Hari ini saya ingin menulis tentang tempat-tempat impian yang ingin saya lawati di seluruh dunia suatu hari nanti. Setiap orang pasti ada tempat impian masing-masing bukan? Di sini, saya hanya akan senaraikan lima tempat impian saya.
1. Tokyo, Jepun
Dari kecil lagi saya
benar-benar ingin melawat ibu negara Matahari Terbit ini. Melalui kaca
television, saya sangat kagum melihat kepesatan pembangunan di sana. Budaya di
Jepun juga sungguh menarik untuk dipelajari. Mereka sangat bersopan-santun dan
saling menghormati. Makanan di sana juga kelihatan sedap dan pelik.
Misalnya, hidangan ikan buntal mentah. Selain itu,
pengangkutan awam yang mereka ada sangatlah hebat. Untuk pengetahuan bersama, di sana terdapat salah satu kereta api
elektrik penumpang yang terpantas di dunia. Jika boleh, saya ingin melancong ke
Tokyo pada musim bunga kerana pada ketika itu, bunga Sakura sedang mekar
kembang berseri-seri. Boleh bayangkan betapa cantiknya pemandangan pada ketika
itu?
|
Pemandangan Kota Tokyo pada waktu malam |
|
Shinkansen-Kereta Api Peluru Jepun dengan berlatarbelakangkan Gunung Fuji |
|
Bunga Sakura yang mengamit perasaan |
2. Paris, France
Tempat ini memang tidak
lari dari senarai tempat impian setiap orang. Siapa yang tidak mahu datang ke
Kota Cinta? Kebanyakan rancangan traveling sekarang banyak memaparkan tentang kota ini. Salah satunya ialah rancangan Anthony
Bourdain yang mana dia datang ke Paris dan menunjukkan keindahan Paris kepada
penonton. Serius saya katakan yang saya terpikat dengan keindahan kota tersebut
dari setiap sudut. Tidak kiralah dari segi makanan, seni bina bangunan, adat
dan budaya, fesyen dan tidak ketinggalan Menara Eiffel yang ikonik itu. Tentu
romantik jika melancong ke sana bersama orang yang tersayang.
|
Lihatlah susun atur bangunan di Paris |
|
Menara Eiffel yang ikonik |
|
Fashion store |
|
...and lots of fashion stores |
3. New York, Amerika
Syarikat
New York, New York. A
city that never sleep. Kota yang tidak pernah tidur sama sekali. Pada pendapat
saya, kota New York adalah sebuah tempat yang sangat lengkap sebagai sebuah
bandaraya unggul. Tengoklah sahaja susun atur bangunannya yang teliti, fasiliti
yang sangat lengkap, pelbagai rumpun bangsa yang hidup bersama dan sebagainya.
Makanan di sana yang dipaparkan di kaca television dan juga buku sememangnya
mengundang kelaparan kerana ianya kelihatan sangat lazat. Saya dapat merasai getaran kota tersebut dengan hanya membaca mengenainya
sahaja. Saya pasti bersyukur jika dapat menjejakkan kaki ke sana. New York aku
datang!
|
Kota New York pada waktu malam |
|
Statue of Liberty |
|
Petak hijau itu ialah Central Park. Unik bukan? |
|
Lihatlah betapa luasnya kota ini |
4. Australia
Saya tidak
menspesifikkan tempat impian yang saya ingin pergi di Australia kerana seluruh
benua Australia itu saya ingin jelajahi. Saya ingin
lihat keindahan semula jadi yang ada di sana kerana kebanyakannya tidak ada di
tempat lain. Contohnya, haiwan kebangsaan negara itu Kanggaru dan juga beruang
Koala yang sangat comel. Teringin benar untuk bersemuka dengan beruang Koala.
Comel mungkin kan?. Selain itu, saya teringin pergi ke Terumbu Karang terbesar
di dunia yang terdapat di sana. Melihat dan menghayati betapa agungnya karya
ciptaan daripada Tuhan. Kota Sydney juga tidak ketinggalan dalam senarai semasa
berada di Australia untuk melihat Rumah Opera serta jambatannya yang terkenal
itu.
|
Terumbu Karang Besar, Australia |
|
Wah, comelnya beruang Koala ni |
|
Ayers Rock yang aneh di tengah gurun |
|
Sydney Opera House yang terkenal |
5. Mumbai, India
Ya, jangan terkejut
dengan senarai ini. Mengapa saya menjadikan kota pengeluar filem terbesar di
dunia ini sebagai tempat impian saya? Ini kerana saya ingin melihat kehidupan
sebenar dan juga orang sebenar. Kata orang putih, real people, real life. Umum
sudah mengetahui yang kota Mumbai mempunyai populasi penduduk yang sangat padat
dan kebanyakan daripadanya adalah daripada golongan yang miskin. Pada pendapat
saya, jika kita melihat kesusahan orang lain, kita akan lebih mensyukuri apa
yang kita ada sekarang walaupun tidak banyak. Tetapi, jangan lupa ya yang kota
Mumbai juga mempunyai tarikannya yang tersendiri seperti makanan, adat
budaya, filem dan sebagainya. Adakah kamu tahu yang aktor terkenal Shah Rukh
Khan juga tinggal di Mumbai?
|
Pemandangan indah Mumbai pada waktu malam |
|
Perumahan setinggan di pinggir kota Mumbai |
|
Banglo atau Mannat yang dimiliki oleh Shah Rukh Khan |
|
The Dhobi Ghat - Dobi terbesar di dunia |
Demikianlah senarai tempat-tempat impian yang ingin saya kunjungi suatu hari nanti. Saya berharap agar saya dapat melawat
kelima-lima tempat ini apabila saya sudah berkerjaya dan mempunyai pendapatan
sendiri. Yang pastinya, saya akan membawa kedua ibu bapa saya serta orang yang
tersayang. Semoga angan-angan dan impian saya ini tercapai. Amin.
'Tidak salah untuk
memiliki impian kerana impian itulah yang mendorong kita berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapainya.'
Terima kasih kerana
membaca
0 comments