Nuffnang ads

Thursday, 25 June 2015

Bukit Kubong: Pendakian ke puncak bukit tertinggi di Labuan

Hai semua!

Hari sabtu lalu kami telah pergi mendaki bukit tertinggi di pulau Labuan iaitu Bukit Kubong. Bukit ni sebenarnya ialah tempat tentera untuk bersenam dan semua laluan dibuat oleh mereka. Tapi, oleh kerana bukit ini merupakan satu-satunya bukit yang terdapat di sini, jadi ianya menjadi tempat untuk warga Labuan sebagai salah satu tempat untuk mereka hiking ataupun melihat matahari terbit.

Inilah dia Bukit Kubong

Saya rasa sangat excited sebab ini merupakan kali kedua saya mendaki bukit. Bukit pertama yang telah saya daki ialah Bukit Botak time di universiti dulu. Bukit Kubong ni rendah sedikit berbanding Bukit Botak. So, tak jadi masalah bagi saya *berbaur kebangaan di situ*. Sebenarnya, saya tak nak naik bukit lagi. Saya nak naik Gunung Kinabalu. Tapi tak kesampaian tahun ni sebab ada gempa bumi. Dengar kata laluan asal di Gunung Kinabalu telah ditutup dan sekarang mereka sedang mencari laluan baru. Harapnya tahun depan sudah boleh didaki.

Okey, enough about Gunung Kinabalu. Pagi sabtu tu kami plan nak naik Bukit Kubong before 7.00 pagi. Yalah, nak tengok matahari terbit kan. Tapi, malangnya hal itu tidak berlaku sebab kami lambat bangun…hahaha… Sebab malamnya kami sempat baking Cheesecake dan berjaga sehingga jam 4.00 pagi. But, show must go on. Kami bertolak ke Bukit Kubong pada jam 7.30 pagi dan sampai di sana pada jam 7.40 pagi.

Bergambar sebelum mendaki

Sempat lagi wefie bertiga

Sesampai sahaja kami di sana, kami terus melakukan pendakian tanpa sebarang senaman regangan atau pemanasan badan. Iron men bah kami ni. Tanpa regangan pun boleh. Di Bukit Kubong ni ada tiga bukit sebenarnya. Kalau betul-betul nak tawan Bukit Kubong, kami perlu daki ketiga-tiga bukit itu sekaligus. Pendakian ke bukit pertama agak tidak mencabar. Sempat lagi saya berlari-lari anak untuk sampai ke puncak. Denny sebagai guide kami kata perlu save tenaga sebab bukit ketiga agak mencabar sedikit. Well. Saya tak dengar cakap. Terlalu excited. Sampai saja di puncak bukit pertama, saya melompat-lompat sambil digambar. Photoshoot katanya…haha…

Photographer tidak bertauliah

I believe i can fly

Pemandangan dari bukit pertama

Kemudian, kami meneruskan pendakian ke bukit kedua. Perjalanan ke puncak bukit kedua hampir sama dengan bukit pertama. Tak berapa mencabar. Tapi, kami perlu melalui anak sungai untuk ke bukit kedua. Anak sungai ni kecil saja. Tapi, rasanya kalau hujan lebat mesti aliran airnya menjadi besar dan deras. Sampai saja di puncak, seperti biasa nature dan selfie tidak dapat dipisahkan. Bagai kulit dan kuku. Bagai aur dengan tebing. Ok.

Shot menarik. I loike

Selepas saja berselfie dan wefie, kami pun meneruskan perjalanan ke bukit ketiga. Perjalanan ke bukit ketiga ni agak mencabar sedikit. Kecuraman bukit agak melelahkan. Tapi, saya suka suasana perjalanan di bukit ketiga ini. Sebab saya lebih rasa berada dalam hutan tebal walaupun tak berapa tebal. Boleh dengar burung berkicau, bunyi serangga terbang, nampak ulat berjalan di lantai hutan dan sebagainya.

Sempat bergambar walaupun dalam kecuraman bukit

Tapi, oleh kerana saya ini jenis yang kuat semangat, saya dapat juga sampai ke puncak bukit ketiga ini dengan jayanya walaupun hidung kembang kempis menahan kepenatan. Saya lihat di wajah mereka yang lain memancarkan rasa letih tapi mereka tetap gembira kerana dapat menyempurnakan pendakian. Denny tu relaks saja mukanya sebab sudah berkali-kali dia mendaki Bukit Kubong ini. Thank you malim bukit…haha…

Akhirnya dapat juga saya tawan Bukit Kubong

Denny. Our guide

Mila

Pemandangan dari atas bukit

Panorama laut yang indah

Setelah siap bergambar dan menikmati pemandangan laut serta seluruh panorama pulau Labuan dari atas puncak bukit Kubong, kami pun turun ke bawah lalu pulang ke rumah.

What a great experience!

Terima kasih kerana membaca

Monday, 22 June 2015

Resepi mudah Cheeseball Potato leleh

Hai semua.

Pejam celik, pejam celik, rupanya sudah dekat 3 minggu saya menjadi guru ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai, Labuan ini. Cepatnya masa berlalu. Sebab itulah kita perlu memanfaatkan masa kerana masa itu emas. Masa yang sudah berlalu mustahil untuk diundur kembali. Betul tak?

Jadi, dengan itu, semalam, saya dan housemate saya telah membuat satu resepi yang sangat-sangat mudah iaitu Cheeseball Potato. Tajuk resepi kedengaran susah tapi bila start nak buat memang petik jari kerjanya (haha!)

Bahan-bahannya sangat mudah untuk didapati di supermarket yang berdekatan. Tapi, kena bijak pilih harga yang murah sebab kalau mahal sayang juga kan. Lagipun, yang makan tu ialah diri sendiri. Tak perlu mahal-mahal bagai.

Kelmarin, lepas saja sembahyang di gereja, kami lantas menuju ke supermarket yang berdekatan di sini untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan bagi membuat Cheeseball Potato ini.

Antara bahan-bahannya ialah:

i. Tepung gandum
ii. Kentang
iii. Cheese Cheddar
iv. Telur
v. Bread Crumbs

Langkah-langkah untuk buat:

i. Pertama sekali, didihkan kentang. Selepas masak, lenyek kentang dan sejukkan.

Lenyek kentang seperti ini

ii. Kemudian, gaul kentang tu dengan tepung sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tu jangan terlalu keras atau lembut. Sedang-sedang aja.
iii. Selepas itu, potong Cheese Cheddar menjadi dadu kecil.

Mahal sangat harga Cheese Cheddar sekarang...urgkhhh!

Cheese dipotong dadu

iv. Masukkan dadu kecil itu ke dalam doh adunan kentang itu tadi dan bulat-bulatkan ia. Kalau nak bentuk lain pun boleh. Follow your imagination. Aceceh.

Masukkan cheese dalam doh kentang. Saya suka letak banyak-banyak cheese supaya lebih leleh

v. Doh yang sudah dibulat-bulatkan itu tadi kemudian digaul bersama dengan bread crumbs untuk rasa yang rangup lagi sensasi. Jangan lupa salutkan doh dengan telur yang sudah dipukul supaya bread crumbs tu boleh melekat.

Telur ni bertindak sebagai gam untuk bread crumbs melekat

Gaulkan dengan bread crumbs

Macam kuih makmur pula rupanya

vi. Akhir sekali, goreng adunan Cheeseball Potato sehingga kekuningan dan hidangkan.

Goreng sehingga kekuningan

Tadaaa!

Nampak betapa cheezy-nya Cheeseball Potato ini?

Senang bukan? Rasanya pun sedap. As a cheese lovers, saya suka sangat dengan Cheeseball Potato ini. Rasa betul Cheese Cheddar-nya itu. Walaaa! *sambil buat tanda okey dan kucup di mulut*. Paling penting resepi ni tiada gula. Free sugar katanya.

Okeylah, lepas ni nak buat laman web rasmi sekolah. Fening.

Terima kasih kerana membaca

Friday, 19 June 2015

Cerita minggu pertama menjadi guru

Hai semua!

Saya nak share berita gembira ni... jeng…jeng…jeng… Saya telah mendapat kerja sebagai guru ganti sementara menunggu konvokesyen pada bulan November ni. Syukurlah kerana daripada menternak lemak di rumah, lebih baik cari duit. Tidaklah juga menyusahkan orang tua kan. Tapi, sekolah yang saya dapat tu jauh sangat dari tempat tinggal. Saya tinggal di Keningau manakala lokasi sekolah tu terletak di Labuan. Jauh. Terpaksa melalui pelbagai halangan dan rintangan *lah sangat* untuk sampai ke sana. Gunung ku daki, darat ku rentasi dan laut ku renangi. Kira macam begitulah situasinya. *Extravaganza betul cara saya describe ni*


Hari pertama lapor diri rasa sangat dup dap dup dap jantung ini. Benda pertama yang saya buat semasa melapor diri ialah punch card *bangga ada punch card sendiri*. Lepas tu jumpa Encik Pengetua. Adalah sepatah dua kata-kata aluan yang didendangkan kepada saya. Kemudian, saya pergi ke perhimpunan sekolah sebab ngam-ngam hari tu hari isnin. Argkhhh…awkward sebab kita sebagai cikgu harus duduk di depan manakala para pelajar yang seramai seribu orang tu akan menatap indah muka kita lebih-lebih lagi guru baru. Control macholah jawabnya.

Habis sahaja perhimpunan yang sangat lama itu *padahal hanya sejam saja*, saya telah diberikan jadual kelas serta buku pengajaran dan pembelajaran. Lepas tu saya ditunjukkan ofis saya. Oh, my…I love my sit. Ada aircond dan wifi yang sangat full and strong line. Itu yang paling penting sebenarnya...haha…

Dan bermulalah detik yang sangat mengugupkan dan me-nervous-kan jantung ku ini iaitu saat ketika melangkah masuk ke kelas yang pertama. Saya pernah juga mengajar junior-junior saya time di universiti dulu tapi tak pernah ada pengalaman  mengajar budak sekolah menengah. Kan pelajar di sekolah menengah ni semuanya dalam proses mengenali kehidupan. Rebel. Susah nak handle. Banyak yang bermain dalam fikiran saya ketika itu. Saya cuba ingat segala skil-skil berkomunikasi yang saya pernah belajar di universiti. Kemudian, tarik nafas, tahan 5 saat dan hembus. Okey, hati sudah tenang sedikit.

Nasib baiklah saya mengajar budak-budak tingkatan 1. Semuanya budak bagus dan mendengar cakap tau. You know what, it is not bad as I though…haha… Pertama kali tu memanglah nervous, tapi apabila masuk dalam kelas dan make a little chit chat with them, rasa gugup tu terus hilang dan lesap bertaburan di angkasa. Eh.

Banyak juga karenah budak-budak sekolah menengah ni. I don’t know lah bila saya lalu kelas ataupun pergi makan di kantin, ada sahaja bisikan-bisikan pelajar perempuan yang hinggap di telinga ini. Antaranya,

‘Tu dia cikgu hensem’
‘Hensemnya cikgu baru tu’
‘Selamat pagi cikgu’ (yang ini biasa) etc.

And I take that as a compliment…haha…

Minggu tu juga ada sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Jadi, adalah sukaneka untuk guru dan kakitangan sekolah. Memang best dapat bersukan dengan orang-orang yang tua dari saya. Oppsss, excuse me. Maksud saya, orang yang berumur dari saya. Sporting semuanya. Best! Antara aktiviti time sukaneka ialah makan aiskrim, isi air dalam botol, sambut belon,kumpul getah menggunakan straw dan rebut kerusi. Group kami hanya mendapat tempat ketiga saja. Syukurlah nak.

Seperti biasa time Hari Guru adalah adegan air mata antara pelajar dan guru, bagi hadiah kepada guru yang mereka sayang dan sebagainya. Saya memang tak expect dapat hadiah sebab belum sampai seminggu pun saya bertugas di sekolah itu. Tapi, tup…tup…saya dapat juga hadiah dari seorang pelajar perempuan ni. Hairan bin pelik, apa pula jasa saya terhadap pelajar ni? Rupanya…hahaha…



By the way, thank you very much. Nanti next time bagilah hadiah makanan ya sebab cikgu suka makan…hohoho…

Okeylah, hujan sudah turun. Nak tidur dululah. Seronok tidur time hujan lebat macam ni.

Terima kasih kerana membaca

Sunday, 7 June 2015

Tempat penginapan murah di Kundasang, Ranau, Sabah: Kiram's Village

Hai semua.

Sebenarnya, sudah lama saya nak tulis entri ini. Tapi, kerana ada banyak benda nak buat ditambah lagi dengan kemalasan yang bertingkek-tingkek, baru sekarang start nak taip. Padahal, cerita ni dari tahun lalu lagi. Tidak mengapa. Oleh kerana saya teruja nak kongsikan tempat penginapan kami hari tu time melawat Kundasang, Ranau, maka terbitlah entri ini seperti terbitnya sinar mentari pada waktu pagi. Fuhhh, ayat.

Sekarang ini kecoh tentang gempa bumi yang melanda Sabah terutamanya di Ranau. Rasanya perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan kedatangan pelancong ke sana. So, dengan rasa tanggungjawabnya, saya ingin mempromosikan tempat-tempat pelancongan menarik di Kundasang, Ranau yang anda boleh baca di situ, sana dan sini supaya boleh menarik kembali kedatangan pelancong ke Sabah because I love Sabah! Tanah tumpah kelahiran.

Okey, enough untuk itu. Sekarang ni nak cerita tentang tempat penginapan terbaik di Kundasang, Ranau, Sabah. Jom baca.

***

Sesampai saja di Kundasang, kami langsung menuju ke tempat penginapan iaitu Kiram's Village yang kami booking secara online. Homestay ini terletak di atas bukit. Jadi, kami perlu drive ke atas bukit untuk sampai ke sana. Perjalanan tidaklah sesukar mana. Tapi, kepada pemandu yang baru belajar drive tu, kesukaran tu agak terserlah. Tengok gambar di bawah ni.

Perlu drive sampai ke atas bukit

Setibanya kami di Kiram's Village, kami terpegun dan terpesona dengan pemandangan menarik di sekitar tempat penginapan kami itu terutamanya saya. Banyak bunga yang ditanam menghiasi landskap di kawasan sekitar. Saya suka nampak bunga-bungaan sebab rasa mendamaikan dan sejuk mata memandang. Ditambah lagi dengan cuaca yang dingin, rasa macam berada di luar negara pula. Bak kata pepatah, ‘dalam hati ada taman’. Ok, tak ada kaitan.


Selesai saja check in, kami menuju ke bilik penginapan sambil meninjau-ninjau kawasan sekitar. Konsep Kiram's Village ni ialah homestay. So, kita boleh nampak rumah-rumah penginapan pelbagai saiz dan warna. Kalau datang dengan family, boleh pilih rumah yang besar. Tapi, kalau datang berdua macam kami ni, pilih saja rumah yang kecil. Harga tak ingat tapi memang berpatutan.

Antara rumah-rumah homestay yang terdapat di sini



Dalam bilik kami lengkap dengan keperluan asas seperti katil *of courselah ada katil*, tandas yang bersih, water heater dan sebagainya. Television tak disediakan untuk bilik. Di rumah homestay yang besar ada. Tak mengapa sebab tujuan kami datang ke sini bukan nak tengok TV tapi nak tengok alam semulajadi. Betul, betul, betul kata Upin dan Ipin.

Inilah bilik penginapan kami dari luar. Rumah Mushroom.





Kawasan sekitar Kiram's Village











Boleh nampak Gunung Kinabalu lagi dari sini tau. Time tu tak jelas sebab berawan.

Keesokan harinya, kami pun check out. Sempat juga semalam buat cover lagu Meghan Trainor – All About That Bass…haha… Memang best tempat ni. Saya sangat syorkan. Cuma lokasi homestay ni agak jauh di atas bukit. Malam-malam drive agak menakutkan sebab kabus tebal dan jalan licin kalau hujan.

Saya tak nak lepaskan peluang selfie di sini...hihi...

Me & Denny

Susah tau nak jumpa serangga ni

Look into my eyes

Acting takut


So, guys, kalau datang ke Kundasang, Ranau, letakkan Kiram's Village dalam list tempat penginapan kerana ianya sungguh berbaloi.

Boleh hubungi nombor-nombor ini untuk keterangan lanjut

Terima kasih kerana membaca