Nuffnang ads

Monday, 26 September 2016

Tempat penginapan murah di Kundasang, Ranau, Sabah: Rosewood Home Cottage



Hai semua!

Sepanjang minggu ni saya nak update blog pasal percutian kami ke Kundasang yang terletak di daerah Ranau, Sabah. Mesti ada yang kata kenapa asyik-asyik Kundasang? Well, pertama sekali saya sangat suka suasana persekitaran Kundasang yang tenang dan sejuk. Kedua, banyak tempat menarik di Kundasang yang tak ada di tempat lain di Sabah seperti ladang lembu, Gunung Kinabalu dan sebagainya. Lebih-lebih lagi time kami pergi di sana ialah musim buah durian yang berlambak. Peluang yang tak harus dilepaskan untuk penggemar durian macam saya ni.

Kami menginap di Rosewood Home Cottage yang terletak betul-betul di tengah pekan Kundasang. Hanya bersebelahan dengan War Memorial dan Klinik Kundasang. Tempat penginapan ni sangat-sangat murah.

Asalnya, kami pilih dua bilik. Satu bilik untuk lelaki dan satu bilik lagi untuk perempuan. Setiap bilik yang kami booking tu boleh muat 4 orang. Maksudnya, setiap bilik ada 1 Queen Bed + 2 Single Bed + Toilet. Semasa booking kami kena bayar harga separuh bilik, selebihnya bayar time check in. By the way, kami sudah booking dua bilik tu 3 bulan lebih awal dari tarikh kejadian.

Tup tup time kami check in, boleh-boleh owner tu kata yang kami cuma booking satu bilik saja. Tersirap darah seketika. Dunia menjadi sunyi. Kedengaran hanya bunyi lebah terbang melintas. ‘Aik, kenapa pula? Bukan kami booking 2 bilik ka???’ Itu respon pertama yang automatik terkeluar dari bibir.

Rupanya, owner tu yang tersilap take down booking kami. Geram juga sebenarnya. Tapi, oleh kerana kami semua ialah orang yang beradab, so kesabaran saja yang menjadi tembok penghalang antara tenang dan amarah. Sabar!

Setelah berbincang, akhirnya kami dapat juga 2 bilik. Namun, bilik yang satu tu hanya muat untuk dua orang. Means, 2 Single Bed + Toilet. Oleh kerana kami yang lelaki ni gentlemen, bilik yang boleh muat 4 orang tu kami berikan kepada kawan-kawan perempuan. Ladies choice eh ladies first katanya.

Homestay ni okey sebenarnya. Tapi, kurang maintenance. Contohnya, water heater tak berfungsi. Gila mandi di Kundasang tak ada water heater. Lepas tu, laluan ke bilik kami iaitu bilik K sangat merisaukan untuk dilalui pada waktu malam sebab gelap. Takut ada haiwan atau serangga berbisa. Tapi, bila difikirkan balik, semua tu boleh dimaafkan memandangkan harga bilik homestay yang kami sewa tu murah. Don’t expect something extravaganza for a cheap price. Ngam ka tu? But, at least tolonglah baiki water heater tu.

Satu saja yang saya suka di homestay ni iaitu kami boleh nampak pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat jelas dan indah terutamanya pada waktu pagi. My favourite scenery. Hamparan kebun sayur menghijau berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang berdiri megah. View yang sangat perfect!

Lebarkan sayapmu. Terbang tinggi mengapai impian. Eh?

Look how majestic it is

Pondok biru itu ialah tempat untuk BBQ



Nampak saja pemadangan ni, segala masalah dilupakan seketika. Tenang dan damai. Suka saya tengok kepulan awan putih berarak menutup puncak Gunung Kinabalu secara perlahan-lahan. Macam juga kita manusia yang perlahan-lahan bertatih, berjalan dan kemudian berlari untuk menuju ke puncak kejayaan dalam hidup. Phewww, boleh tahan juga rupanya saya ni bermadah kata.

Di bawah ni ialah gambar-gambar pemandangan di sekitar homestay


Kaunter check in terletak di sini

Antara bilik yang terdapat di sini. Nampak tak Gunung Kinabalu di belakang tu?

Another room

And more rooms

Ini dia katil di bilik K. Nasib baik muat juga untuk kami bertiga. Katil di bilik perempuan tak sempat nak gambar

Ini ialah kadar dua bilik yang kami stay.

Rate bilik K: RM60/night
Rate bilik C: RM100/night

Siapa yang nak save budget, bolehlah datang beramai-ramai di sini. Lebih murah. But, for those yang jenis urban atau city people tu yang bercadang nak menginap di sini, just be strong and ready in term of comforts :)

Terima kasih kerana membaca