Pentingnya membersihkan bahagian atas tin minuman sebelum minum
Entri pada kali ini sangat penting iaitu
tentang perlunya untuk membersihkan bahagian atas tin minuman sebelum minum. Tidak kiralah kita menggunakan straw atau tidak. Kita boleh menggunakan tisu, sapu tangan, cuci dengan air atau pun menggunakan
baju kita sendiri. Tetapi, pastikan benda yang kita gunakan untuk lap itu
bersih ya. Kalau boleh, saya sarankan anda semua untuk beli minuman dalam botol. Lebih
selamat.
Cuci dahulu sebelum minum. Okey? |
Mengapakah saya tekankan tentang perkara ini? Ini kerana ianya berkaitan tentang soal kesihatan.
Pernahkah kamu mendengar tentang kencing tikus? Kencing
tikus adalah sangat sangat tersangat
berbahaya kepada kita dan boleh mengakibatkan kematian jika lambat
dirawat. Nampak betapa bahayanya kencing tikus ni sehingga saya men-triple-kan
perkataan SANGAT itu?
Minum air tin dengan meneguk begitu sahaja tanpa dibersihkan terlebih dahulu ialah sesuatu yang sangat berbahaya.
Tahukah anda bahawa stok tin minuman yang disimpan di dalam stor 'mungkin'
pernah dilalui atau terkena kencing tikus. Kita sudah sedia
maklum yang tikus-tikus ini tidak mempunyai tandas. Terpaksalah mereka membuang
air di merata-rata tempat mengikut suka mereka. Dan salah satu tempat yang
sesuai untuk mereka 'melepas' ialah di atas stok-stok tin minuman ini. Bayangkan
betapa jijiknya itu?
Adakah kamu yang melakukannya?! |
Mungkin sesetengah
daripada kita beranggapan bahawa lecehnya nak bersihkan lagi tin minuman bla,bla,bla... Namun, ingat! Berleceh-leceh dahulu, bersenang-senang
kemudian. Bayangkan jika tin minuman itu sudah dikencing oleh tikus dan
kita meminumnya begitu sahaja. Saya tidak mahu membayangkan apa yang akan
terjadi seterusnya. Minta dijauhkan.
Kesimpulannya, beringat
sebelum kena. Saya sudah ingatkan betapa pentingnya membersihkan tin minuman
sebelum minum. Terpulang kepada anda untuk ikut atau tidak.
Okey, disebabkan saya prihatin tentang perkara ini, dengan ini saya
perintahkan kepada kamu semua untuk BERSIHKAN DAHULU TIN MINUMAN SEBELUM MINUM. Sekian.
Terima kasih kerana
membaca
0 comments