Nuffnang ads

Monday, 14 September 2015

Beriadah di pantai bersama rakan sekerja

Hari tu, ada seorang rakan sekerja ni telah membuat cadangan dekat ofis untuk buat BBQ parti di pantai. Apa lagi, riuh sekampung kami semua bersetuju sambil menyuarakan cadangan masing-masing apa benda nak dibawa dan sebagainya. Kata sepakat telah diputuskan. Maka, kami telah tetapkan hari kejadian itu pada hari sabtu bertempat di Pantai Damai. Saya tak tahu kenapa mereka pilih pantai tu. Bagi saya, banyak lagi pantai lain yang lebih luas, cantik, berpasir dan sebagainya. Tapi, oleh kerana saya bukannya orang dari sini, so nak tak nak terpaksa bersetuju. Ikut suara majoriti lah kata kan.

Setiap pagi, kami akan bermesyuarat untuk berbincang tentang piknik kami tu supaya semuanya berjalan dengan lancar nanti. Ini bukan sebarang mesyuarat. Bukan mesyuarat tingkap mahupun mesyuarat tangga. Masing-masing nak sponsor makanan. Ada yang nak sponsor ikan, ada yang kaya sikit nak sponsor udang *yang ini tak kesampaian atas sebab yang tak dapat dielakkan*, pinggan mangkuk kertas, ayam, sosej dan sebagainya. Saya pula nak sponsor puding jagung buatan sendiri. Sangat special…hew...hew…

Malam sebelum hari kejadian, saya telah menyiapkan puding jagung dengan bantuan Masterchef, Denny. Senang rupanya buat puding ni. Semudah satu, dua, tiga. Harap rakan sekerja suka dengan puding yang saya buat ni.

Puding Jagung dibuat dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu pun menjelma. Seperti biasa, kalau nak BBQ kena buat part yang paling susah iaitu hidupkan api untuk memanggang. Tak susah sebenarnya. Tapi, kalau hidupkan api dibawah cahaya matahari terik, kira agak mencabar jugalah. Setengah jam yang mencabar itu akhirnya dapat juga kami tempuhi. Penuh dengan arang tangan saya. Harap tak kuranglah mas kahwin saya…hahaha…

Bergotong-royong menghidupkan api

Selesai saja kami memanggang semua bahan makanan yang hendak dipanggang, masing-masing pun mula melantak. Oleh kerana perut sudah berkriuk-kriuk kelaparan, maka dengan tak tahu malu saya penuhkan pinggan kertas saya dengan makanan. Hampir nak terkoyak. Abaikan sajalah. Asalkan perut kenyang…wee…

Antara makanan yang dipanggang. Yang lain tak sempat snap sebab sedang makan dengan gelojoh.

Buah-buahan pun ada.

Sempat posing dalam kesibukan

Selepas saja makan, sebahagian dari kami pergi bermain Banana Boat yang terdapat di sana. Saya tak ikut sebab saya takut jatuh dalam air. Saya tak pandai berenang *nangis*. Saya ni mudah panik jika kaki saya tak pijak dasar. Nantilah. Mungkin bukan rezeki saya untuk main bot itu.


Hanya mampu melihat

Dari jauh, saya melihat mereka bermain Banana Boat. Nampak best. Ada yang menjerit terlolong. Ada yang tewas jatuh ke dalam air. Next timelah baru saya cuba *sambil seka air mata*.

Akhir sekali, selepas mengemaskan tempat itu, kami bergambar beramai-ramai sebelum pulang ke rumah masing-masing.


Apapun, saya sangat enjoy dan gembira berpiknik dengan mereka. Selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama, kami juga dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.

Okeylah, lepas ni nak pergi jemur kain. Bertimbun kain baru siap dibasuh.

Terima kasih kerana membaca