Kalau aku kaya
Fuh! Tajuk entri kali
ini sungguh bercita-cita tinggi. Tapi, tidak mustahil untuk saya mencapainya.
Bagaimanakah perasaan orang-orang kaya ni ya? Maksud saya yang KAYA dan memiliki wang berjuta-juta ringgit di dalam akaun mereka.
Teringin benar untuk saya mengetahuinya. Adakah mereka gembira?. Soalan bonus.
Sudah tentulah mereka gembira. Adakah mereka bahagia memiliki wang yang sangat
banyak sehingga mampu membeli apa sahaja yang terlintas dalam fikiran mereka. Ataupun adakah mereka sedih kerana memiliki
wang yang banyak tetapi disebalik kekayaan itu banyak hutang yang hampir sama
nilainya dengan kekayaan mereka itu?. Siapa orang kaya di sini? Cuba tolong
jawabkan...hehe...
Jika saya memiliki
perniagaan sendiri yang menguntungkan pasti saya akan menjadi kaya. Ataupun mungkin ketika saya berjalan-jalan di taman bersama anjing saya Rio & Rico,
tiba-tiba saya terjumpa beg yang mengandungi wang berjuta-juta dolar di
dalamnya. Pasti saya akan menjadi kaya dengan sekelip mata...haha... Di bawah ini ialah antara benda yang saya ingin buat jika saya kaya suatu hari nanti.
Pertama sekali, saya akan memasukkan wang ke dalam akaun bank emak dan bapa saya. Tidak terkecuali adik-beradik
saya. Kemudian, saya akan belikan mereka tanah yang sangat luas dan membina
rumah seperti istana di atasnya. Saya akan lengkapkan isi rumah tersebut. Kereta? Sudah tentu saya akan belikan mereka kereta seperti Ferrari, Bentley, BMW dan sebagainya. Pendek kata,
saya akan senangkan dahulu keluarga saya atau dalam erti kata lain membalas
jasa mereka terutamanya ibubapa kerana membesarkan saya dengan baik.
Ini yang saya akan beli untuk mereka. So nice! |
Seterusnya, saya akan membeli aset-aset yang berharga untuk masa depan yang lebih baik seperti tanah, bangunan, rumah dan sewaktu dengannya. Saya juga akan meluaskan empayar perniagaan saya supaya menjadi lebih kaya dan terus kaya. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Siapa tahu mungkin satu hari nanti akan berlaku krisis ekonomi. So, we must have backup plans.
Kemudian, saya akan membeli rumah
impian untuk diri saya sendiri. Saya inginkan sebuah rumah yang sangat besar.
Lokasi rumah itu mestilah terletak di atas bukit serta mempunyai pemandangan
laut yang indah dari beranda rumah. Rumah tersebut haruslah mempunyai seni bina
yang sangat moden dan unik. Kolam renang, halaman yang luas dan gelanggang
sukan seperti badminton menjadi suatu kemestian. Oh, ya, tempat mengisi minyak
kereta juga perlu ada di halaman rumah. Senang untuk mengisi minyak kereta sebelum
jalan daripada perlu bersusah payah ke stesen minyak.
Rumah impian saya lebih kurang seperti ini |
Dengan pemandangan laut yang cantik |
Selain itu, saya akan membeli sebuah
kereta idaman saya iaitu Hummer ataupun Range Rover berwarna putih. Oh, I love these cars so much. Mungkin saya juga akan membeli beberapa kereta tambahan seperti Ferrari dan
Lamborghini just for fun.
Last but not least, saya akan
menubuhkan yayasan atau badan amal kebajikan untuk orang-orang yang lebih
memerlukan. Contohnya, untuk pesakit kanser, anak-anak yatim piatu dan
orang-orang tua. Saya gembira jika apa yang saya lakukan itu membuatkan orang
lain gembira. Saya juga akan menderma wang kepada gereja untuk mereka gunakan.
Ya, kaya tu kaya juga tapi jangan lupa untuk berbuat amal.
Sebenarnya, banyak lagi
yang ingin saya senaraikan. Saya
pasti kawan-kawan sekalian pun pernah mengimpikan seperti ini bukan? Tidak salah untuk kita berangan-angan tinggi kerana itulah sebenarnya yang
memotivasikan kita untuk berjaya. Ini kerana kejayaan selalunya bermula daripada
impian. Mungkin apa yang saya taip ini akan menjadi kenyataan?. Who knows? Jika
ya, saya sangat bersyukur. Amin.
Terima kasih kerana
membaca
0 comments