penyegar tekak yang mendambakan kelazatan
cecair manis. Lassi tu kira macam blend yogurt. Selalunya kena campur sama
buah-buahan. Macam yang ini kena combine sama pishanggg
Dalam pada masa yang sama, saya
mahu kasi tunjuk juga makanan yang kawan-kawan saya order supaya kamu kecur air
liur lepas tu menitis di laptop atau skrin handphone kamu. Oh ya, di sini ada hidangan Western, Chinese dan Nusantara juga hokey?
Pan Fried
Salmon Steak. Next time saya mahu order ini. Sudahlah besar, sadap lagi. Eh,
macam lain pula bunyi dia ni. Aummm
Kepak Ayam
Goreng Kunyit. Ini mesti rasa dia macam ayam kan?
Batter Fried
Prawn. Sadap udang dia. Fresh!
Okey cukup
dengan makanan, jom kita tengok pula ambience or environment what ever you
called it di bawah ni;
Hausss *sambil urut leher*
Suasana di
sini sangat cosy dan ada class lah I should say. Macam kalau kau makan di sini
kan, terus kau rasa macam orang kaya…haha… Di sini ngam untuk romantic dinner,
business lunch, lepak-lepak kasi habis duit, minum-minum fefeling orang kaya *gitchewww* etc. Oh, lepas tu di sini ada
bilik karaoke ya tuan-tuan dan puan puan. Boleh juga order makanan then makan
dalam bilik karaoke tu. Nah, makan sambil nyanyi. Ada kah yang lagi heaven dari
tu?
Kesimpulannya,
ini tempat sangat siok untuk makan. Bukan saja presentation dia bersih, tapi
suasana dia sangat nyaman. Staff di sini pun friendly dan kemas. Harap di dapur
pun bersih juga *finger cross*.
Satu saja saya mahu pesan, harga makanan di
sini agak kaw-kaw. Kalau makan sebulan sekali okeylah. Kalau hari-hari biasa bisa membunuh bank akaun mu. By the way, ini bukan review berbayar tapi kalau ada
yang mahu bayar, saya on saja ni.
Kalau sesiapa yang first time datang Labuan, The Living Room terletak di bawah ini. Kalau sesat jangan salahkan saya. Salahkan pak cik Google;
Terima kasih
kerana membaca!
0 comments